CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 11, 2008

iskandar journal

Salam Muharram untuk korang semua. Semalam aku ingat nak singgah kat blog ni, malas punya pasal tangguhlah sehingga hari ni. 3 hari ni tak banyak kes, semalam aje seharian aku duduk lepak mengadap TV layan DVD. Malam semalam aje yang aku tertido lambat. Bila bangun tu sakit-sakit badan, rasa mata ni nak buka malas yang teramat pagi ni. Pagi tadi pulak terpaksalah layan kes sampai ke tengahari, pukul 2.15pm baru habis. Lepas tu aku tertido atas kerusi. Jumaat kat ofislah jawabnya.

Sekarang ni aku tengah pujuk boss aku supaya aku tidak jadi pemangkunya. Seboleh-boleh aku usaha juga. Macam-macam cara aku pujuk. Sekarang ni beberapa tugas dia banyak yang aku cadangkan diserahkan kepada pegawai lain, setakat aku nak pegang bab pentadbiran tak ada masalah (dah memang tu pun co-bidang aku). Adalah idea 'bijak' aku, ibarat orang politik katalah 'perkongsian kuasa secara kerjasama'. Ok tak?

Dalam sehari dua ni, tulah kerja aku dok buat. Memikirkan cara dan nak mengelak dari jawat jawatan yang tak layak aku nak pegang. Setakat ni idea aku diterima pakai oleh boss aku. Cuma masalah sekarang ni Big Boss aku pulak. Aku risau kalau tetiba pulak dia suruh clark taip surat memangku, aku tak boleh nak bangkanglah jawabnya. Mintak-mintak janganlah jadi macam tu. Apa idea aku nak fikirkan lagi nanti?

Petang tadi secara kebetulan aku dok lepak-lepak kat luar ofis. Sambil berasap tu tetiba budak cute dari dept sebelah tu datang sekali join aku berasap. Sambil tu berboraklah macam-macam topik. Sekarang ni aku tahu dia panggil aku ABANG (dah tua sangat ke aku ni?). Aku panggil dia Om aje (singkatan nama dia). Masa berbual tu aku tak berani tatap mata dia, dia pun tak berani tatap mata aku. Tapi berbual ok aje. Tapi entah macam mana aku boleh tercerita tentang rumah. Ialah sekarang ni aku oncall, jadi aku akan tido kat ofis. Dalam sebulan 2 minggu aku akan duduk lepak jadi jaga kat ofis ni. Yang selebihnya baru aku balik rumah. Tu pun malam baru aku ada kat rumah. Jadi aku berceritalah rugi bayar duit sewa tapi rumah tak ada orang duduk. Aku pun sajalah kata nak cari housemate, dia pulak bersungguh nak join duduk dengan aku. Niat aku main-main aje memula.

Dia kata sekarang ni dia menumpang duduk kat rumah pakcik dia. Duduk kat sana pun bosan juga katanya, tak bebas. Sepupu dia pulak gatal nak mengurat kat dia (ialah orang handsomelah katakan) setiap hari dok hantar msg cintan. Padahal dia dah ada boyfriend, dah nak bertunang pun. Betina gedik namanya tu. Balik rumah lambat selalu kena bebel. Tu yang dia kebetulan tengah cari rumah sewa. Nak lari dari masalah.

Dia pun sebenarnya tak ada transport, masalah juga tu. Dahlah rumah aku ni ceruk gila. Tapi dia akan usahakan juga nak dapatkan kereta dalam minggu depan. Tu pun pasal dia fikir dapat nak duduk dengan aku. Seronok semacam pulak mamat ni. Aku pulak yang risau. Last-last petang tadi dia datang tengok rumah aku. Best gila dia kata. Dari main-main sungguhkah dia nak jadi housemate aku? Macam tak percaya pulak. Secepat mungkin katanya nak masuk pindah.

Berdualah kat rumah tu nanti, taklah bosan. Aku harap dia ni macam housemate aku yang lepas-lepas. Kepala ok, jalan. Aku pun tak adalah nak buat 'lebih-lebih'. Kalau dah jadi housemate, buat cara housemate, not a couple. Tapi kuranglah sikit privacy aku.

Oklah tetiba ada kes pulak, ingat nak story panjang lagi. Aku layan kes dululah. Jumpa nanti.

0 orang telah bersuara: