CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 25, 2007

iskandar journal

Malam semalam aku tak dapat tido nyenyak. Asyik terfikir mana aku nak cari rumah dalam masa terdekat. Tido pun mungkin setengah jam aje, lepas tu ada kes sampai ke pukul 7am. Sempat juga aku baring 15minit atas katil lepas pukul 7am tadi. Aku pergi kerja awal pagi tadi, sorang pun belum datang ke pejabat. Aku jadi pelik, cuti ke hari ni? Lepas pukul 8am barulah sorang demi sorang member aku datang.

Pagi tadi aku rasa ngantuk gila kat tempat kerja. Kebetulan pagi tadi tak ada kes. Aku pun layan tido sampai pukul 1030am sebelum member aku kejutkan sebab ada kes. Sedap betul dapat tido. Sampai petang tadi aku bekerja aje. Tapi banyak kali aku curi tulang. Dah berapa batang rokok aku hisap hari ni. Nak kata serabut sangat kepala ni, tak lah sangat. Lepas balik kerja tadi dalam pukul 7pm aku terus tertido. Layan lentok tak ingat apa-apa dah. Maghrib pun lepas. Dalam pukul 10pm tadi aku terjaga sebab ada kes baru. Ni pun aku baru balik lepak kat kedai mamak dengan geng-geng oncall lain. Aku lepak kat kedai mamak biasa aku pergi kat Kajang.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang respond kepada permasalahan aku sekarang. Korang memang bestlah. Sekurang-kurangnya aku dapat tahu, ada juga member yang kita tak kenal sanggup bantu kita. Aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga untuk korang (terharu aku...). Aku akan fikirkan cadangan rumah dan bilik sewa yang korang berikan. Kalau ada sesiapa yang nak berikan maklumat rumah dan bilik untuk disewa aku alu-alu kan pertolongan korang. Untuk pengetahuan korang aku terima 15 email dari member-member kita untuk membantu. Tak tahu sebenarnya macam mana aku nak berterima kasih untuk korang. Kalu boleh aku nak cium korang sorang-sorang (kalau nak lah...hihihi...)

Hari ni aku sebenarnya tak berkesempatan nak tanya Big Boss aku berkaitan Plan A aku. Aku pun sibuk. Dia lagilah sibuk. Pagi-pagi dia dah pi meeting. Petang pulak dia layan student yang ada kat tempat aku buat practical.

0 orang telah bersuara: