CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 06, 2007

iskandar journal

Hari ni aku malas nak lakukan apa-apa. Hari ni aku dah start cuti. Malam ni aku akan naik bas kat Hentian Putra dalam pukul 8.30pm, balik kampung. Nak kemas beg pun, apa yang aku nak bawa balik. Baju semua ada kat kampung. Dari pagi lagi aku layan tengok tv, layan makan-makan. Last-last aku layan tido. Aku kemas-kemas barang sikit, petang ni baru nak basuh baju.

Aku mungkin tak akan update blog ni semasa aku bercuti. Rehat sekejap. Aku akan update kalau aku balik ke sini semula. Rindu gila dah lama tak balik ke kampung.

10 Jun ni genaplah setahun aku berkecimpung dalam dunia blog ni. Walaupun blog ni baru setahun jagung, aku bersyukur, dari blog ni ramai sahabat yang aku kenali. Tika aku berduka aku masih mampu tersenyum kerana aku yakin korang ada untuk memberi nasihat. Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat semua. Aku akan terus menulis selagi korang ada untuk memberi sokongan. Segala idea serta pandangan korang aku sering ambil perhatian. Kepada mereka yang aku tak membalas emailnya aku minta maaf sangat, insyallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk membalas juga email korang. Sekarang ni aku ada 15 orang pengirim email tetap di email aku, kepada korang terima kasih kerana memberi sokongan serta semangat untuk aku. Terima kasih terhadap komen serat 'kritikan' korang. Yang penting kita enjoy (geng blogers aje yang tahu...).

Selamat menyambut 1 tahun dalam penulisan blog dan jutaan terima kasih yang teramat untuk para pembaca semua. Tanpa anda aku mungkin tak ada semangat untuk terus maju dalam penulisan ni. Semoga korang terus memberi komen serta kritikan untuk blog aku ni dimasa hadapan.

3 orang telah bersuara:

Ejump17 said...

Happy Holiday

Tuan Iskandar said...

I cannot take a holiday yet. Lepak kat sini lagilah jawabnya...

Ejump17 said...

haha.. sabar2.. :D