Alhamdulillah aku selamat sampai malam tadi kat sini. Semalam hampir-hampir aku tak dapat balik Selangor. Hujan tak berhenti dari hari sabtu kat kawasan aku. Esok paginya angin kencang berserta hujan. Pokok ada yang dah menyembah bumi. Kat belakang rumah aku air dah mula naik paras setengah betis. Cepat betul air bertakung. Baru satu hari hujan. Rumah aku kat kampung tu pun kawasan tinggi juga tu, macam mana air boleh naik punya tinggi tu?
Semalam aku bertolak dalam pukul 10am. Bila sampai Kuala Krai air dah naik atas jalan. Kereta banyak yang patah balik. Kawan aku dah mula berangan nak ambik cuti bencana. Banyaklah dia punya cuti, kerja aku kat ofis tu siapa nak selesaikan? Kami jalan juga ikut jalan alternatif lain.
Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai. Sampai kat bandar Raub baru hujan berhenti. Perjalanan lancar, tak banyak sangat kereta. Tapi macam biasalah bila masuk kawasan bandar, baru jalan sesak sikit.
Tahun ni semua ahli keluarga aku berkumpul sambut Hari Raya Qurban. Keluarga aku tahun ni tak buat korban. Hajat dihati memang nak buat korban tahun ni. Alah nak ambik sebahagian aje, tapi tak sempat aku nak pesan kat mak aku. Last-last semua bahagian dah ada orang tempah. Insyallah kalau tahun depan ada rezeki aku akan buat.
Malam raya kedua keluarga aku biasanya buat BBQ. Keluarlah aku modal buat beli benda nak dipanggang. Kali ni aku tak mengipas bara. Adik ipar dengan adik-adik aku yang panggang. Aku dapatlah rehat sikit. Tukang makan ajelah. Semua keluarga pakcik dan makcik aku jemput. Meriah malam tu. Sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu menghuru-harakan kawasan rumah aku. Seronok tengok gelagat masing-masing.
Masa pagi raya kedua tu aku jumpa dengan Wan. Dah besar panjang budak ni. Masa aku pertama kali berkenalan, dia Form 2 kalau tak silap aku. Sekarang dia dah Form 5. Semakin handsome. Aku berjumpa dia pun secara kebetulan kat pekan masa aku nak beli barang-barang nak buat BBQ. Ada sejarah silam aku dengan dia. Sempat aku ajak dia berbual dengan aku. Pemalu macam dulu juga. Sedar tak sedar adalah dalam 3 jam juga kitaorang berbual. Ialah lama tak jumpa. Nanti kalau aku sempat aku ceritalah sikit macam mana aku kenal si Wan ni lain kali.
Masa balik tu aku tak sempat nak jumpa dengan Azman. Aku nak call pun tak boleh. Mana budak tu ada hset. Nak ke pantai pun tak ada orang yang aku boleh ajak. Semua dah mula bekerja dan bersekolah. Last-last aku lepak kat rumah ajelah sepanjang cuti. Lepas bangun, makan, tengok tv,tido. Nak berjalan tapi tak ada geng malaslah.
Sampai pagi tadi kat pejabat banyak gila kerja aku. Bertimbun seminggu punya kerja. Aku buat slow-slow mana yang urgent dulu. Makan pun tak sempat. Aku makan dalam pukul 2.30pm. Makan tengahari merangkap sarapanlah tu. Hari ni pulak ada pelawat. Kenalah aku bagi talk dengan bawak diaorang pi tour satu jabatan. Kes banyak pulak hari ni. Selamat aku tak oncall. Hehehe...bolehlah cilok-cilok mana yang patut.
Buat kerja punya pasal, sampai pukul 5pm pun aku tak perasan. Cepat-cepat aku kemas meja aku. Blah cepat sikit. Rugi ooo...kalau tunggu lama-lama. Gaji bayar setakat pukul 5pm aje. Hahaha...
Pada petang 17hb ni orang dari Jabatan Audit Negara nak datang ke jabatan aku. Tu mungkin tugas rasmi aku yang pertama untuk tahun ni. Gelabah aku bila tau diaorang nak mari. Banyak dokumentasi tak disusun lagi. Rupa-rupanya diaorang nak audit sistem IT kat pejabat aku. Aku yang incharge sistem IT, jadi paksa relalah menjawab persoalan dari diaorang nanti. Seram tu...
Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat memasuki tahun 2007. Mungkin dah tergelincir sikit matahari baru nak buat ucapan. Aku harap tahun ni kehidupan aku lebih teratur, lebih berjaya dan yang penting kepala aku tak serabut dengan benda-benda remeh-temeh. Terutama bab oncall. Haaa...oncall? Ahhhhhh....tidakkkkkk....Aku rasa kepala aku nak serabut balik ni...Ok c u.

3 orang telah bersuara:
abg punyer kampong kat mana?
Nun...di utara terengganu
sekarang abg ada kat KL kan? KL kat mana?
Post a Comment