Mungkin bulan ni antara bulan yang mencabar jiwa aku. Selepas satu dugaan datang pulak dugaan yang baru. Aku pun tak pasti bila dugaan ni nak berakhir. Kalau ikutkan hati aku ni nak aje aku melawan, tapi bila fikirkan batas-batasnya aku terpaksa fikir semula setiap tindakan yang akan aku ambil. Kesannya pada masa akan datang.
Seperti yang korang tahu ujian pertama ialah aku kena marah dengan Pengarah gara-gara guard tempat aku tak buat kerja. Keduanya aku terima surat keluar apartment dari pejabat. Dan yang terbaru (baru jadi malam kelamrin) Pengarah nak salahkan aku juga atas satu kesilapan yang aku yakin bukan berpunca dari aku. Aku malas nak masukkan dalam blog semalam sebab aku tak cukup sangat tido. Lagi pun aku cukup-cukup bengang dengan dia. Benda kecil boleh jadi besar, gara-gara tindakan dia. Lepas aku masukkan entry Pertabalan Agong semalam terus aku rehat. Semalam pun aku tak dapat pergi solat Jumaat sebab ada kes yang tak selesai lagi.
Malam khamis, dalam pukul 10.30pm terjadilah satu kes yang kononnya memerlukan tindakan segera time tu (walaupun tak lah urgent pun). Setiausaha sulit kepada Datuk Mustafa Mohammed (kalau tak silap aku Menteri Pengajian Tinggi) menggunakan kuasa politik dia nak menyegerakan kes yang aku tengok. Aku terangkan kat dia yang kita terpaksa ikut polisi, dan pegawai aku tak ada time tu (sebab pegawai aku cuma bekerja time waktu pejabat aje). Aku pulak tak boleh sebarangan nak buat prosedur tanpa kebenaran Ketua Jabatan aku. Last-last dia tak puas hati dia call Pengarah, aku pun tak heran sangatlah.
Pengarah call aku supaya tengok kes tu dan call Pegawai serta Ketua Jabatan aku jika perlu. Aku terangkan kat Pengarah benda ni dah melangkaui tugas aku. Last-last aku call Ketua Jabatan aku. Dengan mai-mai baru bangun tidonya dia pun suruh buat apa yang patut. Aku call pegawai aku untuk minta dia datang malam tu juga untuk tengok kes tu. Dia pulak beri alasan suami dia tak ada dan anak-anak dia tak ada orang nak jaga malam tu. Aku kata aku tak akan bertanggungjawab sebab ini bukan tugas aku. Aku nasihatkan dia supaya call Ketua Jabatan aku menerangkan masalah dia. Tak lama lepas tu pegawai aku call kata Ketua Jabatan aku setuju kita tengok seawal esok pagi kes tu dalam pukul 7am (alamak aku pulak terpaksalah bangun awal). Setiausaha sulit menteri ni pun tak puas hati sebab dia dah dapat jaminan dari Pengarah boleh buat malam tu juga.
Pengarah pulak pandai-pandai kata boleh siapa suruh? Patut dia kena beritahu Ketua Jabatan aku dulu sebelum buat keputusan. Big Boss aku pun mulanya tak setuju kes tu buat malam tapi terpaksa, mungkin mengenangkan atas dasar perikemanusiaan. Pegawai aku pulak memang dia ni jenis malas sikit. Nak buat kerja overtime sikit memang liat gila. Aku pun dah tau sangat dengan perangai dia. Last-last Pengarah nak cover malu dia, dia pusing cerita kata aku tak nak tengok kes tu. Aduh aku punya bengang time tu tuhan aje yang tahu. Aku terus call Ketua Jabatan aku nak mengadu perkara ni, selamat Big Boss aku faham perangai Pengarah. Dia kata kes tu buat esok dan dia akan selesaikannya esok.
Masuk pagi jumaat dalam pukul 1.30am Pengarah call aku kata Datuk Mustafa akan turun esok pagi ke jabatan aku dalam pukul 7am lebih. Dia mintak aku call Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan aku berkaitan hal tersebut. Terkejut juga aku mulanya, ialah sampai Menteri nak turun gara-gara tak puas hati. Last-last aku buat macam biasa aje sebab bukan sekali dua VVIP pernah datang kat jabatan aku. Mampus pi lah...
Malam tu aku boleh balik dalam pukul 3am. Ngantuk gila bertambah bengang gila babeng, aku tetap tido. Dalam mind aku dah set kan mana-mana pun aku juga yang terkena. Daripada aku melayan perasaan baik aku tido. Pedulikan semua tu...
Dalam pukul 6am aku bangun. Lepas mandi, solat dan belum sempat aku nak pakai stokin Timbalan Pengarah dah call aku. Alah masak aku hari ni. Dia akan turun dalam pukul 7am kat jabatan aku. Bila aku sampai ofis jam baru pukul 6.30am, orang pertama yang aku jumpa ialah Penolong Pengarah. Dia yang sibuk tanya banyak perkara berkaitan protokol sambutan dan nak letak guard kat mana. Dalam hati aku kata buat apalah nak sambut, depa sibuk gunakan kuasa politik nak kenakan kita. Kita pulak nak sambut-sambut dia pulak.
Dalam 7.20am Datuk Mustafa pun sampai. Dia tak banyak bercakap, orangnya cool, bercakap pun sopan. Dari segi penampilan dia cukup profesional. Dia tak ada pun marah kat kitaorang, cuma dia nak penjelasan aje. Bila penjelasan dah diberi dia pun kata "ok lah, teruskan dengan kerja anda". Bagi aku setiausaha dia aje yang lebih-lebih. Perjumpaan 'mengejut' tu berlangsung dalam 10-15 minit aje. Lepas tu dia terus blah.
Pagi tu pulak Big Boss aku slamber datang lambat, Pegawai aku pun lepas Datuk Mustafa balik baru dia sampai. Hampeh... Aku juga yang kena, selamat boss aku ada time tu. Tapi pagi tu tak adalah telinga aku berdesing. Timbalan Pengarah aku sebenarnya relex sikit dari Pengarah. Tapi aku tak jamin Pengarah akan panggil aku hari Isnin ni. Ialah sekarang dia tengah bercuti ke Pahang. Kalau hari isnin ni aku kena sembur dengan dia mau berdarah telinga aku.
Apa-apa pun aku ok sekarang ni. Rasa macam tak ada apa-apa pulak. Macam dah biasa pulak kena marah. Cool...
Pasal rumah, atas perbincangan mungkin aku akan jumpa Timbalan Pengarah Pengurusan untuk buat rayuan. Kalau tidak diluluskan juga aku dah dapat jaminan dari seorang gangster kat Puchong nak tolong aku. Dia sanggup cari rumah untuk aku. Aku kenal dia pun atas urusan kerja. Dia ni sebenarnya cukup ambil berat tentang aku dari mula aku bekerja kat sini. Dia senang berurusan dengan aku sebenarnya dari member-member aku yang lain. Sekarang ni kepala aku tak pening sangat nak fikirkan pasal rumah. Pindah atau tidak sama saja.
Petang ni aku lepak kat pejabat. Kes tak ada tapi saja lepak-lepak sambil layan PC ni. Sebenarnya dari pagi lagi aku dah ada kat sini. Sat lagi kalau tak ada apa dalam pukul 5pm aku blah lah.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment