CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 12, 2007

iskandar journal

Mood aku tiba-tiba hilang petang tadi selepas aku terima surat dari bahagian perumahan. Aku kena keluar juga akhirnya dari apartment yang aku duduk sekarang selepas depa tolak surat rayuan aku yang lepas. Dalam kepala aku sebenarnya tak kisah sangat nak pindah keluar tapi entahlah apa yang berserabut dalam kepala aku ni. Dahlah minggu ni aku oncall, tido tak cukup. Kesimpulannya aku tak nak ambil sebarang keputusan tergesa-gesa dalam keadaan sekarang selain aku nak mintak tangguh buat sementara waktu aku dapat rumah baru.

Aku lebih suka duduk luar, tapi mungkin disebabkan aku dah cukup selesa tinggal kat apartment tu agaknya berat hati aku nak keluar. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam. Dan dalam masa terdekat ni aku akan jalankan segala aktiviti yang aku KIV masa mula-mula dapat surat perintah keluar rumah dulu. Boss aku dah tepuk dahi bila aku cakap aku mungkin tak dapat oncall lagi start bulan depan, dan ini mungkin minggu oncall aku yang terakhir. Ialah dah tinggal 1 ajelah member aku oncall dengan dia nanti. Sebenarnyakan aku dah 'ugut' dia awal-awal dulu masa aku dapat surat keluar rumah, (korang ingat tak aku ada cerita dalam entry yang lepas) kalau aku duduk luar aku akan stop my oncall. Apa nak jadi, jadilah.

Ahhh...malas nak fikir sangat pasal ni. Sebenarnya taklah beban sangat pada aku, cuma aku kesian dengan boss dan member aku aje, kena oncall selang seminggu diaorang lepas ni. Malas aku nak campurlah, dah pengarah pandai-pandai buat keputusan, dia ingat aku tak boleh ke nak sabotaj jabatan aku. Alamak... ayat ganas tu... Nilah antara sebab produktiviti aku akan menurun, tak berminat lagi aku nak menyumbangkan bakti kat sini lagi. Buek habihkan boreh ajo...

Pagi tadi aku bangun dalam pukul 6am sebab ada 1 kes. Lepas tengok kes aku balik dalam pukul 7.20am. Buat apa yang patut aku pergi kerja macam biasa. Tapi pagi ni aku tak masuk ofis, aku terus menuju ke auditorium sebab Big Boss aku bagi ceramah. Seronok kalau Big Boss aku beri ceramah, biasalah Senior Consultant. Banyak pengalaman, pandai dia ambil hati para hadirin dengan lawak yang bersahaja.

Pagi tadi kat ofis line clear. Sempat aku lelapkan mata sebelum tengaharinya aku ada kes sampai ke pukul 2.30pm. Tak sempat aku nak makan, selamat lepas tu ada masa rehat sekejap. Aku pun ajak Sahak dan Krol pi makan, depa pun mesti lapar juga. Pegawai aku yang perempuan ni pun sibuk nak ikut, lapar sangat katanya, sarapan pagi tadi aje. Kebetulan pulak kereta dia kena langgar dengan Polis pagi ni, terpaksalah dia nak tumpang kami.

Masa makan tu bercerita macam-macam juga. Pegawai aku ni sempoi juga kepalanya. Kalau kerja dengan dia, seronok sikit. Kiranya boleh bercerita dan bergurau apa saja. Walaupun masa tu aku dah terima surat keluar rumah tapi aku malas nak fikir sangat. Baik aku makan dulu. Kalau layan sakitkan kepala aje.

Lepas balik dari makan aku terus masuk bilik rehat, tido lagi baik. Kebetulan pulak kes tak ada. Petangnya lepas pukul 5pm aku tak juga boleh balik. Aku layan tengok kes sampai pukul 8.45pm. Lepas layan kes Sahak ajak aku pekena roti sardin dulu. Lepak-lepak dengan dia sampai jam 9.15pm.

Baru aku nak mandi dalam 9.20pm mak aku call dari kampung. Macam tahu aje aku ada masalah. Rasa terubat sikit hati ni bila dapat dengar suara mak aku. Aku kan anak mak...(alamak macam iklan dalam tv pulak ayat tu...). Lepas aje mak aku call, aku call adik aku. Lepas tu operator kat tempat kerja aku pulak call kata ada kes pulak. Aku tak sempat nak rehat ni. Ni pun aku masih tercongok kat depan PC. Bila aku nak balik ni? Bagilah can aku nak rehat sekejap...

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

penat ek your work tuh sbb kena on call. anyway luv to read ur blog ;P

Tuan Iskandar said...

Biasalah...Nilah kehidupan aku...Thanks coz sudi singgah sini