CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 14, 2008

iskandar journal

Lagi 6 jam blog ini akan di hidden kan. Blog ni akan dikhaskan kepada member-member yang bersungguh-sungguh nak jadi pembaca setia. Aku terpaksa ambil langkah drastik ni sebab tak nak banyak hati terguris dengan kandungan blog ini. Pada mulanya aku malas nak layan sangat depa ni, tapi bila aku berfikir panjang-panjang baik aku hidden kan aje blog ni. Lebih galaklah aku nak mengupdate blog ni dengan gambar-gambar dan cerita-cerita menarik.
Sebelum ni banyak perkara aku pertimbangkan sebelum sesuatu artikel itu ditaip atau dikeluarkan dalam blog ni. Masyarakat kita ni cukup sensitif, aku pulak bukannya jenis nak sensitif tak tentu pasal. Jadi aku rasa aku tak sesuai hidup dengan sesetengah masyarakat yang tertutup mindanya. Dunia aku rasakan cukup bebas, tiada sempadan yang mampu menghalangnya. Cuma manusia-manusia yang tidak tahu erti kebebasan aje akan mewujudkan sempadan dan halangan.
Pendek kata sehingga setakat ni email box aku dah terima banyak permohonan dari korang pembaca blog, setia dan yang baru. Kepada 'rakan-rakan rapat' blog dah aku jemput secara rasmi. Kawan-kawan email aku harapkan korang boleh mengisi borang yang aku lampirkan secepat mungkin. Konsep aku senang aje, siapa cepat dan penuhkan semua soalan dalam borang tu, maknanya dia aku terima. Jadi seperti yang aku kata sebelum ni, 100 permohonan awal aje akan aku proses.
Oklah, kepada semua pembaca yang pernah melawat blog ni, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kubur. Aku bukan berniat nak berdendam atau melakukan kesalahan yang disengajakan, bermulut celupar dan menyakitkan hati korang. Semuanya berlaku secara pantas tanpa kawalan. Aku tahu aku berdosa, dan setiap dosa itu akan aku pikul sendiri. Cuma keredhoan Allah aku pohon. Berdoalah supaya suatu hari nanti aku akan bersama orang-orang beriman. Setiap doa muslim sejati pasti diterima Allah. Bantulah aku...
Kepada rakan-rakan blog dan pembaca-pembaca lain yang aku belum jemput join 'blog hidden' aku nanti, cepat-cepat maklumkan aku melalui email. Aku akan hantar borang untuk korang. Kesian pulak kalau korang dah tak dapat 'dengar' aku mengomel dalam blog ni.
Pukul 12am ni blog aku akan lenyap dari pandangan dunia. Cuma suara aku akan tetap keluar dengan lantangnya dari sebalik tembok yang tebal. Terima kasih semua...
p/s: malam ni kalau berkesempatan aku akan bercerita kisah yang berlaku malam tadi. Jadi jumpa malam nanti punya entry pertama dalam hidden blog. Shhhhhhh...

3 orang telah bersuara:

Shah said...

I have been an avid reader of your blog..... wish to be able to continue reading when it goes hidden..... hope to hear fr u Iskandar. Salam dari abg shah ... email shahiman@yahoo.com

Essa said...

I pun nak join. maybe in the future kita boleh tukar-2 pic anak-2 ikan...sape tau kan hehehe.... email essazainal@yahoo.com

Marlborolite said...

Hi Is..

Cant wait to read ur next 1st post in hidden ;-)

Thanks alot anyway thou..