CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 16, 2008

iskandar journal

Hari ni kat pejabat aku dok kehulu-kehilir tanpa arah. Nak buat kerja pun malas. Sebabnya Big Boss aku tak ada. Yahooooo... Petangnaya ada mesyuarat untuk perhimpunan bulanan jabatan aku. Ingat lagi tak tahun lepas yang aku dapat pujian dari Pengarah? Persembahan multimedia yang menarik, perjalanan perhimpunan yang lancar dan teamwork yang terbaik.

Tahun ni ada ke patut aku dicalonkan untuk jadi pengacara majlis. Bukanya aku tak berminat tapi macam tak mencabarlah jadi pengacara ni. Aku dah banyak kali jadi pengacara sebenarnya, tu lah sebabnya aku malas nak expose kan diri ni lagi sekali kat halayak ramai, takut depa bosan pulak. Aku lebih suka kerja disebalik tabir. Berkembang sikit otak aku ni, banyak idea yang boleh diluahkan. Jadi pengacara biasanya terikat dengan teks ucapan.

Selamat nama aku disingkirkan jadi pengacara. Aku diletakkan sebagai ketua persembahan. Barulah best sikit dengarnya. Bolehlah aku kembangkan idea lepas ni. Biar gempak sekali lagi tahun ni. Apa taknya, banyak persembahan perhimpunan bulanan jabatan lain hampir sama, bosan. Lagu negaraku pun cuma ada bendera berkibar aje, buatlah lain sikit. Mati otak ke depa ni? Perjalanan perhimpunan biasanya hambar, ngantuk kadang-kadang dibuatnya.

Kali ni insyallah aku AKAN buat yang terhebat. Bukan cuba, tapi akan...

Petang tadi aku keluar beli makan untuk berbuka dengan Sahak. Awal sikit aku cabut keluar ofis hari ni. Kan Big Boss tak ada, merdekalah kami semua. Hari ni aku beli pucuk manis masak lemak, ayam golek sekor, bergedil 2 biji & nasi bungkus. Air aku beli dua jenis, air jagung dan air keledek (agaknyalah... ke air apa yang warna unggu tu?).

Aku berbuka sorang aje kat rumah. Dah biasa. Kalau ada couple kan best sikit, boleh makan berdua. Siapa nak jadi couple aku? (hehehe...siap buat promosi pulak bebulan puasa ni). Makan pun tak banyak. Yang lain aku simpan dalam peti. Bayangkan nasi separuh aje aku luak. Bukannya banyak pun yang aku telan. Bosanlah tak ada orang nak 'berlawan' makan. Last-last aku togak air yang aku beli sampai 2 bungkus sekali. Bulat perut aku minum air aje lebih.

Malamnya aku ajak E ngan bini dia teman aku tukar seluar jeans semalam. Lepas tukar saiz seluar tu, tengah jalan-jalan tu terpandang pulak aku sepasang baju melayu warna oren. Berminat pulak aku dibuatnya. Padahal tema warna baju tahun ni sepatutnya merah menyala. Lantaklah, dah minat punya pasal, saiznya pun ok. Aku angat sepasang. Lain kali aku cari warna merah pulak sebelum raya ni. Korang punya baju raya pulak kaler apa tahun ni? Design macam ner?

Lepas shopping lepak minum-minum pulak kat kedai mamak. Hauslah hari ni walhal dah dua gelen air aku minum masa berbuka tadi. Lepas minum terus balik. Malam ni akan jadi malam terpanjang aku, aku nak kemas bilik baca aku. Esokkan cuti jadi bolehlah mengemas. Aku tengah rajin ni. Oklah jom mengemas dan menyepahkan barang.

3 orang telah bersuara:

singAsong said...

Elop Iskandar..


huhuuhuh...makan la seorang..skandal kan ramai..

UNKNOWN said...

yang warna ungu tu air keladi bukan keledek... i just like to read blog... dunno y??? whoeva blog i read from politicians to whoeva who blogging... me??? dunno how to start it???

Anonymous said...

Selamat Ari Raya Isz...
Maaf zahir n batin...