CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 09, 2008

iskandar journal

Dalam dua tiga hari ni sibuk sikit. Walhal raya cina pun aku kena kerja bagai nak rak. Beberapa kali niat aku nak update blog terganggu. Baru taip sikit panggilan oncall menterencatkan idea aku. Lenguh badan aku minggu ni. Banyak email aku tak sempat nak balas. Terima kasihlah di atas kesabaran korang menunggu balasan aku.

Malam semalam member aku bermalam kat sini (tempat kerja aku). Dia pun dah berjangkit dengan cerita korea yang aku bawa. Padahal aku pun tak sempat lagi nak tengok. Baru nak masuk episod 2, dia dah habiskan sampai episod ke 16. Sanggup tak pi toilet semata-mata nak perhabiskan cerita tu. Gila.

Semalam malam aku masakkan makanan untuk dia. Selamat aku bawa stok makanan, jadi bolehlah makan sama-sama. Sambil makan tu kitaorang berbual panjang. Walaupun seharian berjumpa sebab sibuk punya pasal tak semapat nak berbual panjang. Sampai macam tu sekali kalau korang kerja kat tempat aku ni.

Bila kitaorang dah habis makan tetiba Om call aku, kata dah ada kat luar pejabat aku. Bila aku buka pintu terkejut dan nak gelak pun ada, sebab dia bawa rice cooker bersama. Dia masakkan untuk aku. Nak makan sekali katanya. Pelik juga, apalah dalam kepala otak dia tetiba masak nasik kat rumah then nak makan sekali dengan aku malam tu. Kebetulan pulak aku baru aje habis makan. Perut pun masih kenyang. Tak dapatlah aku makan nasik yang dia masak tu, kesian. Aku pun teman dia makan ajelah. Dia pun macam tak lalu nak makan, sikit aje dia makan, kesian pulak aku tengok. Mungkin niat dia nak makan berdua dengan aku, aku pulak betul-betul dah sendat perut masa tu.

Lepas dia makan kitaorang berbual sekejap, kemudian dia balik. Masa sebelum makan tu dia terkejut dan air muka dia berubah sikit sebab member aku ada teman aku malam semalam. Macam cemburu pun ada. Cara dia bercakap pun berubah sikit berbeza masa mula-mula dia sampai. Kebetulan seharian dia tak kerja semalam sebab sakit kepala. Kiranya nak suruh aku urutkan kepalanyalah tu. Tetiba bila dia tengok member aku terus dia tak jadi nak suruh aku urut. Lantaklah.

Malam semalam aku call E nak tanya khabar bini dia, sama ada dah bersalin ke belum. Jawapan yang diberikan memeranjatkan aku. Anak dia meninggal semasa dalam perut, mungkin lemas. Padahal dah cukup bulan nak bersalin aje. Nak buat macam mana, tak ada rezekilah tu. Insyallah lain kali Allah akan kurniakan rezeki lagi, sabar ajelah. Aku ucapkan takziah buat E. Apa-apa pun alhamdulillah bini dia sihat.

Hari ni dari pagi sampai ke petang ada kes. Selamat lepas 4.30pm line clear. Aku pun apa lagi terus pi tido, rehatkan badan. Sebelum maghrib baru terjaga. Puas tido. Lepas bangun tadi aku sambung kerja sikit sambil tengok tv. Kebetulan member aku ada buat kenduri hari ni, dia pun hantar lauk kari kambing tadi. Best gila, terangkat makan. Perut pulak tengah lapar, alhamdulillah dapat rezeki.

Malam ni aku pun tak tahu nak buat apa. Nak buat kerja, mata ni dah naik muak dengan benda-benda tu. Boleh juling nanti kalau mengadap benda alah tu aje. Baik aku layan tv sat lagi.

2 orang telah bersuara:

Anonymous said...

hai, sy nak tya mana dpt koleksi video2 yg best tu? harap dpt bg info skit

lelaki melayu said...

kat mane?

cari ler dalam tenet. banyak gilos! muahahaha!... apa-apa kontek kat lelakimelayu_plu@yahoo.com sedia membantu.