CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 03, 2007

iskandar journal

Hari ni aku cukup terusik sikit hati ni. Petang tadi time aku nak balik kerja, kawan aku call kata nak call my ex hubby malam ni. Dan yang terkejutnya dia nak my ex hubby call aku lepas tu nanti. Aku tertunggu-tunggu sebenarnya nak dengar suara ex hubby aku tu, tapi jauh disudut hati masih timbul persoalan yang mungkin aku mampu untuk menjawabnya.

Hampir 6 tahun aku berpisah dengan dia dan selama itulah aku hilang arah dalam dunia percintaan. Aku menjadi seorang pemburu cinta, walaupun kadang-kadang aku takut dan cukup fobia dengan perpisahan. Perkataan cinta bagi aku cukup sukar nak diucapkan pada sebarangan orang sekarang. Pastinya ia perlu lahir dari hati.

Selama kami berpisah ni mungkin dia sedang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Dan aku sebenarnya tidak mahu menjadi penghalang atau punca keruntuhan kepada perkahwinannya.

Mungkin sudah suratan azali, dia akan berkahwin dengan bini dia sekarang. Gara-gara perempuan ni juga perhubungan yang selama ni terjalin atas dasar cinta dikhianati. Macam-macam perangai pelik yang aku tak pernah tengok dia buat, depan mata aku dia sudah berani buat. Bagi aku cukuplah dengan lafaz perpisahan yang diucapkannya, itu pun bagai lemah seluruh badan mendengar kalimah keramat itu diucapkan. Ini siap tunjukkan kebencian pada aku dengan perbuatan. Demi menjaga rahsia dan tanda sayang aku atas pengorbanan dia selama ni, aku sanggup mengundurkan diri demi sebuah kebahagiaan yang ingin dia bina atas kesengsaraan aku.

Mungkin juga ramai yang sudah melalui pengalaman ni. Bercinta dan berpisah. Apa ni relax lah bro...jangan jiwang-jiwang dan jangan nak jiwa-jiwa kat sini. Itu bukan aku yang kini lah.

Aku bukannya apa, bila member aku tu call beritahu macam tu (sebenarnya member aku ni dah lama nak hubungan aku dan my ex hubby baik semula, sebagai kawan) aku cukup-cukup terkejut. Ingatkan dia main-main (dia ni tak pernah nak tipu aku). Tapi aku kan dah kata jauh disudut hati aku ada persoalan dan jawapannya ialah dia tak akan call aku malam ni. Mengapa?

Aku cukup kenal siapa ex hubby aku ni. Kalau dia rasa bersalah, dia tak akan minta maaf. Biasalah ego lelaki. Cara dia nak minta maaf satu sahaja, dia akan peluk aku dari belakang dan cium pipi aku. (romantikkan??? yakkk...).Hahaha...Sepanjang perkenalan aku tiada satu patah perkataan MAAF pun terkeluar dari mulut dia. Jadi aku yakin malam ni dia takkan call aku.

Aku dapat tahu satu cerita dari member aku (member aku kata masa dia bercerita luahan perasaaan tu siap menitis air mata). Sebelum my ex hubby ni nak kawin dia bercerita tentang aku. Dia kat aku banyak mengajar dia tentang erti persahabatan, erti rindu, tentang cinta, tentang kasih sayang, makna kejujuran dan makna perpisahan. Pengalaman dia bercinta dengan aku cukup indah (dia katalah). Seperti suami isteri, layanan zahir dan batin kami layari bersama. Setiap perbalahan dengan aku dia jadikan kenangan. Tapi sekarang, dia terpaksa menunaikan janji dia sebagai seorang LELAKI kat dunia ni. Pernah dia kata kat aku, usia dia makin meningkat, serunya sudah sampai untuk dia berubah.

Apa-apa ajelah... Kalau aku nak percaya story member aku ni...(fikir 888 kali sat...). Alah lupakan aje orang yang tak reti berterima kasih. Cukuplah sekadar niat ikhlas dia aku terima. Aku tetap anggap dia sebagai seseorang yang cukup istimewa dalam hidup aku, dan selama ini juga aku anggap dia sebagai seorang sahabat yang banyak mengajar aku. Setiap hari sehingga kini, setiap teguran serta pesanan dia aku ingat.

Sekarang ni pun dia dah anggap 'Aku aku, engkau engkau'. Dunia kami dah berbeza. Nak kembalikan hubungan 6 tahun dulu mungkin tidak... Aku tak akan jilat kembali semua yang aku dah luahkan. Kalau niat sebagai sahabat aku terima, kalau nak bercinta kembali...Ohhhh...NO...NO...NO...

4 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Is,
cinta mu ibarat cinta suci dalam debu. Aku kini juga dilanda cinta terlarang - dan ianya amat tragis sekali. gila kurasakan cinta terlarang ini. lebih gusar dari mencintai seorang wanita.

Ejump17 said...

sedih nyer cerita ni.. dah la masa baca ni td smbil dengar lagu vince-Keranamu kekasih.. makin sedih atmosphere nya.. LOL..

Tuan Iskandar said...

Anonymous,
Sabarlah, cinta memang indah untuk disanjung tapi cukup perit jika tersandung. Apa2 pun kita tabahkan hati semoga diperkuatkan jiwa kita untuk teruskan perjalanan hidup ini.

Tuan Iskandar said...

ejump17
Thanks 4 your song. It really touching