CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 07, 2007

iskandar journal

Secara tiba-tiba aku muncul kembali pepagi buta ni. Nak dijadikan cerita, aku tertinggal bas. Kalau ikutkan aku dah sampai awal kat Hentian Putra. Itupun kalau aku yang tak gatal mulut nak tangguhkan perjalanan aku. Dari janji dengan member aku pukul 6.30pm dilajakkan ke 7pm sampailah kali terakhir dilajakkan ke 8pm. Itu baru nak bertolak ke stesen komuter. Aku mati-mati ingat tiket bas pukul 8.30pm, bila tengok semula 9.30pm lah. Tu yang aku tangguhkan perjalanan aku. Konsepnya aku malas nak lepak-lepak kat Hentian Putra tu. Sakit kepala aku dengan orang ramai bersesak-sesak macam tu. Aku memang tak bolehlah, kepala aku ni akan berdenyut-denyut. Mulalah rasa nak muntah nanti.

Sampai stesen komuter aku nak beli tiket kat mesin tiket. Duit syiling pulak tak ada. Selamat kaunter buka, bila sampai giliran aku abang kaunter tu kata tak ada duit syiling pulak. Dia bagi aku duit RM2 dan RM1 supaya aku masukkan juga kat mesin tu. Geram betul aku, muka slumber aje, nak aje aku tarik telinga dia pi tolong aku cucuk duit kat mesin tiket tu. Bila aku cucuk tak nak juga mesin tu telan duit kertas aku. Last-last aku pi lah beli gula-gula kat kedai. Tujuan nak dapatkan duit syiling. Aku dah menghabiskan masa nak beli tiket komuter aje adalah dalam 15 minit. Pengajaran yang dipelajari: Sila bawa wang kecil secukupnya bila berurusan ditempat-tempat yang memerlukan duit kecik. Eeeeeeeeeeeeee....geramnaya aku.

Nak tunggu komuter pulak satu hal. Dahlah lambat, aku dah berpeluh-peluh. Bila aku tenangkan diri baru reda sikit. Dalam kepala aku kata mesti tak sempat ni. Aku sampai stesen komuter Hentian Putra tepat pukul 9.30pm. Bila aku berkejaran nak ke Stesen Hentian Putra mau makan masa 10 minit. Aku tengok bas dah kosong dalam terowong. Sah aku dah tak sempat naik bas. Aku pi tanya kaunter, budak kaunter pulak kata bas dah bertolak dalam 10 minit tadi. Aduh...

Ini kali kedua dalam hidup aku tertinggal bas. Dulu masa student tertinggal sekali. Sekarang ni dah lama tak naik bas, baru nak berjinak-jinak semula naik dah kena tinggal. Aduh sadisnya... Aku pun belilah tiket baru untuk balik ke kampung. Tarikh baru tiket aku ialah 09 Jun 2007 jam 9.30pm.

Aku dengan berat hatinya tariklah beg semula untuk naik komuter balik ke tempat aku. Aku dah call member aku untuk standby ambik aku. Matilah ajak laki orang keluar malam-malam. Selamat di free malam ni. Sebab dia pun baru oncall dengan aku minggu lepas, jadi minggu ni dia freelah. Itu gambar yang sempat aku tangkap sementara nak tunggu komuter. Terfikir juga lama dah aku tak mai KL. Padahal sebelah aje. Kalau aku mula-mula kerja dulu setiap minggu aku turun, tu pun pasal awek aku suka dating.

Lepas member aku datang ambik kat stesen komuter, dia bawak pi minum-minum. Kitaorang selalu pi tempat ni, kat UNITEN. Aku selalu lepak kat sinilah, dah jadi macam rumah nombor 4 kat aku. Tempat makan aku ada 3 aje, inilah tempat utama. Sambil makan-makan sambil usha budak-budak yang datang lepak makan.

Budak baju kelabu ni selalu datang makan kat sini, cuma dia selalu duduk kat gerai yang berselang jauh sikit dari gerai yang selalu aku lepak. Tapi hampir setiap kali aku keluar aku akan jumpa dia. Budak ni comel. Diaorang selalu keluar dalam berkumpulan 6-8 orang. Aku tak tahu dia ni student mana. Tapi korang perasan tak budak yang baju hitam duduk sebelah dia sedang perhatikan aku tangkap gambar dia. Aku tak kiralah aku nak tangkap juga gambar budak tu. Bukan aku nak tangkap gambar budak baju hitam tu pun. Tapi dah dia terinterframe nak buat macam ner. Layan...

Aikkk...gambar apa tu? Tengah aku baru aje habis makan tetiba bunyi dentuman kuat kat sebelah aku, arah dari jalan raya. Rupanya accidentlah pulak. Jadi bila dah accident ambulan pun datanglah. Selamat kereta mayat tak sampai. Budak yang accident tu bawa motor, tercium bontot kereta depan dia. Break mautlah katakan, tulah bawak laju lagi, kan dah tak sempat nak break. Terlajaklah ni kiranya. Kalau orang dulu-dulu kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak motor berdentumlah jawabnya. Malam ni tido hospitallah jawabnya. Jalan bukanya sibuk, dia yang buat sibuk. Macam-macam...

Orang ramai pulak datang berkumpul. Nasihat aku kat korang kalau berlaku kemalangan jangan berkerumun, aku tahu korang nak tolong (biar pun datang nak TOLONG TENGOK) tapi bagilah sedikit pengudaraan kat mangsa tu. Ni dahlah datang berkerumun, tanya macam-macam pulak ngalahkan reporter. Last-last sorang pun tak panggil ambulan. Tapi selamat ada sorang bro tu yang tolong call. Aku tak sempat nak call sebab bro tu dah call dulu. Aku mulanya malas nak pi join berkerumun sebab bagi aku dah ramai orang pi tolong. Terkejut aku bila ada sorang pakcik tu datang tanya pendapat aku nak panggil ambulan ke tak nak. Bila aku tahu dia pengsan seketika dan masih mai-mai, cepat-cepat aku suruh call ambulan. Hantar hospital. Apalah...biar pun tak cedera di bahagian luaran, dalaman siapa tahu?

Ceritanya kereta wira tu dah berhenti sebab lampu merah, entah dari mana mamat ni datang macam superman terus hentam kereta wira tu. Motor tu terlanggar sipi bahagian belakang kereta wira. Kereta tu tak calar apa pun, motor tu kalau korang tengok mesti korang kata pemandunya mati. Hancur. Aku pun tak tahu macam mana boleh kuat gila bunyi hentaman tu. Semua yang sedang makan berlari kat sana. Korang nak tikam nombor? Hubungi aku.Hahaha... (jahatnya aku ni...).

3 orang telah bersuara:

Ejump17 said...

Haha.. betul tu.. kalau org kemalangan.. selalu nya yg tolong mangsa xramai.. tapi yang tlong tengok tu ramai la. hehehe..

Tuan Iskandar said...

Biasalah...

Anonymous said...

yo bro, aku cam minat ar kat blog ko..ade hotmail or ym ? kontek aku kat konekupanjang2000@yahoo.com or the-cena@hotmail.com