CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 24, 2008

iskandar journal

Hari ni aku bad mood sikit. Habis satu dept aku amuk. Semua tak berani bantah cakap aku. (Kiranya bebudak kat dept aku dah faham perangai aku). Puncanya sikit aje tapi baranya terus menyala. Apa taknya, dahlah semalam banyak kes, penat gila. Datang pulak pakcik polis yang selalu berurusan dengan dept aku pepagi buta, diarah-arahnya aku buat itu ini sesuka hati dia dalam dept aku. Last-last aku sound dia balik (tak kiralah dia tu siapa, datang 'rumah' orang tolonglah hormat sikit, dia ingat ni balai ke? Marah ni...marah...). Terkedu dia (aku anti sikit dengan 'pakcik' ni). Pegawai polis lain yang pangkat lagi besar dari dia relaks aje, dia pulak dok kalut semacam. Last-last aku blah ke bilik rehat, baik aku makan sarapan dari layan dia. Aku tinggalkan dia sorang-sorang kat pejabat, baru padan muka bila tak ada orang nak layan dia. Kalau kita pi balai ada depa nak layan kita tahap 5 star? Haram. Aku saja lepak lama-lama kat bilik rehat. Selamat member aku layan dia, kalau aku nak layan dia, alah mintak maaflah. Aku tulis ni pun bukan aku anti pihak polis tapi perangai dia tu aku tak suka. Kebanyakan polis yang berurusan kat tempat aku ok aje. Dia pulak yang terlebih-lebih. Sabar ajelah...
Seharian aku banyak kerja, kes pulak jangan ceritalah. Member-member aku pulak hilang ke mana pun tak tahu. Bertambahlah aku angin. Bila aku mengamuk barulah sorang demi sorang muncul. Aku rasa macam kerja sorang-sorang pulak kat dept ni. Kaki aku ni rasa macam nak patah ke hulu ke hilir berkejaran nak siapkan kerja. Mat-mat despatch pun hilang. Siapa tak angin? Sabar ajelah...
Petangnya pihak cleansing datang nak buat inspection kat dept aku. Kali ni supervisor dia yang datang (dia ni jarang datang kat dept aku, aku pulak kena minta special request supaya dia datang). Aku pun macam biasalah komplen apa yang tak kena. Dia pulak nak 'sekolah'kan aku. Boleh dia cakap kalau setakat habuk dalam dept tu laplah sendiri. Amboi, amboi, amboi...sedapnya bahasa. Dahlah aku berbara, disiajmbahnya minyak lagi. Aku pun apa lagi, aku bukan setakat 'sekolah'kan dia pulak, siap aku 'universiti'kan mulut dia yang tak ada insuran tu. Terdiam dia. Last-last aku bagi amaran kat dia supaya inspection lain kali aku nak dia sendiri yang datang, kalau dia hantar anak-anak buahnya lagi, aku tak akan sain borang inspection tu. Kerajaan bayar berapa beratus-ratus juta setahun kat syarikat depa, aku juga ke yang kena lap habuk dan bersihkan lantai. Banyak cantik... Depa nak makan gaji buta? Sabar ajelah...
Malam ni angin aku dah reda. Dah padam bara yang hangit terbakar tadi. Sakit jiwa juga layan manusia yang hati bongkak dan sombong ni. Baik aku layan tiang letrik, tak sakit jiwa.
Hari ni pulak aku asyik dapat panggilan dan sms dari member-member aku. Semuanya URGENT. Aku yang tengah sibuk hari ni terpaksalah layan, tak layan tak boleh juga dah namanya URGENT. Padahal tak penting mana pun panggilan dan sms tu. Apalah korang kacau aku hari ni? Semalam tak kacau pulak. Lepas pukul 5pm tak ada pulak orang nak call aku. Cisss... Sabar ajelah...
Tadi aku call mak dan adik-adik aku. Terasa rindu pulak kat diaorang. Homesick dah melandalah ni. Nak dapatkan cuti bulan ogos ni pun mungkin susah, macam mana nak balik kampung? Dalam bulan ogos ada 2 kursus besar yang terpaksa aku laksanakan. Semua kertas kerja nak kena siap sebelum bulan ogos ni. Semalam satu kursus baru selesai, anjuran dept aku. Selamat berjalan dengan lancar walaupun aku terpaksa berkejaran nak layan kes (dah aku oncall minggu ni, kursus tetap kursus, oncall tetap oncall). Aku kesian kat mak aku aje, kesian dia tinggal sorang-sorang kat kampung. Bila aku call aje, semuanya macam ok aje. Tapi aku tetap risau kat mak aku tu. Nak balik...whaaaa...
Minggu ni kereta aku buat hal (padahal aku yang buat hal). Malam ahad lepas, lepas balik makan dengan E tayar kereta aku pecah kerana langgar lubang atas jalan. Lubang tu tak besar tapi pinggir dia tajam. Aku bawa pun dalam 40-50 km/jam. Laju ke? Kalau satu tayar tu tak apa, ini dua sekali gus. Alamak melayang duit aku. Aku yang bawa kereta tu. Malam mata aku ni kurang nampak sikit, aku suruh dia bawa tak nak. Dah alang-alang nak ganti tayar, semua sekali aku serviskan. Mangsanya E lah. Aku suruh dia tolong selesaikan kereta aku. Dari panggil pomen sampailah siap nanti. Pagi tadi katanya kereta akan siap petang ni. Malam tadi aku call, dia katanya dah siap. Esok aku nak hantar cat, bukan satu body. Sikit aje, tempat yang calar-calar.
Malam tayar pecah tu, E bersungguh tolong aku. Dah lah punya azab nak menanggalkan tayar tu. Ketat nak mampus. Berpeluh-peluh dia nak menanggalkan tayar malam tu. Seboleh-bolehnya malam tu juga nak selesaikan. Sampai 1am lebih baru dia mengalah. Satu tayar aje yang berjaya ditanggalkan. Satu lagi aku suruh pomen buka keesokan harinya. Hari isnin aku terpaksa ambil EL. Padahal aku lepak kat rumah aje, E yang tolong hantar ke bengkel kereta aku hari tu. Baik kan dia...Thanks E... Malam tu aku belanja dia makan.
Esok ada majlis serah tugas, dari aku kepada bos aku. Kiranya dia dah selesai belajar, aku nak serahkan segala beban aku kat dia. Mintak-mintak kehidupan aku kembali normal macam enam bulan sebelum ni. Sekarang ni oncall akan selang dua minggu sekali, alhamdulillah. Banyak sikit masa aku nak lepak-lepak.
Pembaca blog aku semakin bertambah. Ramai yang email dan YM aku (walau pun aku jarang-jarang bukak email dan YM sekarang ni). Thanks guys. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk menulis seperti dulu. Setiap email korang insyallah aku akan balas walaupun lambat.

0 orang telah bersuara: