CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 13, 2007

sepintas lalu...

Kenangan manis Siti hadir Anugerah Grammy

KUALA LUMPUR: Pengalaman berjalan di permaidani merah Anugerah Grammy ke-49 di Staples Centre, Los Angeles semalam menjadi kenangan paling manis buat penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 28.

Siti yang ditemani suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, diterbangkan oleh Star Movies atas kemenangannya meraih Selebriti Berpakaian Terbaik majlis khas Breakfast With The Stars tahun lalu.






















KENANGAN MANIS: Siti

Nurhaliza ditemu ramah
ketika berjalan di permaidani
merah sempena Anugerah
Grammy ke-49
di Los Angeles,
semalam.

Ketika dihubungi Siti berkata, detik itu akan menjadi kenangan paling manis dan tidak boleh dilupakan walaupun tidak berpeluang bertemu dengan artis pujaannya Celine Dion.

“Walaupun Siti rasa siapalah kita, tetapi ini satu peluang yang baik buat Siti kerana berpeluang melihat bagaimana senario permaidani merah untuk sebuah anugerah berprestij seperti ini.

“Selain itu, pengalaman melihat sendiri bagaimana anugerah itu berlangsung cukup memberi erti kepada Siti. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur jadi tidak hairanlah mereka dikenali hingga peringkat antarabangsa. Artis yang membuat persembahan pada malam itu juga menampilkan persembahan yang cukup hebat,” katanya.

Siti yang mengenakan pakaian rekaan Datuk Bernard Chandran menambah, ketika berjalan di permaidani merah dia berpeluang melihat penyanyi Shakira dan Nelly Furtado dengan lebih dekat.

Tambahnya, ini adalah anugerah paling lama yang pernah beliau hadiri iaitu bermula jam 5 petang dan berakhir kira-kira jam 8.30 malam.

Sebaik selesainya anugerah berkenaan, Siti dan suami menghadiri majlis ‘post party’ anjuran Sony BMG yang diadakan di Beverly Hills Hotel serta berpeluang bertentang mata dengan Jesicca Simpson dan John Mayer.

Ditanya sama ada dia sempat untuk mencari tapak bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa. Siti berkata, pemergiannya ke sana adalah lebih untuk menimba pengalaman .

“Siti ke sana untuk berseronok dan menimba pengalaman. Orang kata kalau ada peluang satu hari nanti Insya-Allah Siti akan cuba, setakat ini Siti cuma tinjau keadaan di sini dulu.

0 orang telah bersuara: