CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 09, 2008

iskandar journal

Dah 9 hari kita melalui bulan Ramadan ni. Diam tak diam telah masuk minggu kedua kita berpuasa. Dah 2 minggu juga aku tak menulis, lama juga kan?. Bukannya apa, kadang-kadang bila sampai time malas, memang malas gila aku nak bercerita. Walaupun notebook depan mata pun malas nak memerah otak mengingatkan kisah seharian.


Banyak story menarik sebenarnya berlaku tapi nak buat macam mana semuanya dah berlalu. Baik aku cerita tentang masa sekarang ni. Setakat ni alhamdulillah aku masih penuh berpuasa. Macam azam tahun lepas jugalah, nak turunkan berat badan sikit. Sikit tak sikit pun kena turunkan dalam 8 kilo. Banyak kan? Berat aku sekarang ni 63 kilo. Nak jadikan 55 kilo aje. Muka aku ni dah tembam rasanya. Boleh ke aku turunkan lemak-lemak yang dah mula berkumpul ni. Kita usaha sebelum habis tahun ni.
Dalam bulan ramadan ni tak boleh lari kita bercerita bab sahur, berbuka, makanan, kelaparan, terawih, kuih raya, baju raya dan banyak lagi. Ialah kat tempat kerja aku macam-macam jenis kuih raya diaorang dah mula jual. Aku pun terpengaruh sekali dok beli. Padahal baru seminggu puasa. Lagipun kat kampung aku mana makan sangat kuih-kuih ni. Aku pun saja beli, ialah sekurang-kurangnya bawa balik buah tangan kat mak aku. Walaupun aku pasti mak aku akan bising. Bising sebab kuih tu nanti dia yang kena habiskan. Hihihi...
Bab nak bangun sahur pulak jangan ceritalah. Aku ni jenis liat sikit nak makan sahur. Tak masuklah makan pagi-pagi. Nanti lepas perut kenyang, sambung tido. Nanti malas nak bangun subuh. Kesimpulanya adalah sehari dua aje aku makan sahur. Hari-hari lainnya aku tido aje pagi-pagi. Kalau balik kampung ni mesti paksa rela kena makan. Kalau tak mak aku bising. Dari aku dengar dia bising pagi-pagi tu baik aku ngap. Sebelum dia ngap telinga aku pepagi buta.


Setiap hari aku berbuka ikut keadaan. Tapi sekarang ni bila berbuka cukup rasanya segelas air dan 3 biji kuih. Dah kenyang rasanya perut ni. Sebab aku belajar dari tahun-tahun sebelumnya. Jangan membazir, beli banyak-banyak makanan pun tak habis buat apa kan?. Kadang-kadang makan juga nasi dan benda-benda lain. Itulah aku katakan, ikut keadaan semasa.


Hari pertama puasa aku berbuka kat rumah E. Dia masak, aku dengan bini dia jadi tukang makan. Nak tolong sediakan bahan pun aku tak reti. Bini dia dah ada sekali dok tolong kat dapur. Aku lepak layan TV. Hari pertama punya makanan memang banyak, nafsu semua tu. Makannya sikit aje. Memang tak makan mana pun kami. Semuanya makan sepinggan aje. Tak ada nak tambah-tambah. Makanan macam untuk 10 orang makan. Macam-macam ada.


Kalau bercerita bab solat terawih pulak, tahun ni banyak kali aku kantoi. Dalam 9 hari berpuasa ni berapa kali aje aku pergi terawih. Bukan malas tapi kereta aku tak ada mula dari puasa pertama lagi. Aku pi hantar up sikit kecantikannya. Biar lebih anggun dan bergaya sempena raya ni, cewahhh...


Ialah lepas makan perut kenyang, nak berjalan ke surau mau berpeluh. Last-last lepak kat rumah aje layan PC. Nak tengok TV pun tak ada cerita best. Nak ajak E susah sikit, dia ni pemalas nak ke surau. Hari ni ingat siaplah kereta aku. Rupanya tak siap lagi, hampehhh... Rabu ni katanya baru siap. Risau aku dibuatnya. Jawabnya minggu ni aku tido ofislah.


Minggu lepas aku pi kerja dengan bini E. Setiap pagi dan petang dia datang jemput aku. Minggu lepas pulak hujan banyak hari, jalan jem. Sakit otak juga dibuatnya. E tak dapat hantar aku sebab tempat kerja aku dengan dia lain-lain jalan. Lagi pun di pi kerja awal, jam 6am dah keluar. Jadi bini dia jugalah jadi mangsa driver aku. Hahaha... Alah 3 hari aje. Jumaat minggu lepas aku apply cuti, saja lepak rumah. Kemas rumah (padahal jadi tongkang pecah adalah).


Ahad lepas giliran aku pulak memasak. Mula dari pukul 4pm lagi aku dah sibuk kat dapur. Sediakan bahan taklah susah, cuma benda-benda beku yang nak kena cairkan. Malas nak menunggu. Resepi aku macam biasalah, spagetthi (itu aje yang aku tahu masak), kentang lecek mayonis, sayur salat & ayam bakar madu. Nak kata sedap, bolehlah ditelan. Tak tercekik tu ok lah jawabnya. E dan bini dia pulak pi beli murtabak, roti jala dan air tebu. Jadi banyak pulak makanan atas meja. Makannya macam biasalah, sikit aje.


Semalam mengamuk aku kat ofis pasal aircon sejuk sangat. Nak beku jadinya kitaorang kat sini. Mula-mulanya diorang hantar anak-anak ikan yang cute-cute datang untuk betulkannya. Makin beku adalah. Ada diaorang kata suhu 19 darjah celcius. Aku rasa takat paras beku dah ni, ngalahkan suhu kutub utara. Last-last bila aku sendiri yang call dia punya bos barulah dia hantar incharge yang sepatutnya. Apa punya lembablah tindakan, nak kena mengamuk dulu baru nak buat kerja betul-betul. Kelam kabut dia punya incharge betulkan sendiri aircon tu. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana kan? Alahhh...sesungguhnya aku sedang berpuasa. Menguji keimanan betullah depa ni. Saja aje nak naikkan temper aku pepagi buta semalam. Sampai ke petang aircon ok sikit tahap kesejukkannya.
Malam tadi E datang ambil aku kat ofis dalam pukul 1030pm. Saja ajak aku keluar ke McD. Ingat nak makan kat sana, penuh pulak table. Bungkus, makan kat rumah aku. Lepak-lepak sekejap, kemudian dia hantar aku semula ke ofis. Malam ni aku tido kat ofislah. Kereta kan tak siap lagi. Berbuka tadi aku makan murtabak aje. Oklah, kenyang juga.
Sampai saat ni mata aku tak ngantuk lagi. Esok mesti ngantuk. Harap-harap aku dapat lepak-lepak esok. Janganlah banyak kes. Oh ye, email makin banyak masuk ke dalam box aku. Minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak balas. Soalan-soalan 'peribadi' tu akan aku cuba jawab secara personal. Yang mengucapkan selamat berpuas tu, aku pun ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah korang diberkati. Dan rebutlah malam seribu cahaya ni dengan gigih beribadah (jangan jadi malas macam aku ni). Dan macam kebanyakan blog-blog lain, aktiviti 18sx akan diberhentikan sementara untuk menghormati bulan mulia ni.
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA
TUNAIKANLAH SOLAT SUNAT TERAWIH
SEMOGA IBADAH KORANG DIRAHMATI DALAM BULAN SERIBU KEBERKATAN INI

4 orang telah bersuara:

Anonymous said...

Selamat Berpuasa Is...

Semoga bulan yg penuh kemulian ini sekurang2nya membersihkan diri kita dari segala kekotoran yg telah kita calit selama ni....

Anonymous said...

Salam Ramadhan Is..
Miss ur blog for so long thou ;-)

-miki-

miki_mikyail@yahoo.com

Anonymous said...

dh lme x on nih psl???
x de cite yg bes2 kew...

Tuan Iskandar said...

Hi,

selamat berpuasa untuk semua. Insyallah, lakukan apa yang terbaik untuk bulan mulia ni.Moga ganjarannya dilimpahi dan diberkati.

Happy fasting month.