CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 23, 2009

iskandar journal

Aku baru balik main boling. Main dua game. Nak kata aku ni hebat sangat tak lah, tapi bolehlah setakat nak melontar bola. Main kat kajang. Asalnya nak main pukul 830pm. Aku ni berlarilah secepat mungkin, sampai aku tersalah masuk jalan. Last-last main pukul 1030pm. Apa taknya, line penuh. Ramai orang semalam. Masa aku tengah menunggu tu, ada lah seorang mamat ni tegur aku time tengah hisap rokok. Asalnya tanya biasa-biasa aje. Tapi gaya tanya dia sesuatulah pulak. Semacam aje (atau mungkin perasaan aku aje kot).
Dia asal Kajang tapi sekarang dah bekerja kat Kuching. Tapi yang aku peliknya dia tak balik rumah family dia, ada ke dia nak stay kat rumah member dia sepanjang cuti 10 hari ni. Sebenarnya dia baru sampai petang tadi dari Kuching, terus nak lepaskan gian main boling. Pelikkan, baru balik terus main boling. Dan ayat-ayat yang aku katakan sesuatu tu ialah dia ada menjurus ke arah nak tumpang bermalam kat rumah aku. Aikkk... baru first time jumpa nak stay rumah aku. Dia tak takut ke kena rogol dengan aku. Hahaha... Muka boleh tahan tapi not my taste. Aku layan gitu-gitu ajelah mamat ni.
Hari ni taklah sibuk sangat, tapi sengsaralah sikit. Aku cuba menyelesikan tugasan aku. Fail kerja yang tak habis lagi ada dalam 2 kotak. Matilah aku macam ni. Sakit kepala nak habiskan. Purata fail yang aku dapat habiskan dalam sejam cuma 2 buah. Itupun bergantung pada kepayahan kes. Sakit pinggang aku dibuatnya. Balik kerja tadi terus aku tido. Bangun dalam jam 730pm, tu pun member aku kejutkan. Dia call aku. Sakit otak, berat kepala ni kalau nak selesaikan fail tu. Aku rasa macam jiwa aku tak sesuai buat kerja-kerja pejabat ni. Rasa nak bercutilah. Tapi tak ada geng lah nak pergi.
Jomlah tido. Kepala aku dah berat sangat ni. Berdenyut-denyut rasanya.

1 orang telah bersuara:

lillies said...

pegila bercuti bro...at least dapat gak ilangkan tension u tu....