CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 20, 2008

iskandar journal

Sungguh lama rasanya hamba tidak singgah untuk mengupdatekan blog ini. Memang sengaja hamba berbuat demikian. Hehehe...larikkk...Bukannya apa, aku sejak kebelakangan ni sibuk sikit dan mungkin kesibukan aku akan melarat sampai ke bulan Julai ni sehingga boss aku balik semula ambil jawatan dia. Sekarang ni banyak dokumen yang di tag sebagai SEGERA. Aku terpaksa siapkan semua dokumen tu mengikut masa. Masa sekarang bagi aku cukup berharga. Lebih mahal dari harga sebiji bateri jam dinding.

Sekarang aku ada dua tugasan disebabkan aku menyandang 2 jawatan, tulah sebabnya aku tak ada masa. Kerja hakiki aku, aku kena buat. Kerja memangku pun aku kena buat. Alhamdulillah buat masa ni semuanya berjalan lancar walaupun penat badan aku ni mengadap PC setiap hari. Tu belum kira tekanan mental menyiapkan dokumen, kertas kerja dan melayan karenah staf aku. Berasap kepala ni. Pernah satu hari tu aku mengamuk kat staf aku. Angin tahap puting beliung masa tu. Tapi keadaan terkawal.

Kalau nak cerita apa yang aku buat sejak aku terberhenti memblog sampai ke saat ni. Panjang pulak ceritanya. Senang cerita baik aku tak payah cerita. Tapi ada satu atau dua perkara yang membuat aku bingung. Pertama pasal Om. Sekarang ni dia jarang balik rumah, dia lebih sanggup tido kat tempat kerja. Nak kata aku ada cakap sesuatu tak elok dengan dia, tak ada pulak. Ialah masa mana pulak aku jumpa dia, dahlah sekarang ni aku sibuk, balik rumah aku cuma dapat tengok bilik dia yang kosong aje. Kat tempat kerja pulak dia ada singgah kat ofis aku tapi aku pulak tak sempat nak berkata HAI pun kat dia, kebetulan time dia datang tu aku tengah sibuk gila.

E pulak makin manja. Sabtu lepas dia demam. Meleret-leret rengekannya kata kepala pening. Nak pi melawat ke rumahnya segan pulak aku, bini dia dah ada kat sini. Last-last berbual dalam telefon ajelah. Mungkin demam orang dah lulus dapat lesen memandu.

Dan sekarang ni aku rasa macam kesunyian. Tak boleh rasanya jika keadaan sekeliling aku tak ada orang. Kalau biasanya oncall aku stay sorang diri aje kat ofis ni. Tapi sejak kebelakangan ni rasa sunyi yang amat jika aku dok sorang. Selamat member aku sanggup teman aku, terima kasih teramat sangat kat dia. Dia sanggup teman aku tido kat ofis ni, walhal dia tak oncall pun. Dia ni jantan straight, korang jangan fikir lain pulak. Dia ni memang betul kawan baik aku. Kalau kat ofis ni dialah penghibur aku time aku emosi. Tapi kalau tak kena dengan dia-dia sekali aku sembur, kan aku boss sekarang (misai hitler terkeluar pulak, hehehe...).

Tapi risau aku sekarang ni, sebab lepas bulan April ni mungkin dia akan berhenti kerja sebab kontraknya dah tamat. Terasa kesunyian nanti. Dulu dia pernah dipinjamkan ke Putrajaya, kesunyian aku masa tu tak ada member. Terpaksa buat-buat happy juga kat ofis. Dia tak sama dengan bebudak lain, mungkin aku tak pernah ceritakan kisah dia dalam blog ni, tapi dia antara member terbaik yang pernah aku kenali.

Dunia ni tetap berputar. Terima ajelah hakikatnya. Tawakal semoga ada insan lain dapat menambat dan menenangkan hati ini.



Tidak ku cari ikatan kasih
Tidak ku cari simpulan sayang
Dan tidak ku cari gelombang cinta

Aku hanya mencari seukir senyum
Aku hanya mencari selarik tawa
Dan aku hanya mencari sepahat keikhlasan

Jika itu tidak mampu ku cari
Gelap gelita kehidupan ku
Jika itu tidak layak ku miliki
Hancur leburlah perasaan ku
Dan jika itu tidak dapat aku punyai
Tiada arah untuk jadi pedoman

Semoga hati ini tenang kembali
Setenang tiupan bayu yang lembut
Semoga jiwa ini cekal kembali
Seteguh bumi menongkah langit
Dan semoga perasaan ini tenang kembali
Sekental jiwa pemimpin agung

Salam Maulidur Rasul.

5 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Is ko dah ilang akal ke... Maal Hijrah mende nya... semalam maulud nabi hehehhee :-)

Tuan Iskandar said...

Ohhh depa dah tukar tarikh ke? Aku ingatkan maal hijrah? Diaorang tukar tarikh sambutaan tak beritahu aku pun? Hehehe...

Mintaa maaflah, ada kesilapan teknikal sikit, almaklumlah mata dah ngantuk sebenarnya.Aku dah edit semula entry tu.Thanks

Anonymous said...

don't let ur work take over ur life. control it while u can. don't b like me, i'm helpless. my life is 80% work already...

Tuan Iskandar said...

Dah nak buat macam mana. Kalau aku tak menyibukkan diri dengan kerja, tertangguhlah semua kerja. Last-last aku juga yang kena jawab. Aku ni cuma jalankan amanah, tanggungjawab tu kena laksanakan dengan ikhlas (walaupun aku selalu merungut).

Bagi aku itu sebahagian kerja aku dan aku percaya keberkatan rezeki tu akan dibalas.

Kita samalah, kerja kerja kerja. Itu ajelah dalam kepala ni.

Anonymous said...

like your blog! :D update le selalu...heheh

good luck with your work