CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

iskandar journal

Hai, dah lama aku tak update blog. Rasa rindu pulak. Rasanya dah sebulan lebih lamanya. Sejak kebelakangan ni aku banyak kerja yang nak kena uruskan. Penting jugalah, sampai kepala aku jadi sakit.
Macam-macam benda aku lalui setiap hari. Nak menaip susah juga, penat duduk depan PC ni nak menaip. Tak ada ke orang boleh buat PC yang tak payah menaip bila nak menulis. Kita cakap aje, semua perkataan dah tertulis. Kan senang keje aku.
Malam tadi aku tak tido. Jam 5am baru mata ngantuk. Jam 8am tadi dah tersedar. Aku dalam 2 minggu kebelakangan ni sibuk menyiapkan persembahan multimedia untuk perhimpunan bulanan jabatan aku. Masalahnya, idea susah nak keluar dari tempurung kepala aku ni. Macam biasalah kalau aku nak idea, rokok mesti ada. Kalau tak mati akal aku nak berfikir. Jalan mundar mandir kehulu kehilir dalam rumah dah biasa. Cakap sorang-sorang untuk mewujudkan idea dan story board penting. 100% idea dan beban terletak kat bahu aku ni. Apa yang pasti bila sampai tarik akhirnya, semuanya siap. Kalau setakat perhimpunan biasa-biasa aje tak apalah. Ini perhimpunan bulanan jabatan. Bila sebut perhimpunan bulanan jabatan, aku ada piawaian tersendiri. Persembahan multimedia aku ada keunikan tersendiri. Habislah aku. Tarikh akhirnya esok. Perhimpunannya jumaat ni. Arrrghhh...sakit otak aku dibuatnya.
Tengahari ni aku kena teman awek aku ke majlis perkahwinan member dia kat Kajang. Kalau ikutkan, aku malas nak keluar rumah sebab kerja aku tak habis lagi. Tapi disebabkan dia dah merungut sebab susah nak jumpa aku dalam minggu lepas, terpaksalah aku korbankan sikit masa untuk dia. Merajuk pulak dia nanti.
Untuk makluman korang aku dah wujudkan satu lagi blog baru. Korang perasan tak kat belah kanan blog aku, My blog list ada link ke Aku Seorang Lelaki. http://tetuaniskandar.blogspot.com Itulah blog khas aku. Khas untuk 18sx punya info. Blog iskandar80 ni aku akan buka semula seperti biasa kepada umum (mungkin 1 Julai ni). Untuk tujuan promosi aku akan buka blog tu sehingga 1 Julai ni sebelum aku hidden kan nya. Seperti biasa aku akan letakkan syarat-syarat khas sebelum dapat masuk dalam blog tu. Yang pastinya setiap ahli dipaksa rela kena hantarkan bahan dalam blog tu. Tak kiralah gambar, video artikel atau apa saja. Janji 18sx punya bahan. Kalau tak mematuhi syarat, aku keluarkan nama korang dengan amaran. Ibarat macam tak bayar sewa rumah, nanti tuan rumah perhambat keluar.
Aku terpaksa wujudkan satu blog lagi sebab pening menerima banyak sangat email yang nak minta password untuk blog ni. Blog ni untuk 100 pembaca aje. Apa-apa pun untuk korang aku buka jugalah blog ni semula tapi tak ada dah cerita 18sx. Kalau nak baca juga cerita Aku Seorang Lelaki dan gambar-gambar atau video panas. Pi kat blog baru aku.
9 hari lagi genap blog aku ni berusia 3 tahun. Pelbagai cabaran aku dah hadapi dalam dunia blog ni. Tapi masih banyak perkara aku terpaksa belajar dari otai-otai blog yang lain. Dan tiada hadiah yang aku dapat berikan kepada korang sebagai tanda terima kasih menyokong aku selama ni. Cuma ingatan tulus ikhlas aku untuk korang dan profile korang berikan semasa aku hiddenkan blog ni (untuk join blog ni) aku akan lupuskan menjelang 1 Julai ni. Jangan risau, aku berpegang pada janji.
Apa-apa pun aku mengalu-alukan penyertaan korang dalam blog aku yang terbaru. Siapa cepat dia akan dapat masuk dan yang penting siapa yang jadi ahli kena aktif dalam blog baru tu. Dan sementara waktu aku akan pindahkan semua artikel 18sx dan berunsur lucah ke dalam blog ni ke blog baru. Ok aku blah dulu.

1 orang telah bersuara:

Unknown said...

Bro tnxs ek aku rasa kku pun buta blog tapi banyak bljar dan dapat inspirasi dari blog ko. Apapun kisah perjalanan hidup aku ko semak je ar kat entri aku nanti aku akan masukkan perlahan-lahan..huhu