Aku baru balik dari menghadiri rumah terbuka depavali member aku sebentar tadi. Mulanya terfikir berkali-kali juga bila nak pergi tu. Ragu masakan yang di masak aje. Halal ke tidak? Siapa yang masak? Lepas dapatkan kepastian baru aku pergi. Selamat dia ambil katering dari orang melayu. Makanan semuanya sedap-sedap. Aku nak aje tambah banyak kali tapi...
Ramai juga yang datang. Aku ni convoi ramai-ramai dengan staf aku. Awek aku pun pergi juga, tapi dengan kereta member dia, bertiga. Malam ni sebenarnya aku cemburu sikit dengan awek aku. Tapi aku rasa saja dia nak uji kesabaran aku. Nak aje masa makan tu aku ubah tempat duduk. Dahlah dia bawa kawan lelaki lain. Boleh dia duduk sebelah jantan tu. Makan punyalah mesra, siap main pas-pas makanan dalam pinggan. Berbulu mata aku tengokkan.
Aku buat tak nampak aje. Si jantan ni pulak hensem jugalah. Tinggi lampai, badan berisi sikit. Aku kalau nampak jantan macam tu pasti minat punya. Tapi malam ni rasa nak tumbuk aje muka dia. Malam ni betul-betul sifat cemburu aku diuji. Tapi aku terpaksa bersabar. Sebelum ni dengan awek-awek yang lain pun taktik yang sama juga digunakan. Semua perempuan sama ke? Gunalah taktik lain.
Aku memang tak banyak cakap masa makan tadi. Dalam keceriaan aku masa pergi dah bertukar serta merta bila awek aku buat macam tu. Balik tadi baru dia call. Mungkin dia perasan aku banyak diamkan diri masa majlis tadi. Pandai dia cover line, bolehlah aku tersenyum sikit. Rupanya lelaki tadi cuma dia punya staf. Aku kenal semua staf lelaki yang bekerja dengan dia, tapi jantan tu memang aku tak pernah tengok (kalau aku tau dah awal lagi aku ngurat jantan tu...hehehe...). Lepas ni akan aku buat siasatan (alamak dah jadi edisi siasat pulak ke...).
Oklah lupakan pasal tu. Semuanya perkara biasa dalam percintaan. Sifat cemburu tu pasti akan lahir secara normal. Sekarang ni dia pun ada hak untuk memilih. Kalau dia banyak sangat songeh, tak layakkah aku melepaskan dia? Dan tak layakkah aku mencari yang lain? Itu semuanya aku percaya takkan jadi dalam masa terdekat. Tapi masa akan menentukan segalanya.
Hari ni aku cukup penat. Malam semalam aku habiskan aktiviti malam dengan menelefon sampai ke pagi. Paginya aku ada kes berturut-turut sampai ke jam 7.30am. Masa tido malam tadi cuma 1 jam saja, bayangkanlah pagi ni punya malas aku nak bangun. Tapi paksa rela lah bangun sebab banyak kerja aku kena selesaikan.
Tengaharinya aku ambil port tido sampai jam 3pm. Lepas bangun ada kes lagi sampai ke jam 6pm. Hari ni entah apa mimpi Mirol call nak jumpa aku. Dalam pukul 7pm tadi dia datang. Sempat bergurau dengan aku. Tapi jual mahal lah dia kat aku. Sekarang ni dia dah ada awek baru. Kononnya kote dia hanya untuk awek dia. Aku pun malas nak layan.
Dalam 7.30pm aku mandi. Dia panjat dinding bilik air, mengintai aku. Aku buat bodoh aje. Aku pun tanya dia, setakat panjat bilik air buat apa, baik masuk sekali mandi dengan aku. Terus dia tergoda dengan ayat aku. Aku mana nak bagi dia masuk. Tadi jual mahal sangat.
Last-last lepas aku habis mandi dan keluar bilik air dia terus peluk aku dari belakang. Dia bisik kat aku nak buat projek bila. Eh...eh...mamat ni, sengal lah. Sekejap kata tak nak, sekejap kata nak. Dia kata kalau nak buat projek kena pi rumah dia. Tak selesa buat kat ofis aku. Aku pun kata ok aje. Terus dia cium pipi dan leher aku. Geli pulak bila janggut dia terkena leher aku. Meremang bulu tengkok aku.
Malam ni Mirol pun ikut kami pi rumah terbuka deepavali. Aku dikesempatan ni nak mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut agama hindu. Semoga perayaan yang disambut ini meriah dan ceria.
1 orang telah bersuara:
wah seronok la ko ek...
diam2 pun ada gak yg minat2 kat ko...
bestnya cam tu... aku pun nak gak ar bermanja ngan ko...
thank, komen pasal "sahabat" ari tu... ko aku telah sahabat "special"
hehe...
one day, teringin gak aku tuk kenalan ngan ko...
Post a Comment