CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

iskandar journal

Aku minta maaflah bro. Lama dah tak update blog sejak cuti aku yang lepas. Kebetulan line internet aku kat kampung tak clear sangat. Lembab gila. Lagi pun ramai sangat orang kat rumah aku. Dengan sepupu-sepupu aku yang kecil-kecil tu ada, faham-faham ajelah. Semuanya celik IT, habis PC aku digodeknya, marahlah macam mana pun. Muka diaorang toleh ke aku tapi tangannya masih lagi laju menaip apa-apa aje kat PC aku. Lawak pun ada. Memang tak makan saman punya budak.

Hari sebelum raya tu aku sibuk ke bandar, shopping kali terakhir. Aku cuma nak beli songkok aje. Kebetulan dah lama aku raya tanpa songkok. Asyik pakai kopiah aje. Makcik dan adik-adik aku yang lain sibuk nak beli barang lain. Adik aku yang nombor tiga tu pulak sibuk nak membayar zakat. Aku nak bayarkan hari tu kat Selangor sibuk dia nak bayar sendiri. Sambil berhenti bayar zakat tu sempat juga aku ambil gambar di Masjid Hadhari kat bandar aku ni. Masih dalam pembinaan. Cukup besar, cantik dan sesuai dengan kedudukan dia. Bangga sekejap aku melihat mercu tanda baru kat bandar aku tinggal ni.




Malam tu seperti kebanyakan rumah lain, kami pun sibuk buat persiapan akhir. Kuih-kuih yang aku beli dan mak aku buat tu, aku susun dalam balang. Sambil tu banyak perkara yang aku buat. Bab masak memasak aku serahkan kat orang perempuan. Malas pulak tahun ni aku nak ke dapur. Sebab mak aku dah ramai orang yang tolong dia kat dapur. Malas nak menyempitkan dapur aku yang dah sedia sempit tu.

Ini pulak kek coklat rice yang mak aku tempah dari kawan dia. Nampak sedap, tapi aku tak larat nak makan, manis sangat. Kek ni tak sempat nak tunggu pagi syawal. Atuk dan pakcik aku dah kekahkannya dulu malam raya tu. Gelak aku sebab atuk aku yang bersungguh nak makan tu terberhenti makan sebab manis sangat. Yang lain tu pakcik aku lahapkannya.

Raya pertama kami sekeluarga habiskan di rumah aje. Aku pun tak ke mana sebab semuanya berkumpul kat rumah aku. Sampai malam penat jangan cakaplah. Tapi aku tido lambat juga malam tu. Ramai lagi yang datang waktu malam. Esoknya raya kedua kami tak boleh ke mana sebab hujan turun. Petangnya semua family kecuali aku pergi ke rumah terbuka Dato Idris Jusoh (bekas Menteri Besar Terengganu). Aku tak ada mood nak ikut. Malamnya aktiviti tahunan, upacara BBQ. Tahun ni 5 ekor ayam kami bakar. Adalah benda-benda lain lagi soseh, daging burger. Aku tak join membakar tahun ni, adik aku yang bakar. Aku layan sepupu aku main bunga api, boleh?

Raya ketiga sampai ke empat kami berjalan ke rumah saudara mara. Kecuali hari Sabtu tu kami banyak pergi ke rumah orang kawin. Tak nak pergi, saudara. Kena pi juga. Selera betul aku hari sabtu tu sebab kari dagingnya sedap-sedap. Nasik ambik sikit, lauk aku makan banyak. Ada dalam 4 buah rumah orang kawin hari tu.

Hari Ahad nya aku bertolak balik ke KL jam 10am lebih. Jalan sesak jangan ceritalah. Bayangkan aku sampai ke Gua Musang dalam jam 6pm. Sampai kat rumah aku dalam pukul 2am. Penat yang teramat. Bersyukur juga walaupun lambat tapi perjalanan kami selamat. Paginya aku kena bangun awal sebab nak hantar adik aku ke Komuter Serdang untuk balik ke Seremban.

Paginya aku terpaksa bergegas pi kerja walaupun terlambat. Cuma 4 orang aje yang kerja, yang lain masih bercuti. Kebetulan pulak dalam minggu lepas cukup sibuk. Ialah kakitangan tak cukup, kami yang ada nilah yang terpaksa terkuntang kanting.
Minggu ni minggu oncall aku. Boleh tahan jugalah sibuknya. Kebetulan pulak aku ada 2 acara besar untuk aku selesaikan. Kedua-duanya aku terlibat secara langsung. Satu pujian lagi untuk aku, tepuk tangan... Dan untuk 3 malam kebelakangan ni aku tak dapat tido. Siangnya aku cuma dapat lelapkan mata cuma 5 minit aje. Azab yang amat. Dahlah penat, kepala otak penuh dengan tugasan, oncall lagi, aku rasa penat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Aku minta maaflah kepada geng-geng semua, email nanti minggu depan aku balas. Sebab minggu depan aku free sebelum 27hb aku dah mula oncall sekali lagi.

Petang tadi aku ke rumah terbuka dengan awek aku (ewahhh...dah ada awek sekarang). Dia ajak temankan, aku on aje. Kebetulan perut aku lapar yang teramat hari ni. Bayangkan seharian aku tak makan. Mengeletar tangan aku. Rumah terbuka kat Cheras. Aku bila dah lapar sangat mana nak masuk banyak. Takut tetiba perut kejang, aku pun makan macam biasa aje. Selamat kawan-kawan awek aku semuanya aku kenal, tak bosan. Sebelum maghrib kitaorang beredar.
Sekarang ni ada kes tapi tak berapa sibuk sangat, aku lapangkanlah juga masa untuk menaip sekejap. Ramai dah rindu kat tulisan aku. Ok kita jumpa lagi dan aku ucapkan salam aidilfitri. Aku minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan dan tersalah kata. Setiap orang melakukan kesilapan, kemaafan itu walaupun pedih untuk dilafazkan ia tetap satu perkataan yang amat bermakna dalam bulan kemuliaan ini.

1 orang telah bersuara:

lillies said...

nak cikit kek coklat tu..dah lama x makan r...
anyay, masih belum terlambat kan utk i wish u Selamat HAri Raya Aidilfitri...
nak duit raya...hehehe...