CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 23, 2008

iskandar journal

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kat korang semua yang menghantar email ucapan selamat sembuh dan doa untuk mak aku. Alhamdulillah dah 3 hari mak aku discaj dari wad. 29hb ni ada temujanji semula di HUSM. Thanks juga atas maklum balas korang tentang hotel di Manila. Senang sikit aku nak buat pilihan. Aku dah buat tempahan hotel. Tak adalah sampai 5 star, yang biasa-biasa aje. Cuma nak mandi dan tido aje kan? Masa yang selebihnya berjalan-jalanlah satu Manila.

Sekarang ni adik lelaki ke-4 dan bongsu dah dapat sambung belajar semula. Abangnya dapat UKM dan adik pulak masuk Kolej Negeri. Sekarang ni aku makin bertambah risau sebab mak aku dah tak ada orang nak jaga. Macam-macam bermain dalam kepala aku sekarang ni. Aku cuba tak memikirkan sangat tentang perkara tu, tapi tak boleh juga. Terasa nak terus balik bekerja kat sana aje sekarang juga, boleh aku jaga dan perhatikan mak. Aku tak nak jadi macam arwah ayah yang aku tak sempat nak jaga dia semasa dia sakit dulu. Aku balik pun tak sempat tengok wajah arwah untuk kali terakhir. Sedih dan pilu pulak hati ni bila memikirkannya. Tertekan juga sekarang ni.

Kalau ikut perancangan aku, selepas umur 35 tahun baru aku nak balik ke kampung. Aku nak sambung belajar lagi untuk tempoh masa terdekat ni. Tak nak mempersiakan masa yang ada. Masa arwah ayah aku meninggal dulu aku masih di Kedah, belajar. Sekarang ni aku risau kalau-kalau masa aku belajar nanti perkara buruk akan berlaku kat mak aku. Takut tak sempat aku nak jaga dia. Nak bermanja-manja dengan dia. Alah.. nak nangis pun ada ni.

Masa aku call petang tadi suara dia ceria aje. Sedap sikit hati aku. Tapi itu tak dapat tenangkan perasaan aku secara keseluruhan. Sekarang ni apa yang bermain di dalam kepala aku ialah perlukah perancangan aku diubah? Alah...pening wooo...

Aku start oncall dari hari khamis minggu lepas sampai khamis ni. Jumaat malam aku akan berlepas ke Thailand (kalau ikut perancangan). Lepas tu selang beberapa hari aku akan ke Manila. Semalam aku dah beli serba sedikit kelengkapan nak berjalan jauh. Beg yang lama aku dah ganti baru. Peralatan lain aku dah asingkan sikit-sikit.

Dah dua hari E dan bini nya dok bergaduh. Habis satu rumah tonggang langgang. Bukan aku nak aibkan dia bila aku menulis di blog aku ni, cuma kesian juga kat E bila bini dia buat macam tu. E pulak mana lagi tempat dia nak pi, aku jugalah yang dicarinya. Perempuan ni kalau cemburu buta, teruklah (kadang-kadang lelaki pun bila cemburu lagi teruk, betul tak?). Memanglah tanda sayang, tapi kan ada cara yang lain nak menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang tu. Entahlah, aku nak masuk campur, dua-dua kawan aku. Aku ni pulak semalam ajak dua-dua keluar makan malam. Nak menceriakan keadaan aku ni terpaksalah buat lawak bodoh, tapi berjaya. Dua-dua dah tak bergaduh, buat sementaralah. Lepas tu E pulak buat pasal balik lewat malam. Malam tadi depa dok berperang macam Israel Palestin. Pukul 4am baru ada gencatan senjata. Pagi tadi aku memang dah janji dengan E nak pi kerja sekali, dia pulak tak bangun lagi. Selamat aku call dia. Bila aku tengok rumah dia, Ya Allah gila babab bersepah. Tongkang pecah pun ok lagi.

Pagi tadi pulak kereta aku berasap bonetnya. Bila diperiksa dia punya batang cooler retak (tak bocor, temp tak naik pulak). Padahal pagi tadi aku baru kutuk kereta iswara depan aku yang ekzosnya besar gedabak. Siap aku kutuk, ekzos besar-besar asap tebal gila. Rupanya asap tu datang dari bonet kereta aku. Ya ampun... tobat aku nak kutuk-kutuk kereta orang lain lepas ni. Insaf dibuatnya. Parking tepi jalan sekejap, E tolong tengok apa yang terjadi. Lepas tu aku hantar kereta aku ke rumah E sebelum dia hantar aku ke pejabat. Sampai sekarang kereta aku tak betul lagi, jawabnya malam ni aku tido kat ofislah.

Tapi aku kesian kat E yang sedang bersusah payah sekarang nak memperbaiki kereta aku. Kalau dah siap karang dia akan call aku. Dia cukup suka membantu. Aku pulak jadi kesian kat dia, dah macam pembantu peribadi aku pulak jadinya.

Korang ada baca akhbar Metro hari ni (mukasurat dua)? Dah biasa dengar atau korang pun mungkin dah biasa buat atau tak pernah buat adegan tu. Tapi sekarang ni kan banyak tempat selamat nak buat benda alah tu, carilah tempat yang selesa sikit. Aku pelik juga kadang-kadang (padahal aku pun dulu pernah juga buat, tapi tak pernah kantoi pun, hahaha...). Nak buat kat tempat awam tu ok aje, tapi berpada-padalah, line kena clear. (Kepada sesiapa yang tak sempat nak beli akbar Metro, kat sini aku lampirkan artikelnya).
Apa-apa pun lu pikirlah sendiri.

Liwat atas mangkuk tandas

TAHAN...pasangan gay yang ditahan, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Tindakan aneh dua lelaki berkurung hampir dua jam dalam sebuah tandas awam di sebuah pusat menjual kraftangan terkenal di ibu kota, kelmarin membongkar kegiatan jijik pasangan terbabit yang melakukan hubungan homoseksual di atas mangkuk tandas.

Pasangan lelaki gay terbabit masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dikatakan turut meliwat sesama sendiri bagi memperoleh kenikmatan hasil hubungan songsang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Kerja terkutuk itu bagaimanapun terbongkar apabila disedari seorang peniaga yang curiga melihat hubungan mesra luar biasa pasangan terbabit sebelum memasuki tandas di tingkat satu pusat jualan kraftangan yang menjadi tumpuan warga kota dan pelancong asing.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, peniaga berkenaan mengesyaki sesuatu terhadap pasangan terbabit apabila mereka tanpa segan silu memeluk satu sama lain sambil sesekali berkucupan dan mengusap penuh berahi.

Curiga dengan perangai pelik itu, peniaga berkenaan terus menghubungi detektif pusat kraftangan itu sebelum mereka mengatur strategi untuk menangkap pasangan gay terbabit.

Detektif yang enggan dikenali berkata, sejurus menerima maklumat, dia bergegas ke tandas dimaksudkan untuk menyiasat perlakuan songsang itu.

“Pasangan terbabit dipercayai melakukan hubungan terkutuk itu dalam bilik hujung tandas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut memanggil dua pengawal keselamatan untuk mengawasi kawasan itu bagi mengelakkan mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, seorang daripada pasangan terbabit keluar dengan pakaian tidak terurus manakala rambut berserabut.

“Tidak lama kemudian seorang lagi keluar dari bilik tandas sama sebelum saya dan pengawal menahan mereka.

“Pasangan terbabit pada mulanya cuba berdolak-dalih dengan mengatakan tidak membuat apa-apa, bagaimanapun selepas beberapa kali ditengking, mereka memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Pemeriksaan dalam bilik tandas itu turut menemui cecair dipercayai digunakan pasangan terbabit melakukan seks luar tabii.

Detektif berkenaan berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut dan selepas disoal siasat mereka mendakwa tandas berkenaan itu dijadikan ‘markas’ gay melakukan hubungan sejenis.

“Seorang daripada mereka yang ditahan itu bekerja sebagai tukang masak di Pulau Pinang manakala pasangannya berasal dari Sabah dan bekerja kilang.

“Lebih mengejutkan, pasangan berlainan agama itu dipercayai baru beberapa jam berkenalan sebelum mereka bersetuju melakukan hubungan sejenis,” katanya.

Difahamkan kedudukan tandas itu agak sunyi selain tidak ramai yang menggunakannya, dijadikan sarang golongan gay melakukan hubungan terlarang.

Menurutnya, sebelum ini, pasangan gay menjadikan tangga di kawasan berkenaan untuk melempiaskan hawa nafsu, tetapi selepas pihak pengurusan memasang kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan mereka menjadikan tandas awam sebagai sasaran.

Oklah aku nak mandi dulu, apa-apa hal aku sambung lain kali.


5 orang telah bersuara:

Anonymous said...

cam ane leh kantoi tuh? huhuhu.... saya pon hamper-hamper nak kena gak.

lelaki melayu said...

cam ane leh kantoi tuh? huhuhu.... saya pon hamper-hamper nak kena gak.

lelaki melayu said...

hahaha... asyik tak jadi jerk bile nak komen.

lelaki melayu said...

cam ane leh kantoi tuh? huhuhu.... saya pon hamper-hamper nak kena gak.

Anonymous said...

assalamualaikum....secara tak sengaja saya jumpa blog ini...saya seorang yang terbuka dan setelah membaca saya tertarik dengan sifat-sifat positif dalam diri saudara. Soal seksual orientation anda..saya tak nak komen. Itu hak dan pilihan masing-masing. Saya cukup berminat dengan cara saudara bercerita terutama tentang kisah ibu saudara yang sakit. Hampir sama dengan apa yang saya lalui dan alami. keep on blogging.