CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 03, 2008

iskandar journal

Dah terlepas 3 hari sambutan Tahun Baru. Aku minta maaflah sebab terlupa wish Happy New Year 2008. Al-maklumlah asyik kerja aje, sampai tahun dah bertukar masih tak perasan. Malam detik 1 Januari 2008 lepas sungguh aku tak perasan rupanya ada sambutan tahun baru. Aku perasan ada konsert kat TV (tapi aku ingat konsert Jom Heboh ke, konsert apa-apa ke) rupanya konsert sambutan tahun baru. Aku malam tu menyibukkan diri susun atur semula bilik bacaan aku (yang sekarang ni dah bersepah bagai tongkang pecah semula). Nak dekat jam 11.30pm tangan aku ni pun gatallah capai hset, barulah aku terbaca msg dari member-member yang wish new year. Tepuk dahi aku malam tu. Kalau tahu paling kurang pun mesti aku ajak member-member lain sambut kat Putrajaya. Ialah dah tak ada apa nak buat sebenarnya malam tu, tulah pasal aku pi sibukkan diri dok mengemas tu. Memang otak aku ni jadi blur lah sekarang ni, apa nak jadi pun aku tak tahu. Gamaknya mati masa kerja lah aku macam ni.

1 Januari 2008 lepas aku bangun awal, saja nak tengok apa rancangan menarik kat TV. Haram, tak ada yang best pun. Dah alang-alang bangun aku pun layanlah juga TV tu. Nak tengok DVD, player aku tertinggal kat tempat kerja (sebab minggu lepas aku oncall jadi nak hilangkan boring aku bawaklah player tu untuk tengok DVD kat tempat kerja aku). PC aku pulak dia buat hal, power supply dah kong. Geram yang teramat sangat, nak kena ganti power supply baru pulak. Buat masa sekarang ni aku tak dapatlah nak buka PC kat rumah. Bertambah bosanlah aku bila duduk kat rumah.

Tengah harinya aku ingat nak memasak, ialah dah lama tak masak. Asyik makan luar aje. Tetiba member aku yang baru kawin (yang aku pi kenduri kawin dia kat PCB ahad minggu lepas) call aku ajak makan tengah hari kat rumah dia. Bini dia masak. Nak tolak, rezeki. Aku pun ok ajelah. Lepas makan-makan dia ajak ke Jusco, apa lagi shopping lah. Seronok shopping sampai melayang RM400, apa ajelah yang aku beli? Bila balik dah gelap (padahal boleh sampai awal rumah tapi bini member aku ni nak singgah sanalah sinilah, layan ajelah). Sampai rumah aku kemas barang yang telah terbeli tadi. Sambil tu aku cuci freezer aku tu, lama dah tak cuci. sambil tu aku perhatikan mana barang yang dah nak expired, baik aku buang. Kalau tak aku yang kena 'buang'.

Malam tu aku tak dapat tido. Nak hilangkan bosan aku mengemas sikit bilik bacaan aku. Sampai ke pukul 5am baru aku paksa diri untuk tido. Pukul 6.30am jam hset berbunyi, aku ingat nak sambung tido sekejap, last-last aku terkejut jam dah pukul 7.30am. Kelam kabut aku bersiap nak pi kerja, matilah aku dah lambat. Kat tempat kerja aku jadi ting-tong. Gamaknya sebab tak cukup tido. Berat sungguh mata ni nak buka, sampai aku tertido atas papan kekunci PC (poyo aje ayat). Petangnya masa rehat aku ponteng kerja semalam, pi tido dalam bilik rehat. Selamat tak ada kes, orang pun tak cari. Best tido, tapi tak puas. Lepas kerja aku balik singgah ke kedai, belilah barang makan sikit.

Malamnya aku jadi rajin, ingat nak masak nasi tapi malaslah pulak nak makan nasi. Jadi kebetulan aku ada beli ketam selasa lepas, aku pun masak lemak cili padi lah. Sambil aku nak tunggu ketam aku masak, aku buat sandwich sardin telur. Malam semalam aku gatah ketam aje. Best gila. Aku ni peminat ketam, kalau kat luar mungkin tak makan sangat sebab nak makan ketam ni habis kotor tangan nanti. Makan ketam pun tak ada dah nak sopan-sopan. Jadi bila kat luar tu kena fikir dululah keadaan sekeliling, ialah nak jaga juga kesopanan masa makan, hehehe... Alah aku cakap aje, tapi bila dah jumpa ketam, tak kira dah kesopanan ke, kegelojohan ke. Yang penting, kita ngap...

Hari ni budak kat sebelah dept aku yang handsome tu hisap rokok sekali dengan aku. Sambil tu dapatlah tengok dari dekat dia sekali lagi. Dia dah berani panggil aku abang. Sebelum ni berencik-encik. Lirikan mata dia yang aku tak tahan. Nak tangkap gambar dia, kamera aku pulak bateri tengah cas. Aku jarang jumpa dia sebenarnya, tapi dia dah semakin rajin pulak lepak depan dept aku sejak kebelakangan ni. Bukan nak story apa pun, setakat jumpa dia tu tak apalah, tapi ada satu benda yang aku nak story ni. Masa dok hisap rokok tu member dia buat spoil pulak kata ada awek cari aku, muka mamat ni dah berubah masa tu. Sebab aku dah kata mana ada awek. Si member dia ni pulak berceritalah macam-macam tentang awek tu, aku tengok dia terdiam. Aku nampak macam jealous mukanya (pada pendapat akulah). Lepas tu dia hisap rokok cepat-cepat, dia blah. Tapi sempat senyum kat aku lagi. Marah ke dia kat aku? Aku tak ada apa-apa pun lagi dengan dia. Oh larikkkk....

Ada satu berita yang tak best yang aku dengar. Boss aku dapat sambung study lagi selama 6 bulan bermula 15 Januari ni. Maksudnya aku kena kerja dengan member aku secara bergilir-gilir seminggu sekali oncallnya. Kemungkinan besar bila nak cuti mesti ada masalah. 6 bulan tu... Yang tak tahan tu oncall dua minggu sebulan. Rumah aku kiranya jadi rumah tumpanganlah ajelah jawabnya. Kebanyakan masa aku akan berada di tempat kerja. Sesiapa yang berhajat nak ke rumah aku, lupakan ajelah.

Sat lagi aku ingat nak tido sat. Boss aku dua-dua tak ada, jadi akulah bos nya. Hahahaha...(ketawa jahat). Ini ofis aku yang punya. Ok aku ucapkan selamat tahun baru dan semoga azam korang yang lepas telah tercapai. Dan azam yang baru mendatangkan hasil.

0 orang telah bersuara: