CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 21, 2008

iskandar journal

Dah seminggu aku tak update blog ni. Rasa macam tak percaya pulak. Minggu lepas aku bz sikit dengan rutin harian aku. Rasanya banyak perkara yang aku rancang minggu lepas terlaksana dengan jayanya. Hari isnin lepas aku terpaksa oncall sehari lagi sebab ganti member aku yang sepatutnya oncall hari tu masih cuti isterinya bersalin. Kalau ikutkan malas aku nak ganti, tapi memandangkan dah tak ada orang lain lagi nak ganti, paksa relalah aku oncall sehari lagi.

Petang isnin tu Om nak masuk pindah rumah aku. Pagi-pagi lagi dia dah call aku. Gembira semacam pulak budak tu. Dia kata dia akan drive dari Ipoh ke sini dengan kereta bapanya. Kereta yang dia tempah belum ready, mungkin 2 bulan lagi katanya. Petang tu dalam pukul 6pm dia datang jemput aku kat tempat kerja. Selamat petang tu sampai ke pukul 9pm tak ada kes. Dapatlah aku bawak dia pi rumah aku. Dia cuma berbekalkan sebuah beg pakaian, masuk pindah ke rumah aku. Perkara pertama yang terpaksa dia lakukan ialah tolong aku bawa turun semua fail aku yang berada depan pintu bilik tetamu ke dalam stor tingkat bawah. Kesian juga kat dia terpaksa turun naik tangga mengangkut fail-fail aku yang banyak tu. Aku sendiri tak larat nak mengangkatnya. Dia pulak rajin semacam pulak.

Aku memang dah sediakan bilik tetamu untuk dia. Dia cuma cuci kaki masuk aje. Katil dan almari dah tersedia, cuma kipas aje yang tak ada. Malam tu selepas selesai semua perkara aku ajak dia makan. Masa baru nak makan ada call pulak, ada kes. Makan cepat-cepat lepas tu terus aku ke tempat kerja, dia hantar. Aku ingatkan dia balik terus, rupanya dia lepak kat tempat kerja aku sampai pukul 12am, teman aku katanya. Lepas 12am tu aku pulak terpaksa halau dia balik, risau aku. Esok dia nak kerja juga, takut dia kepenatan.

Hari selasanya jabatan aku buat kenduri perpisahan sementara untuk boss aku yang akan sambung study. Hari tu juga ramai student dari UIAM datang buat amali 5 hari bermula isnin hingga jumaat kat tempat aku. Ada 2 guys yang menarik perhatian aku. Muka ganteng bangat. Buat aku bersemangat nak bertugas sebenarnya. Hari tu juga big boss aku dah umumkan aku akan dilantik memangku dan menanggung kerja boss aku untuk sementara. Dia tahu aku nak tolak jawatan tu, tapi dia beri semangat juga supaya aku pangku jawatan tu, dia boleh tolong aku nanti. Ayat cantekkkk aje. Aku juga yang garu kepala. Tapi aku mintak tangguh sebab ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku memangku. Bila memangku, jawabnya selama 28 hari aku tak boleh bercuti kecuali atas beberapa sebab yang munasabah, dah syaratnya begitu. Kalau tak, aku tak dapatlah elaun memangku.

Malamnya first time aku dapat bersama dengan housemate baru. Nak kata janggal tak lah juga. Macam biasa aje, dia pun banyak mulut, aku pulak jadi pendiam. Member aku yang selalu pergi kerja dengan aku terkejut sebab aku dah ada housemate baru. Bila dia tengok Om, dia kata patutlah aku beria-ia nak ambil housemate, handsome katanya. Bagi aku tak ada makna semua tu, niat nak suruh orang jaga rumah aku aje bila aku oncall. Malam tu aku masak meehoon goreng. Berselera dia makan.

Rabu dan khamis aku bercuti. Rabu tu seharian aku kat rumah, rehat. Om pagi-pagi dah pi kerja. Aku ni dah pukul 1.30pm baru bangun, penat sangat. Bangun makan, petangnya aku sambung tido balik. Malamnya E datang ambil aku nak ajak keluar pi makan. Bosan katanya kat rumah. Lama juga kami makan kat luar. Berbual macam-macam. Rasa selesa bila bersama dia, rasa seperti ada orang yang ambil berat. Semuanya dia nak tolong aku. Aku rasa dia betul-betul nak kawan dengan aku. Lepas makan aku balik ke rumah, Om dah ada. Aku ingat dia dah makan, belum lagi rupanya. Tunggu aku juga. Aku katalah yang aku dah makan, dia pun keluarlah beli buger untuk makan malam dia. Kesian....

Khamisnya, tengahari aku pi ambil ujian lesen L. Selamat lulus. Tu pun 44/50. Markah lulus 42/50. Janji lulus. Aku mulanya risau juga, 2 orang budak yang pi sekali dengan aku masa tu dah masuk kali ke 4 dan ke 3 ambil ujian L. Mungkin nasib baik depa hari tu diaorang pun lulus juga. Sorang dapat 42 dan sorang lagi dapat 43. Berderetlah kami punya markah, jadi bahan lawak juga. Diaorang siap gelarkan aku sifu, sebab ajar depa sebelum masuk ambil ujian tu. Alah kami berbincang aje, tapi banyak jawapan aku dapat jawab sepintas lalu aje.

Petang tu balik terus aku masak untuk Om. Dia cuti hari tu. Aku tengok walaupun baru duduk dengan aku 3 hari tapi sifat manjanya terserlah. Pandai dia bodek hati aku. Malam tu dia keluar lepas makan jumpa awek dia kat Puchong. Tapi dia tak beritahu aku pun, entah mengapa. Macam dia nak rahsiakan dari aku. Apa nak malunya. Malam tu E datang lagi, kali ni dia lepak sambil layan DVD dengan aku. Aku makin risau dengan E ni, gaya dia macam nak pikat aku aje. Diselak bajunya, kemudian bila dia baring dia akan mengiring mengadap aku. Kadang-kadang tubuh kami bersentuhan. Dah lah aku tengah gersang ni, dia pulak buat aksi-aksi menggoda pulak. Aku terkam nanti. Alamak jangan, nanti ada skandal pulak dengan laki orang.

Malam tu Om balik lewat. Aku dah tertido. Jumaatnya aku pi kerja macam biasa cuma bz sikit sebab ada mesyuarat, kena handle student dan jamuan perpisahan depa tengahari tu. Petangnya baru aku free sikit.

Sabtunya aku lepak kat rumah. Om pun ada juga cuma dia bangun lewat hari tu. Aku siap bersarapan dan lepak-lepak tengok tv. Lepas zohor baru dia bangun. Petang tu dia ajak aku pi shopping. Katanya dia dah lapangkan jadual dia seharian untuk aku. Lain macam pulak bunyinyakan? Aku jadi risau. Tapi petang tu dalam pukul 4pm katanya nak ke pejabatnya sekejap hantar laptop, dalam pukul 6pm dia akan balik ambil aku. Aku pun tunggulah mamat ni balik, dah pukul 7.30pm tak balik-balik lagi. Aku malas nak ambil port sangat. Mungkin dia pi jumpa awek dia ke, apa ke. Malas aku. Kebetulan E call aku lepas maghrib ajak aku teman dia beli anak ikan untuk makanan ikan toman dia. Aku pun terus ok.

Seronok masa kat kedai aquarium tu. Lama juga kitaorang lepak situ. E banyak ajar aku tentang ikan walaupun dia jarang-jarang memancing. Dia nak jual aquarium kacanya kat aku nanti. Dia cadangkan ikan-ikan yang boleh aku bela nanti. Lepas tu kitaorang lepak kat kedai makan di Puncak Jalil. Dia tak makan, cuma temankan aku. Masa makan tu aku ceritalah yang Om nak ajak aku shopping petang nya tapi tak jadi. Bila dia dengar cerita aku, dia tawarkan untuk teman aku shopping. Macam tak percaya pulak aku. Aku risau bini dia bising aje. Mana laki dia tak balik lagi. Shopping tak banyak, tapi hampir RM500 aje aku habiskan untuk DVD. Terkejut dia. Katanya 2 helai Levi's boleh dia dapat kalau jual DVD aku tu. Malam tu masa balik Om dah ada kat rumah. Buat muka tak bersalah pulak, malas aku nak ambik port. Aku diam aje. Tapi dia pandai ambil hati aku. Kebetulan dia belum makan lagi, aku malas nak layan rengekkannya. Pandai-pandailah kalau nak makan. Malam tu dia tengok macam aku buat bodoh aje kat dia, dia pun buatlah rajin nak betulkan PC aku.

Sebab kesian dia tak makan lagi, aku pun panaskan nasi dan lauk yang aku bungkus masa ada jamuan hari jumaat lepas untuk dia. Berselera dia makan. Aku suka tengok cara dia makan. Lepas tu dia lepak dengan aku layan DVD Korea (My Girl). Kebetulan dia pun dah berjangkit dengan aku layan cerita Korea. Ada 2 lagu dalam cerita My Girl tu dia pi cari semata-mata nak bagi kat aku dengar. Dia simpan lagu tu dalam handset dia. Sambil dia baring sebelah aku dia akan pasang lagu tu. Masa tu aku terfikir juga kenapa mamat ni pi cari lagu tu? Kenapa?

Ahadnya aku pi kelas bengkel untuk memandu dengan E. Dari pagi sampai ke petang. Penat gila. Bukan penat apanya, panas aje. Rasa badan sakit-sakit kena panas matahari. Petangnya aku dapat test memandu sekejap. Kawalan stereng aku lemah sikit. Bab lain semua ok. Seronok juga. Petang masa baliknya E lepak sekejap kat rumah aku. Om masih belum balik, kerja. Kali ni aku penat sangat sampai tertido. E kat sebelah aku layan DVD, masa dia mengeliat badannya bersentuhan dengan aku. Dia biarkan aje lepas tu. Aku pulak jadi serba salah. Tapi aku biarkan aje. Dalam pukul 6.30pm E balik. Aku pi masak ketam yang aku beli dengan E hari sabtu lepas.

Malam tu Om balik lewat, 8.30pm baru sampai. E pulak janji nak datang tapi tak muncul-muncul pun. Last-last aku dengan Om makan berdua. Seronok dia dapat makan ketam. Aku bukannya reti masak sangat pun, tapi bolehlah kalau setakat nak kenyangkan perut. Dia pun tak pernah komen apa yang aku masak. Dia ngap aje. Lepas makan kitaorang layan DVD Korea lagi. Dia pulak bersungguh nak aku pasang cerita baru. Dia layan sampai 5 episod. Aku masuk episod ke dua dah tido. Penat sangat. Dia sampai ke pukul 3am tak tido lagi. Masa aku tersedar dalam 2.30am tu tengok tv masih menyala, aku pun tengoklah takut-takut dia dah tertido. Mulut aku hampir nak tercium dengan dia masa tu, tapi selamat aku terkejut sebab mata dia masih buka. Bukan niat aku nak cium tapi hampir ter accident.

Pagi ni aku bangun awal. Gosok baju dan prepair barang untuk stok seminggu nak oncall. Dalam 8am lebih baru aku pi kerja. Jalan sesak gila. Sampai kat ofis terus aku masuk pantry. Big boss aku pulak join aku sekali breakfast. PA dia dari jabatan di tingkat atas dah turun bertugas kat jabatan aku. Ada staf barulah kiranya sekarang. Berborak lama juga dengan dia pagi tadi. Hari ni pulak kes ada satu aje. Tapi banyak kerja pentadbiran aku kena buat. Dari 5 tugasan, 4 dah siap. Tinggal satu aje, pagi esok aku kena prepair. Penat juga, ke hulu ke hilir aku berlari hari ni. Naik turun lif semata-mata nak siapkan tugasan. Hari ni aku dah mulakan tugas memangku. Banyaklah borang aku kena sain. Tangan aku ni dah lenguh. Mulai hari ni juga aku kena manage jadual dan tugasan aku. Kalau tak berserabut jadinya.

Malam tadi Om datang singgah sekejap. Di bawanya awek dia datang kat tempat kerja aku. Apa ke hal lah budak ni. Bawaklah awek dia pi taman bunga ke, shopping komplek ke. Tempat kerja aku juga nak di jadikan port nya. Rindu katanya. Chehhhh...

Aku nak pendapat koranglah. Sekarang ni Om dan E masing-masing ada unsur tarikan tersendiri. Om manja dengan aku, tapi dari gayanya mungkin dia berperwatakkan kasanova. E pulak walaupun berperwatakkan sempoi tapi ada unsur-unsur tarikannya. Aku anggap Om macam adik aku, E pulak macam kawan biasa. Tapi ada pulak unsur-unsur sexsual dalam hubungan kami. Macam Om sekarang dia berani baring sebelah aku tanpa berbaju. Cuma berseluar pendek aje. Bila aku dekatkan badan atau tersentuh dengan dia secara tak sengaja, mata dia akan melirik manja kat aku. Dia cukup fahami perangai aku walau pun baru berapa hari duduk dengan aku. Sekarang ni aku tengok apa yang aku minat, dia nak cuba minat juga. Lagu korea yang dia cari semata-mata untuk aku tu akan dia mainkan berkali-kali bila dia baring sebelah aku. E pulak akan sentiasa rapatkan tubuh dia dengan aku. Aku tengok cara dia lebih macam nak lindungi aku. Sampai aku rasa kelakuan dia tu macam dia nak peluk aku aje. Tapi dua-dua minat pada awek. Biasalah jantan, tapi aku tak tahu apa yang bermain dalam kepala depa tu. Atau mungkin aku yang terlampau sensitif. Bagi aku untuk selamatkan keadaan baik aku anggap mereka tu kawan aje. Nanti depa salah anggap kat aku pulak.

Kepada penghantar email minta maaf banyak-banyak sebab lama aku tak balas email. Ramai yang suka video klip tu. Teruskan memuaskan nafsu sendiri. Komen untuk tag Aku Seorang Lelaki pun banyak. Aku ucapkan terima kasih. Oklah aku balah dulu. Nak rehatlah pulak. Jumpa nanti.

3 orang telah bersuara:

Ejump17 said...

Wah.. Cerita my girl mmg best.. saya tiap2 hari tengok.. Hehhee..

Anonymous said...

aku rasa dua-dua Om & E ada motif untuk jadi lebih dari kawan. best nye ada dua orang minat. tapi ini pendapat gue ajerr. time will tell...

Anonymous said...

pendapat saye...

E mcm lebih serius je kn..
dia sounds cool, i like cool guys..
heheehehe.