CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 13, 2007

iskandar journal

Semalam time tengahari aku kena panggil. Bos aku kata kat ofis aku ramai orang, tak cukup tangan nak layan, staf tak cukup. Ada VIP datang. Aku sebagai pekerja yang berdedikasi ni tanpa banyak bantahan terus aku pi ke ofis. Sampai aje ofis, line aman gila. Dalam telefon kata ofis tu bagai nak pecah aje bunyi huru haranya. Angin gila aku, tapi aku control ajelah dengan senyuman kelat aku ni. Selamber aje bos aku mintak maaf kata keadaan telah dapat dikawal.

Dah lah dia kacau cuti aku. Bebudak lain semua kata bukannya apa pun, dia dengki kat aku aje. Puncanya aku tak inform dia aku nak cuti. Aku patutnya tak perlu nak melalui dia nak cuti sebab big bos aku dah sain borang cuti aku. Sumpah lepas ni kalau cuti, dia call kata ofis tu nak terbakar ke, nak terbalik ke, aku tak akan datang kalau aku sedang bercuti. Setakat 3 kes pun tak dapat handle baik tak payah kerja. Haaa...kan aku dah angin. Kita close story.

Kebetulan pulak semalam tengahari Nurul call aku ajak keluar makan. Aku pun terus cabut pi makan tengahari. Bos aku ni pulak kata aku lari. Ahhh peduli sama dia. Sempat pulak dia pesan makan tengahari kat aku. Nak tunjuk aku ni tak biadap aku pun ambik ajelah apa dia pesan. Ingat dia nak belanja aku. Haramlah... Lepas makan tengahari aku suruh Nurul hantar aku balik, makanan tu aku suruh dia hantar kat kaunter ofis aku.

Petang tu aku dapat lepak buat kertas kerja yang tak habis lagi. Sambil lepak-lepak tu sempat juga aku YM dengan member aku yang masih lagi study kat Indonesia. Jarang aku dapat YM dengan dia. Ialah masing-masing sibuk.

Hari ni aku tak buat apa-apa selain main PC aku ni. Semua laman web aku pi godek. Dalam tengahari tadi aku rajin nak memasak. 2-3 jenis lauk aku masak. Saja hilangkan bosan. Anuar pulak call aku nak hantar lauk. Dia bagi udang dengan ikan goreng. Banyak pulak rezeki hari ni, alhamdulillah.

Petang tadi aku tertido sekejap. Lenguh badan aku sebab tertido atas lantai. Ialah badan aku ni manja sikit, dah biasa tido atas tilam. Hihihi... Ni mata tak ngantuk lagi. Layan member-member hantar msg kat hset aku. Persoalan timbul nak beli hadiah perkahwinan untuk member aku ni. Mati kutu nak beli apa untuk dia. Kawin pulak time raya cina kedua. Aku oncall pulak. Mintak-mintak sempatlah aku lari sekejap pi kenduri dia. Banyak kenduri kawin member-member aku tak sempat nak pergi. Ada saja halangannya. Kali ni mintak-mintak jadilah. Member aku ni bisex juga. Bekas bf dia dulu kata barang member aku ni besar. Tak padan dengan badan dia yang sekeping tu. Orangnya smart, muka ada iras-iras Anuar Zain. Selamat dia ni member aku, kalau tak dah lama aku ngap. Hehehehe... Kawin juga dia, tapi naluri tetap sama.

Esok hari Valentine, korang ada plan nak sambut dengan seseorang? Memang kita sebagai orang Islam tak digalakkan untuk menyambutnya tapi konsepnya bagi aku adalah baik. Kalau konsep baik kenapa kita nak tolak. Atas diri sendirilah bagaimana cara sambutan tu. Kalau setakat keluar makan-makan tak apalah kan, tetapi kalau 'memakan' dan 'dimakan' tu aku tak taulah. Aku dulu banyak cerita berkaitan Valentine Day. Sekarang ni cuma tinggal kenangan. Last sekali aku sambut Valentine pada 3 tahun lepas dengan awek aku. Cuma jumpa dan tukar-tukar hadiah aje. Tak lebih dari tu sebab awek aku ni jenis warak sikit.

Siapa nak jadi teman hidup aku? Boleh aku sambut Valentine sekali lagi. Hihihi...(sale murah gila ni). Walaupun aku tak percaya pada cinta tapi cinta akan tetap hadir di depan mata aku. Cuma cara cinta tu datang memikat aku berbeza. Tapi kebanyakan cinta yang hadir aku tolak, sebab bagi aku kebanyakkannya tak ikhlas. Saja nak ambil kesempatan terhadap kejujuran aku. Esok tetap bersendirian aku dalam mencari cinta yang ikhlas dan jujur. Sambut Valentine dengan teddybear aku lagi baik.

HAPPY VALENTINE DAY

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Happy Valentine's Day. Bukannyer awak sorang jer yang kesorangan hari ni.

Anonymous said...

mmm.happy valentine's day..org lain hepi sambut ari ni wif loved ones..aku lak kena tinggal ngan bf secara rasmi ari ni.huk..sudi kah ko jd temanku?