CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 01, 2007

iskandar journal

Hari ni Thaipusam, aku cuti hari ni. Dapatlah aku habiskan kertas kerja aku . Aku bagi dateline sebelum Isnin ni semuanya siap. Kalau tak siap lagi mati aku, minggu depan aku dah oncall. Jadi seharian hari ni aku mengadap PC untuk habiskan kerja aku. Malam tadi baru sempat aku baca paper. Asyik gila buat kerja sampai aku terlelap petang tadi. Alah sempatlah lelapkan mata dalam setengah jam.

Esok malas betul nak kerja. Ialah sehari kerja lusa cuti lagi. Aku pun satu, tak apply cuti awal-awal. Aku tak perasan pun hari ni sepatutnya cuti. Kalau tau awal lagi aku apply. Kalau minggu ni baru nak apply, mana dapat. Rasa nak ponteng kerja aje. Hehehe...

Malam tadi kat TV3 siri pertama Kyle-Xy dah bermula. Good introduction for this drama. Hero dia cutelah. Mata dia tu geram aku tengok, muka dia cute bila dia senyum. Hero dia adalah Matt Dallas. Enjoy klip video 1st episode Kyle-XY.





0 orang telah bersuara: