CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 20, 2007

iskandar journal

Seharian hari ni dok kemas bilik. Makin banyak barang yang aku campak kat dalam stor. Stor aku pulak dah penuh gila dengan barang-barang yang aku longgokkan. Tak tau yang mana boleh pakai dan yang mana dah boleh masuk tong sampah. Pening nak kemas stor pulak nanti. Bilalah kerja aku nak habis ni. Makin bersepah bilik ni adalah. Kalau ada 'bini' kan senang boleh tolong kemaskan tak payah pening-pening kena buat sendiri. Ada sesapa nak jadi 'bini' aku? Ewah...pasang iklan nampak...

Sekali sekala aku layan tengok tv dan layan PC. Tak ada berita menarik pun hari ni. Mana larat aku nak mengemas aje. Baik aku rehat-rehat sikit (sikap malas aku dah datang lah tu...). Cuma aku teringat tentang pelaburan kat internet yang menjanjikan pulangan duit berganda dalam masa 100 hari. Dari minggu lepas aku nak komen tentang berita ni tapi tak sempat. Apa taknya satu ofis aku melabur termasuklah bos aku dan budak-budak satu ofis ni. Aku cuma perhatikan aje diaorang melabur. Kadang-kadang geram aku dengan diaorang, sibuk dok melabur sampai kerja pun tak buat sekarang ni. Sabar ajelah, nak marah aku pulak dikatakannya tak ikut perkembangan semasa. Tak nak jadi jutawan segera katanya. Aku cuma fikirkan dari awal lagi halal ke pelaburan tu? Kemana wang tu dilaburkan? Kalau perkara was-was biasanya aku tak buat. Kalau benda berkaitan dengan duit ni aku tegas sikit, benda tu akan menjadi darah daging.

Dalam pelaburan ni, barang yang didagangkan tiada, kononnya macam sahamlah. Duit akan membiak, kita cuma bayar sikit modal orang lain akan dagangkan untuk kita. Tahu-tahu lepas 100 hari duit kita dah berganda. Macam aku kata tadi ke mana duit kita dilaburkan? Mungkinkah ia dilaburkan untuk pihak zionis? Siapa tahu? Aku terfikirkan insuran pulak, sekarang ni ada takaful (islamiklah bunyinya). Aku faham konsepnya iaitu bila berlaku musibah pihak yang lain akan hulurkan derma melalui simpanan kita kepada penerima musibah. Duit simpanan kita itu pulak akan didagangkan dalam saham atau perniagaan yang diluluskan oleh syarak. Aku selalu bergurau dengan member aku (dia ni wakil insuran takaful nasional). Aku bayar duit untuk perlindungan insuran kepada dia tetapi barang yang didagangkan hanyalah beberapa helai kertas aje (polisi insuranlah tu). Sebab dari awal konsep takaful jelas menyatakan berkaitan peniaga, pembeli, barang yang didagang serta akad niaga. Peniaga= ajen insuran, Pembeli=kitalah, Barang yang didagangkan= beberapa helai kertas (hehehe jangan marah haaa...), Akad niaga=setuju duit kita dilaburkan dalam saham atau perniagaan yang disahkan syarak. Konsepnya aku pun dah masuk insuran sebab aku pasti duit tu didagangkan melalui syarak. Tapi berkaitan pelaburan internet ni aku kurang yakin.

Kesimpulan yang berkaitan dengan pelaburan yang tak di tuntut syarak samalah macam kita berniaga tanpa barang. Kalau dalam syarak nak meniaga mesti ada penjual, pembeli, barang yang diniagakan serta akad jual beli. Dan yang penting duit yang diperolehi tu halal. Barulah berkat rezeki dan duit kita yang berkat tu akan senangkan kita walau pun hujung bulan dah tinggal Rm1 dalam beg duit. Alamak aku jadi ustazlah pulak. Boleh?

Petang tadi tengah aku belek PC aku terjumpa gambar family masa cuti raya haji lepas. Alamak rindu gila aku kat kampung. Adik-adik aku sekarang ni tengah bercuti kat kampung. Aku sorang aje tak balik. Selamat mak aku faham kerja aku yang tak tentu masa ni. Insyallah cuti akan datang aku akan balik ke Terengganu. Aku printout gambar tu. Alah rindunya nak balik kampung.

0 orang telah bersuara: