Malaysia cipta lembaran baru
|
Kontinjen Malaysia yang membuat penampilan pertama pada Sukan Asia musim sejuk mengejutkan banyak pihak pada acara pembukaan yang berlangsung di Changchun, China, kelmarin. – AFP. |
KUALA LUMPUR – Walaupun tidak pernah menerima musim sejuk yang bersalji, ia sama sekali tidak menghalang Malaysia daripada menyertai Sukan Asia musim sejuk di Changchun, China yang bermula kelmarin hingga 4 Februari ini.
Tambah mengejutkan, Malaysia yang menyertai acara hoki ais membuka tirai saingan mereka dengan mencatat kemenangan 7-3 ke atas Hong Kong.
Jika penampilan sulung skuad hoki ais negara pada temasya itu diambil kira, kejayaan tersebut cukup membanggakan.
Ketepikan soal pingat kerana Malaysia masih mentah dalam sukan ini tetapi apa yang lebih penting kejayaan kecil tetapi bermakna yang ditunjukkan itu memberi nafas baru kepada persada sukan negara.
Sudah pasti peluang untuk menyaksikan sukan hoki ais berkembang di kalangan masyarakat negara ini amat besar.
Seramai 1,000 atlet dari 26 negara Asia termasuk negara bercuaca panas dari Asia Tenggara dan negara Arab di Timur Tengah menyertai temasya sukan yang mempertandingkan 10 acara itu.
0 orang telah bersuara:
Post a Comment