CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

iskandar journal

Perghhhh...best gila dapat online semula. Dah lama aku tak update blog ni. Wish tahun baru pun terlepas. Aku minta maaflah kepada korang. Tentu harapan korang tinggi gila bila aku dah hidden kan blog ni. Sebenarnya line internet aku ada masalah sikit sejak awal tahun ni. Aku pun tak tahu kenapa tetiba aje line aku ni bermasalah. Macam-macam usaha aku dah buat. Last-last aku pergi ke Digi Center semalam terus aku beli sim card baru untuk data, internet aje. RM 66 sebulan. Mintak-mintak lepas ni line clear lah untuk aku update blog setiap hari.
Kalau aku nak cover cerita apa yang berlaku dalam masa aku tak update blog ni, memang berjela-jela aku nak story. Banyak benda dah berlaku. Seperti korang juga aku dah tanam azam baru. Tahun ni aku nak kumpul duit untuk menamatkan zaman bujang aku. Dan insyallah tahun ni, event paling besar dalam hidup aku akan berlaku. Aku akan cuba melangkah setapak lagi dalam laluan kehidupan aku, ke alam rumah tangga. Korang doa-doa kan lah aku berjaya dengan azam dan keputusan paling besar pernah aku buat dalam kehidupan aku ni. Amin...
Ramai kawan-kawan serta bekas-bekas x-bf bersetuju dengan tindakan dan usaha yang sedang aku jalankan ni. Aku bersyukur sebab dapat sokongan moral dari depa. Tapi secara jujur kadang-kadang sukar aku nak menyesuaikan diri dengan insan bergelar wanita.
Kehidupan aku sejak 10 tahun ni lebih banyak berlegar di dalam kelompok lelaki. Dan dalam masa tu juga aku cuma menjalinkan hubungan cinta dengan wanita… (jap…aku dok kira dan cuba nak mengingati sat…) dalam 5 orang sahaja. Kalau bercinta dan berehem-ehem dengan jantan, aku sendiri dah tak ingat berapa ramai aku nak bilang (kalau pinjam jari tangan dan jari kaki korang pun aku rasa tak cukup tu…).
Nak melayan perasaan wanita menjadi masalah buat aku. Aku terus teranglah, aku ni bukan kaki jiwang, aku ni bukan kaki romantic gila dan aku ni cepat panas baran (kalau nak naik sepak terajang tu, tak adalah). Boleh dikatakan setiap hari ada aje perkara yang di gaduhkan. Kadang-kadang aku sendiri tak nak mengalah dengan isu yang dikeutarakan. Entahlah, nak kata tak sayang, aku sayang kat dia. Nak kata dia tak sayang kat aku, dari sehari ke sehari dia cuba memahami jiwa aku. Apa-apa pun tengoklah, kalau jodoh panjang insyallah aku akan kawin juga.
Ok kita lupakanlah pasal awek aku tu sat, lepas ni banyak lagi aku akan story dalam blog ni pasal dia (bengkaklah biji mata korang nanti). Hari ni aku ada banyak kerja. Dan pagi tadi mood aku bertukar sayu sikit sebab aku kena marah dengan Big Boss. Perkara kecil aje tapi aku terasa lebih sangat. Masam aje aku hari ni, mana-mana pun tangan aku kena buat kerja juga. Dahlah aku banyak kerja dia pulak marah aku. Salah aku juga sebab tak ingat nak buat satu benda urgent untuk aku serah pada pengarah hari ni. Aku sediakan laporan tu dalam setengah jam. Bila time aku dah sedia nak mengadap pengarah, dia pulak pi meeting kat tempat lain. Anak kambing sungguh lah.
Hari ni berapa batang rokok aku habiskan. Tension punya pasal. Lepas sebatang aku sambung sebatang lagi. Petang tadi dalam jam 230pm ada pelawat datang kat tempat aku. Dan aku gunakan kesempatan ni untuk lepaskan kemarahan aku (tak adalah aku mengamuk sampai bukak silat pengantin, jangan risaunya). Aku lepaskan marah aku masa ceramah tadi. Intonasi suara aku kuatkan sikit. Ialah, hadirin 60 orang. Mic tak ada. Apa lagi, lantunkanlah suara. Tak kisah dah kalau piecing lari ke tidak. Lepas selesai ceramah tu lega betul rasa hati. Lepas semua beban kat kepala aku ni. Aku beri ceramah kat budak-budak matrik aje. Cute-cute jantannya. Geram betul aku, rasa nak buat anak ikan aje semuanya. Time lawatan aje ramai yang bertanya lebih lanjut kat aku. Alah…cute gila diaorang tu.
Lupa pulak aku nak cerita pasal seseorang. Dia ni manager kat one of dept kat tempat aku kerja. Pertama kali aku jumpa dia ialah pada awal tahun ni. Aku rasa umur dia dalam lingkungan 30-an, bujang. Good looking jugalah orangnya. Tapi setiap kali aku berbual dengan dia terasa satu aura keserasian antara aku dan dia. Cara layanan, tutur bahasa dan setiap lirikan mata dia cukup mempersona. Tetapi setakat ni cuma perbincangan berkaitan kerja aje, secara professional. Ada juga dia masukkan jarum sedikit bila bertanya tentang peribadi. Tapi aku pulak rasa tak selesa bila dia bertanya, aku takut tersalah cakap sebenarnya. Entahlah…
Petang tadi aku ke Alamanda Putrajaya. Lepak sana dengan awek aku. Asalnya nak beli buku untuk abang dia. Novel. Gelilah pulak aku bila dengar abang dia nak baca novel. Mungkin aku yang tak minat nak membaca kot. Tapi bagi aku mamat yang suka baca novel ni mamat yang jenis…entahlah. Apa-apa pun seluruh badan aku tergetik-getik ni. Cari punya cari tak jumpa tajuk novel yang dia nak cari tu.
Malam tadi juga first time aku pi makan kat Sushi King. Kalau setakat beli sushi kat Jusco tu biasalah (alah yang kat food dept yang depa dok pack satu-satu tu). Tapi tadi satu benda yang aku kena makan dan dalam seumur hidup aku tak pernah rasa benda alah tu. Belut. Tapi percubaan pertama memang best. Rasa isi belut macam ikan terubuk. Best gila. Aku peminat ikan terubuk sebenarnya, tapi ikan terubuk banyak tulang. Jadi bila nak makan terubuk, aku kena pastikan masa makan aku cukup panjang. Tapi belut tak ada tulang (entahlah kalau dia dah buang tulangnya). Apa-apa pun memang kenyang dan best makan malam tadi. Asalnya geli tapi bila makan best lah pulak. Nak lagi…
Tadi aku terima telefon dari kawan aku, kata ada puak-puak Hindraf dok berkumpul depan pejabat aku. Dan baru tadi aku terima panggilan dari tempat kerja aku (aku malas nak angkat call tu). Apa-apa pun aku malas nak ambik port. Minggu ni aku tak oncall, jadi please give me some space to rest. Just for this week ok!
Oklah aku pun penat ni sebenarnya. Apa-apa pun jom layan tido.

4 orang telah bersuara:

muqkas said...

damn.. finally.. u r back! miss u bro.. haha..

lillies said...

welcome back bro...!!miss ur writing..anyway, smoga cepat jodoh k....doakan adik u ni skali..hehehe..

Anonymous said...

Gud luc dgn ur wed plan nharap kesampaian. Jgn risau ada jodoh lari tak kemana. Miss u, lama nak tngu bro update..hehe

Anonymous said...

gonna get married?wonderful...luv to hear that n im happy for u. line internet problem ek? campak laut jer internet tuh hahaha...