CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 05, 2007

sepintas lalu...

Mahkamah tentukan kes tukar agama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah berhak menentukan sama ada ujian DNA boleh digunakan sebagai asas untuk seseorang itu menukarkan agama Islam kepada agama asalnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman, berkata Jakim tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Biasanya mereka yang mahu menukar agama perlu memohon kepada Mahkamah Syariah,” katanya dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai seorang lelaki yang mahu menukarkan agamanya selepas mengetahui ibu bapa yang memeliharanya sejak bayi adalah bukan Islam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Zulhaidi Omar, 29, mahu keluar daripada agama Islam selepas ujian DNA pada 1998 mendapati beliau adalah anak pasangan Cina, Teo Ma Leong, 72, dan Lim Sai Hak, 62.

Zulhaidi mendakwa Hospital Batu Pahat melakukan kesilapan dengan menukarkan beliau dengan seorang bayi milik pasangan Islam ketika kelahirannya 29 tahun lalu.

Mengulas mengenai anak orang Islam yang menjadi anak pasangan suami isteri itu yang dibesarkan dengan cara dan budaya masyarakat Cina, Mustafa berkata terpulang kepada anak berkenaan sama ada mahu menukar agamanya kepada Islam.

“Untuk menukar agama lain ke agama Islam, tidak ada masalah kerana seseorang itu boleh memohon dengan Pejabat Agama Islam, tetapi untuk menukarkan agama Islam kepada agama lain, seseorang itu perlu kebenaran daripada Mahkamah Syariah,” katanya.

Di JOHOR BAHRU, Zulhaidi berkata, seorang pegawai Hospital Batu Pahat menghubunginya pagi kelmarin yang mendakwa rekod kelahirannya mungkin sukar diperoleh kerana sudah terlalu lama.

“Saya sebenarnya tidak berminat untuk menyaman hospital tetapi berharap mereka dapat mengeluarkan satu surat untuk menyatakan kesilapan pertukaran itu bagi membolehkan saya dapat mengikuti kehidupan dan agama pilihan saya," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai juru jual berkata, sejak laporan mengenainya disiarkan akhbar Sabtu lalu, beliau dan keluarga Teo dihujani pelbagai panggilan, menyebabkan ibu kandungnya, Lim kini tertekan akibat gangguan itu.

"Ibu yang membesarkan saya juga tidak membantah dan menyerahkan kepada saya untuk menentukan pilihan hidup saya. Bagaimanapun, beliau menasihatkan saya mengkaji sebelum mengambil keputusan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MCA Cawangan Tampoi Baru, Michael Tay, berkata pihaknya kini bersedia pada bila-bila masa untuk memfailkan kes kepada Mahkamah Tinggi supaya Zulhaidi mampu menjalani kehidupan yang diingininya.

@@@@@@@@@@


Swapped Malay baby: I'm not Muslim

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- An ethnic Chinese Malaysian mistakenly given by doctors to a Malay Muslim couple at birth nearly three decades ago is bracing for a possible legal battle so he can renounce Islam, an action that can be considered a crime in parts of Malaysia.

Zulhaidi Omar, 29, who now goes by the name Eddie to his family and friends, said he discovered his true identity by chance and met his biological parents in 1998 after years of being teased about his Chinese features.

"I want to get my life back in order now," Zulhaidi told The Associated Press in a telephone interview from his southern home state of Johor.

Zulhaidi, a sales executive raised in an ethnic Malay Muslim family, said he was revealing his story only now because he wants to take a Chinese name and change his religion to Buddhism. About 20 percent of the Malaysian population is Buddhist.

He declined to comment further, citing sensitivities concerning religion in this predominantly Muslim nation. The constitution does not allow Muslims to renounce their religion, and doing so is considered apostasy and punishable by jail in several states, though not in Johor.

Michael Tay, a politician with the Malaysian Chinese Association who is helping Zulhaidi, said he was negotiating with Johor state authorities to grant Zulhaidi's request.

"The academic question is whether he can return to his Chinese identity," Tay told the AP. "I have told (Zulhaidi) it could be an uphill battle, but he still wants it," Tay said.

It is not clear how long a resolution might take and the case could eventually be handed to the Islamic Shariah court, which presides over religious issues involving Muslims, Tay said.

State religious officials could not be immediately reached for comment.

Malaysian media first reported over the weekend Zulhaidi's claim that he was spotted working in a supermarket eight years ago by his biological sister who noticed he was the spitting image of their father, Teo Ma Leong, 67.

A DNA test later confirmed the relationship and Zulhaidi moved in with his parents three months later, The Star newspaper reported.

The Malay boy that the Teo family brought home because of the mix-up was raised as Tian Fa, and is now married to a Chinese woman, according to The Star. Tian Fa told the newspaper he has no intention of looking for his biological family and is happy to treat Teo and his wife, Lim Sai Hak, as his parents.

iskandar80-Terkejut aku baca berita ni. Biar bebenor. Berita ni aku petik dari Gerita Harian & CNN.com. Nauzubillah... Semoga Allah perlihara iman dan memberi petunjuk untuk Zulhaidi. Amin...

0 orang telah bersuara: