CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 11, 2007

iskandar journal

Hari ni dah hari khamis. Dalam dua tiga hari ni aku penat betul. Setiap kali balik kerja aku baring dulu. Sakit belakang aku duduk kat pejabat dengan kerja bertimbun-timbun. Tak tau bila nak selesai. Kerja yang minggu lepas punya tak siap lagi. Ini dah tambah dengan kerja baru. Kalau ada orang tolong urutkan memang best gila ni. Sampai sakit kepala aku berdenyut-denyut. Nak update blog pun tak larat.

Vendor dah mula datang nak jual barang kat tempat aku. Almaklumlah awal tahun. Diaorang tak tau ke kerajaan bagi peruntukan dalam bulan 3 nanti? Sekarang jabatan mana ada duit. Pening aku nak layan.

Hari ni tak ada kes langsung. Aku lebih banyak mengular, malas nak buat kerja sangat. Duduk depan PC kat pejabat cuma surf internet cari bahan-bahan untuk projek kertas kerja aku. Malas aku nak pening-pening kepala hari ni. Bakal mati aku kalau asyik duduk buat kerja aje.

Sakit belakang aku pun dah kurang hari ni. Kalau tak sekarang ni aku dah tergolek atas katil. Semalam aku sempat pi pasar malam dalam pukul 8.30pm. Aku sampai rumah dalam pukul 8.00am. Balik lewat aku semalam sebab kes tak habis lagi. Penat tu. Mata dah nak tertutup, berat kelopak mata aku semalam. Tapi bila sampai pasar malam celik pulak mata ni. Ramai gila anak-anak ikan dengan jantan-jantan cute. Meliar mata aku pandang sekeliling. Hehehe...

Balik dari pasar malam semalam aku makan-makan terus aku sambung tido. Penatnya aku rasa macam baru lepas berlari dari Johor sampai ke Perlis. Sakit urat-urat aku dari kepala sampai ke hujung kaki. Tido nyenyak gila malam tadi. Pagi tadi bangun segarlah sikit.

0 orang telah bersuara: