Kubur Mona Lisa dikesan dalam biara di Florence
ROME: Seorang ahli sejarah amatur kelmarin mendakwa, beliau sudah menemui tempat persemadian wanita yang dipercayai menjadi inspirasi kepada Leonardo da Vinci untuk menghasilkan lukisan teragungnya iaitu potret bergelar Mona Lisa.

Gambar terkenal
Leonardo da Vinci.
Seorang ahli sejarah
amatur Itali mendakwa
sudah menemui lokasi
persemadian wanita itu.
Satu sijil kematian menunjukkan bahawa Lisa Gherardini, wanita yang dipercayai menjadi model kepada lukisan Mona Lisa mati pada 15 Julai 1542 di Florence dan dikebumikan di sebuah biara di tengah Florence, kata Giuseppe Pallanti.
“Mungkin cara Leonardo memilih wanita sama saja seperti orang lain,” kata Pallanti, guru ekonomi sekolah tinggi di Florence kepada agensi berita The Associated Press.
“Dia bukanlah seorang wanita daripada keluarga bangsawan atau seorang puteri. Dia adalah seorang wanita yang berkeluarga,” katanya.
Ia bukanlah sesuatu yang pasti bahawa Gherardini yang dilahirkan pada 1479 dan berkahwin dengan seorang peniaga sutera kaya, Francesco del Giocondo adalah wanita tersenyum dalam lukisan yang menimbulkan spekulasi sejak berkurun lalu.
Penyanyi Nat King Cole dalam satu lagu yang ditulisnya pada 1950-an pernah mempersoalkan adalah senyuman kerana cinta atau kerana menyembunyikan perasaan sedih.
Secara tradisi, Gherardini dikaitkan dengan ‘La Gioconca” berikutan lukisan berkenaan terkenal di Itali kerana Giorgio Vasari, artis pada kurun ke-16 dan penulis biografi Leonardo bersama artis lain menulis bahawa da Vinci melukis potrai isteri del Giocondo.
Pallanti yang juga menulis buku mengenai Mona Lisa juga menyatakan bahawa del Giocondo adalah jiran dan kenalan kepada bapa artis, Piero da Vinci.

1 orang telah bersuara:
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
Post a Comment