Tadi adik aku baru balik dari tumpang basuh baju kat rumah aku. Mesin basuh kat rumah bujang dia tak beli lagi. Maklumlah baru pindah rumah juga. Aku ni yang tak berpindah-pindah lagi, tak tahu kat mana nak cari rumah. Buntu otak aku. Housemate aku pulak nak ke Bandung Indonesia rabu ni. Dia pun tak mampu nak berfikir, ditambah pulak dia kerja malam dua tiga hari ni. Kami tak mampu nak buat keputusan lagi. Aku ingat isnin ni baru nak mula kemas barang (itupun kalau bos aku bagi cuti), packing semua sekali kalau larat. Dalam stor aku tu macam-macam barang tak berkemas. Nanti aku bawakan secara tertunda aktiviti mengemas stor kat blog aku ni. Exclusive lagi...
Semalam hari jumaat, banyak kes kat tempat aku. Bosanlah. Dari pagi sampai ke petang. Lutut aku ni dah nak tercabut rasanya. Semalam petang lepas jumaat ada pelawat guna jabatan aku untuk seminar saintifik. Tahun lepas diaorang ada datang juga. Peserta dari seluruh dunia. Tapi kali ni ramai dari Malaysia aje. Adalah beberapa kerat dari luar, dengar peserta dari China nak balik awal, kejar flight.
Petangnya aku balik dalam pukul 7pm. Lepak-lepak lepaskan penat dengan Sahak kat Kajang sambil minum-minum. Malam semalam aku tertido lebih kurang dalam pukul 8pm. Mungkin penat sangat, aku memang tak terjaga. Dalam pukul 6am tadi baru aku terjaga sebab tak tahan sangat nak kencing. Masyallah...selamat semalam tak ada kes. Kalau tak kantoi aku tak terjaga. Padahal mgs kat hset aku tu dah 10 kali masuk. Memang aku tak perasan sangat bunyi msg masuk. Dan untuk pengetahuan korang ni lah sebab utama aku tak update blog semalam.
Hari ni pulak lepas bangun tu aku bersiap-siaplah nak pi pejabat. Lepas slot kat kerja dalam pukul 8am aku ajak Sahak pi breakfast dulu. Makan punya makan aku tanya si Sahak jam dah pukul berapa, dia kata baru 8.20am. Aku tak banyak soal percaya bulat-bulat apa dia kata. Sampai ofis aje aku tengok jam kat dinding, dah pukul 9am tepat. Cilakak punya Sahak dia tipu aku. Siap terkekeh-kekeh dia ketawa. Aku janji dengan seseorang dalam pukul 8.30am. Dia dah terpacak depan ofis aku dengan muka masamnya. Aku masa mula jumpa dia depan ofis tu dengan confident nya mati-mati ingat pukul 8.30am, kiranya tepati masalah aku ni. Rupanya aku dah lambat. patutlah muka masam mencuka.
Dari pagi mula pukul 9am sampai pukul 12pm aku lepak kat ofis layan kes yang tak berhenti. Bos aku datang saja melawat pagi tadi. Dah alang-alang dia datang aku bodek dia suruh belanja makan tengahari. Best wooo...Bos belanja makan. Kitaorang makan kat tempat biasa aku lepak di Bangi. Tengah ambik makan tetiba hset aku berbunyi, inform kata ada kes. Aku tak kira, lapar punya pasal aku makan dulu. Kerja belakang kira. Kitaorang lepak dalam sejam juga. Lepas lepak baru turun layan kes sampai ke pukul 7pm. Sambil layan kes tu sempat juga aku tertido, penat tahap dewa, mata jangan cakaplah. Ialah dah kenyang makan, perut dah sendat mata mesti ngantuk punya. Cuaca panas pulak tu, bila kena aircon pejabat ni terus terasa nak tido. Balik mandi-mandi barulah adik aku datang dalam pukul 8pm.
Oklah aku nak turun semula oncall, ada keslah. Kalau sempat aku sambung esok. Mintak-mintaklah malam ni aku boleh tido. Amin...

0 orang telah bersuara:
Post a Comment