Hari ni bila aku bangun tido aje, terasa malas gila nak pi kerja. Entah kenapa aku malas tahap dewa hari ni. Lepas bersiap aku pun dengan berat hati terus ke tempat kerja. Sampai-sampai terus aku masuk bilik Bos aku. Motifnya nak berbual-bual dengan dia pepagi ni. Malas nak buat kerja. Bos aku ni kelemahan dia ialah kalau diajak berbual. Rancaklah kalau berbual. Bukalah topik apa pun, asalkan keluar suara dari mulut dia tahulah nak membalasnya.
Adalah berbual nak dekat sejam juga. Pukul 9am tepat baru aku duduk kat kerusi aku. Hari ni tak ada kes langsung. Dahlah aku malas hari ni, ni tak ada kes lagilah bertambah-tambah malas aku. Ingatkan nak sambung tido dalam bilik rehat, tapi bila fikir semula baik aku habiskan kerja aku yang tertangguh. Mengadaplah aku depan PC buat kerja.
Dalam pukul 11am mulalah timbul kekalutan. Apa taknya pegawai aku time tu lah juga nak aku siapkan statistik. Sebelum pukul 2pm dia nak aku email statistik tu. Dahlah banyak maklumat dia nak. Aduh...sakit otak sekejap aku pagi tadi. Kalau ikutkan hati, nak aje aku hempas PC tu depan dia.
Semua data dah ada dalam PC tu; dia nak aku buat semakan untuk data yang tak masuk dalam statistik tu. Wooo...dia ingat boleh ke siapkan dalam 3 jam. Kepala lutut dia. Staf aku tak berani nak kacau aku hari ni. Diaorang pun faham kot aku tengah tension. Atas meja aku dah jadi macam tongkang pecah. Berserabut dengan serba serbi datuk nenek segala fail. Tu tak termasuk buku statistik dan pelbagai jenis kertas (entah dari mana datang kertas-kertas tu pun aku tak tahu, padahal tak berkaitan pun dengan statistik aku). Hahahaha....siapa sepahkan meja aku ni???...
Alhamdulillah dalam pukul 1.30pm aku berjaya siapkan. Terus aku bersandar nak regangkan urat (penat berjam-jam duduk tak bangun dari kerusi tu). Hari ni tinggal aku sorang aje kat ofis tengahari buta tadi. Perut dah lapar gila time tengahari. Nak keluar, cuaca panas gila. Terik sampai terasa tembus ke bawah kulit. Hangus juga aku hari ni nanti.

Aku habiskan lunch hour tadi lepak-lepak sekejap dalam bilik rehat. Kebetulan staf aku ada yang tak makan lagi (kes bini tak masaklah ni). Dalam pukul 3pm aku keluar pi makan dengan dia. Nak makan nasi, malaslah (nak makan pun malas, apa punya manusialah aku ni). Aku pun order Mee Rebus. Dan sekali lagi mee rebus ni dah mengoda aku, tak sempat aku nak tangkap gambar berkongsi dengan korang. Sorrylah yekkk...laparlah.
Petang tadi balik kerja macam biasa. Sampai rumah berdering-dering telefon aku berbunyi hari ni. Dah nak dekat 7 orang call aku sejak pukul 5.30pm tadi sampai sekarang. Member-member call, biasalah berbual macam-macam.
Bila sebut pasal call, semalam ex hubby aku tak call pun. Kan aku dah agak. Biarlah dia dengan ego dia lagi.What ever...
Malam ni aku dok mendownload kat PC sambil layan member-member dok call. Oklah jom layan download dulu. Nanti kita cerita lain.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment