Hari ahad lepas aku nak update blog. Cuaca panas gila. Tak senang duduk aku dibuatnya. Duduk depan kipas pun tak rasa apa. Dua tiga ratus kali aku turun naik semata-mata nak ambil air sejuk. Haus.
Tengahari panas tu E datang singgah rumah aku. Berpeluh-peluh dia. Rupanya baru habis tolong bini dia kemas rumah (dah dia tinggi, maknanya kerja yang sesuai untuk dia ialah membasmikan sawang-sawang yang wujud di muka bumi ni, padan muka dia, hahaha...). Kesian pulak aku tengok dia. Dia datang pun nak tanya aku dah makan ke belum. Kalau belum dia nak ajak aku keluar. Aku yang belum makan masa tu jadi seganlah pulak. Ialah kan bini dia ada kat rumah, kalau bini dia dah masak dan dia pulak makan luar dengan aku, ape ke halnya yoppp... Kesian kat bini dia pulak.
Dia pulak makin bersungguh nak ajak aku keluar makan. Aku tolak dengan baik. Aku kata baru habis makan (kebetulan pinggan breakfast pagi tu masih aku tak bawa turun ke dapur). Dia baring sebelah aku. Muka dia hampir rapat dengan muka aku. Aku boleh rasa hangat dan hembusan nafas dia. Nak aje aku tolong lapkan peluh kat muka dia. Geramnya...
Dia berbual sekejap dengan aku, lepas tu dia ajak aku keluar petang nanti. Pi minum petang dalam pukul 4pm. Aku baru berbincang dengan jemaah menteri pagi tu untuk melaksanakan projek tido untuk rakyat dalam waktu petang. Kacau daunlah mamat ni. Aku tak bagi apa keputusan pun, lepas tu dia minta diri. Rasa macam dia ambil berat tentang aku lebih dari isteri dia pulak. Terkompiuslah pulak. Opppsss...terlebih sudah.
Dia berbual sekejap dengan aku, lepas tu dia ajak aku keluar petang nanti. Pi minum petang dalam pukul 4pm. Aku baru berbincang dengan jemaah menteri pagi tu untuk melaksanakan projek tido untuk rakyat dalam waktu petang. Kacau daunlah mamat ni. Aku tak bagi apa keputusan pun, lepas tu dia minta diri. Rasa macam dia ambil berat tentang aku lebih dari isteri dia pulak. Terkompiuslah pulak. Opppsss...terlebih sudah.
Aku harap dia akan lupa tentang minum petang tu. Ialah cuaca panas gila tu. Menyengat kulit ni. Bahang jangan cakaplah. Tak sampai 5 minit lepas dia balik, member aku yang lain pulak call. Dia ajak makan tengahari kat rumah dia. Aku ingat nak menolak, dah dia paksa, kena pi jugaklah jawabnya. Bukan apa, bila dengar bini dia penat-penat masak, kesianlah pulak. Tengahari tu pekena laksa penang. Bolehlah buat kenyang perut.
Dalam pukul 3.30pm aku balik rumah. Baring-baring sekejap tetiba terlelap. Ialah perut dah kenyang dan bersesuaianlah dengan perbincangan aku dengan jemaah menteri. Tengah sedap-sedap tido E bunyikan hon kat depan rumah aku. Ciss... Paksa relalah aku bangun. Kesian kat dia, ialah panas-panas macam tu pun datang juga. Sebab dia bersungguh sangat, ikut ajelah dia. Dia bawa aku pi jalan-jalan. Lepas tu nampak gerai jual cendol. Lepak makan rojak, dia minum air kelapa (sakit kerongkong dan panas badan katanya), aku pulak minum cendol jagung. Bestnya. Dengki dia kat aku sebab tak dapat minum ais. Rokok dia pun dah tukar, ada hisap rokok budak-budak, Salem Mentol. Merah muka kena kutuk dengan aku. Dia kata tukar sekejap aje sebab sakit tekak punya pasal.
Malam tu aku lepak kat rumah aje. Layan tv. Semalam aku dah start oncall sampai ahad ni. Semalam sibuk yang teramat. Dari pagi sampai petang aku tak dapat rehat. Selamat makan free ada (sebab ada mesyuarat kat jabatan aku, aku tak terlibat pun). Ramai pelawat, vendor dan bermacam-macam jenis orang datang jumpa aku. Tak cukup mulut aku nak layan. Ialah kena bercakap banyak. Layan ajelah, dah memang kerja aku. Malamnya terbongkang.
Pagi semalam sempat aku keluar dengan Az (member yang aku baru kenal dalam sebulan lepas). Semalam berbual punya berbual terkeluarlah cerita pasal sekolah lama. Dia kenal pulak dengan Yus (kalau korang ada baca dalam tag Aku Seorang Lelaki, ada aku ceritakan pasal dia). Terkejut aku, dia lagilah terkejut. Kecil aje dunia ni aku rasakan masa tu. Az ni kawan baik Yus masa dari Form 1 sampai Form 3. Satu sekolah mahad.
Masa Form 4 & Form 5 dia dah satu sekolah dan asrama dengan aku. Rupanya Yus selalu cerita kat Az tentang aku. Walaupun diaorang dah berpisah tapi masa tu mereka masih berhubung. Terharu aku masa tu bila Az cerita balik tentang apa yang Yus cerita pada dia tentang aku. Semuanya baik-baik belaka. Tak cukup nafas aku rasakan masa tu. Tapi sayang, kali terakhir mereka berhubung masa Az nak berkahwin. Cerita terakhir Az tahu, Yus dah berpindah ke Sabah untuk melanjutkan pelajaran. Masa tulah depa terputus hubungan. Kebetulan pulak family Yus kat sini dah berpindah rumah juga. Dengar dia masih belum berkahwin lagi masa kali terakhir Az jumpa dia.
Teringat pulak kisah dulu. Dia antara insan yang paling romantik yang pernah aku jumpa. Kalau berjumpa dengan dia masa ni, entahlah apa akan aku lakukan. Rindu kat dia.
Hari ni pun aku tak larat dah nak berdiri. Pukul 6pm aku dah terbongkang. Nak buka mata pun tak larat. Penat sangat hari ni. Kerja jangan cakaplah. Berdiri aje 4 jam hari ni secara berterusan. Ni pun baru bangun tido, lapar punya pasal.
Lastly untuk hari ni thanks guys sebab wish tahniah untuk Lesen P aku. Aku berjanji kat korang yang aku tak akan mendrifkan jalan raya kat Malaysia ni. Jadilah pemandu yang berhemah. Aku bawa tak laju punyalah, kan Malaysia ni standart had laju dia 120km aje kat mana-mana jalan. Betul ke??? Hahaha...redah aje. Ok lah tu...
0 orang telah bersuara:
Post a Comment