Berlumba bina bangunan super
Negara Asia guna struktur pencakar langit tonjol kuasa ekonomi kepada dunia
BAGAIKAN trend baru arus pemodenan dunia hari ini apabila kebanyakan bandar raya utama di dunia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit tertinggi mengatasi rekod sedia ada.
Perlumbaan membina struktur mega menjadi-jadi terutama di negara Asia sehingga menular ke Asia Barat yang kaya dengan minyak.
SIMBOL EKONOMI: Taipei 101
bangunan pencakar langit
berdiri megah di tengah
bandar raya Taipei
adalah yang tertinggi
di dunia setakat ini.
Jika abad sebelum ini, New York dan Chicago di hadapan dalam pembinaan bangunan tinggi, abad ke-21 menjanjikan perubahan besar yang dilihat dalam perlumbaan membina bangunan pencakar langit apabila ia semakin dimonopoli negara Asia.
Pada masa ini sekurang-kurangnya lapan daripada 10 pencakar langit tertinggi di dunia berada di Asia dengan bangunan Taipei 101 di Taiwan mendahului yang lain apabila ia mencatatkan ketinggian 509 meter atau 1,671 kaki. Malah China mendahului negara lain di Asia apabila memegang rekod bagi lima daripada 10 pencakar langit utama di dunia.
Bagaikan tidak mahu mengalah, negara di Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Arab Saudi turut memberi perhatian memiliki bangunan bersaiz super.
Buktinya, Dubai kini menyiapkan Burj Dubai, menara kompleks yang akan mencecah ketinggian melebihi 800 meter apabila siap pada 2009. Walaupun ketinggian rasmi bangunan itu masih dirahsiakan, ia akan mengatasi rekod dipegang Taipei 101 kini.
Tidak terkecuali beberapa bandar raya yang kurang dikenali mula bercita-cita menghasilkan mercu tanda sendiri seperti ditunjukkan bandar pelabuhan di Korea Selatan, Busan (sebelum ini dikenali sebagai Pusan) yang sedang menyiapkan Millennium Tower World Business Centre dengan ketinggian 560 meter apabila siap dibina pada 2010 atau 2011.
Melihat kepada seni bina kebanyakan bangunan pencakar langit yang baru muncul ia tidak lagi sekadar binaan biasa yang berdiri tegak membelah angkasa, tetapi tampil dengan reka bentuk yang pelbagai dan mengagumkan bagaikan lambang kemegahan dan kebanggaan kepada bandar raya yang memilikinya.
Tidak hairan apabila ia menjadi perlumbaan baru bagi kebanyakan negara apabila mampu memegang rekod dunia terbabit.
Sehingga kini, Bangunan Empire State di New York yang siap pada 1931 memegang rekod paling lama sebagai bangunan tertinggi iaitu lebih 40 tahun sebelum siap Menara Sears di Chicago pada 1973 untuk membolehkan bangunan dengan ketinggian 442 meter itu diiktiraf sebagai bangunan paling tinggi selama 25 tahun.
Bagaimanapun, rekod yang dipegang negara Uncle Sam itu akhirnya dipecahkan negara Asia apabila siap Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur pada 1998 yang mempunyai ketinggian 452 meter.
Kemunculan menara berkembar berkenaan memberi lembaran baru apabila rekod bangunan tertinggi dunia selepas itu mula dimonopoli negara Asia dengan siapnya Taipei 101 di Taiwan enam tahun kemudian.
Kini bangunan kebanggaan Taiwan itu akan kehilangan takhta yang dimiliki dalam tempoh empat tahun apabila Burj Dubai siap pada 2009.
Bangunan pencakar langit kini mengambil alih peranan utama yang pernah dimainkan bangunan seperti istana atau tempat ibadat kerana pada hari ini ia dilihat sebagai lambang kuasa ekonomi sesebuah bandar raya yang memilikinya.

1 orang telah bersuara:
Apa khabar Iskandar. Saya dah lama follow blog saudara dan memang minat dengan isi kandungannya. Boleh saya tahu jika Iskandar boleh share dengan saya video-video melayu tersebut. Mana ia boleh didapati?
Apa-apa hal pun, syabas dengan blog saudara.
Sham...(mahsih77@hotmail.com)
Post a Comment