CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 30, 2007

iskandar journal

Malam semalam aku tido awal. Aku rasa mungkin penat sangat sebab banyak kes semalam. Bagai nak patah kaki aku. Biarpun aku buat-buat cool tapi tuhan aje yang tau. Tak silap, aku terlelap sebelum berita pukul 8pm. Aku terjaga dalam pukul 1am, sakit badan aku, lenguh-lenguh rasanya, macam dah berlari seharian tak berhenti rasa sakitnya. Aku tak larat nak bangun, aku sambung tido balik. Dalam pukul 4am aku terjaga, pi kencing lepas tu tak lalu nak tido. Mata dah segar, rasa puas pulak tido. Tu yang aku buka PC, baca suratkabar pagi-pagi buta.

Pagi ni tak sibuk sangat, aku ada mesyuarat dalam pukul 10am tadi. Dalam mesyurat tak ramai yang hadir, tapi isu yang di bawa memang hangat. Kecoh gila bilik mesyuarat tu. Aku dok bantai gelak tengok gelagat diaorang dok bertekak. Ada yang sampai merah telinga kena sindir. Hehehe... Bila nak last mesyuarat baru turn aku bentangkan isu. Suasana dah reda sikit masa tu. Isu aku bawak ada penambahan sikit untuk dibincangkan dengan Big Boss aku. Dia pulak bercuti ke Indonesia. Tak tau pulak aku dia ada mesyuarat apa kat sana.

Masa mesyuarat berhenti makan tengahari aku sempat berbual dengan sorang Head of Dept (HOD) ni. Dia ni kalau kat tempat dia, garang gila (budak-budak dia ceritalah). Tapi bila berbual dengan aku, lemah lembut pulak dia. Macam tak caya pulak aku. Tapi aku kena percayalah. Sebab mungkin muka aku ni muka budak baik, mudah mesra dengan orang. Hehehe... Tapi banyak HOD kat tempat aku kerja ni suka kat aku. Kalau diaorang call jabatan aku mesti dia tanya nak bercakap dengan aku. Padahal incharge aku kan ada. Aku kena kekalkan status budak baik walhal nakal gila kat jabatan aku. Hehehe...

Petang tadi ada 60 orang student dari... (entah aku lupa nama kolej diaorang) datang kat jabatan aku untuk buat lawatan. Ini adalah lawatan pertama student untuk tahun ni kat jabatan aku. Macam biasalah aku kena bagi intro tentang jabatan aku. Disebabkan ramai sangat student tu, aku bahagikan kepada 2 kumpulan. Aku ambik satu group dan incharge aku ambik satu group. Aku mati kutu nak cakap lebih-lebih hari ni. Bagi yang asas-asas dah lah. Bawak diaorang tour jabatan, selesai kerja aku. Nak cari bebudak cute tak adalah kali ni. Semua muka macam nasik lemak aje.

Petang tadi dalam pukul 4pm aku singgah pi kedai kat Seri Serdang, ambil hadiah hari jadi untuk staf yang lahir dalam bulan Januari. Petang tadi pun bukannya ada kes. Sebelum sampai pejabat aku beli goreng pisang dengan kuih sikit. Bila makan-makan, tengok jam dah pukul 5pm. Apa lagi masa untuk cabut...

Malam ni Anuar kata nak pi teman dia cari mesin basuh. Tapi sampai sekarang dia tak call pun. Tak jadilah tu. Aku pun layan tengok tv aje tadi.

0 orang telah bersuara: