Aku pun tak tahu nak mula story dari mana? Ialah dah lama aku tak update blog ni. Bukan busy pun tapi malas aku dah datang, nak buat apa pun berat rasanya. Hari ni rajin sikit kot (ye lah tu). Hari ni aku kena ganti oncall member aku, dia ada hal urgent kena balik kampung malam tadi. Boss aku pulak petang ni terpaksa ambil time off sebab kena jaga anak dia (bini dia kerja petang, orang gaji dia dah lari). Big Boss aku pulak ada function kat KL petang ni. Jawabnya petang ni aku incharge in the house. Malam ni aku stay back kat ofis, mungkin tido sini sampai pukul 8am esok. Kiranya aku oncall sampai pukul 8am ajelah.
Pagi tadi ada mesyuarat tentang masalah IT di IT Dept. Ingatkan aku tak terlibat. Aku pun tergedik-gediklah layan berasap kat luar ofis. Tiba-tiba Big Boss call suruh pi IT Dept. Sepantas kilat aku berlari ke sana, selamat mesyuarat belum mula. Masalahnya sikit aje, cuma ada function baru yang nak diserapkan dalam sistem IT yang dept aku guna. Kalau ikutkan mesyuarat 15 minit aje. Bantai berbual sampai 2 jam. Big Boss aku kalau ada awek dalam mesyuarat segar bijik mata dia, kalau pi mesyuarat pengurusan wajib dia tido. Ialah mana ada awek dalam mesyuarat pengurusan, semua orang-orang tua aje. Gatal orang tua tu. Almaklumlah "belum kawin lagi".
Hari sabtu lepas 24hb, aku dan beberapa member aku ni pi lah kenduri kawin member kamceng aku yang sorang ni. Kenduri hari tu kat rumah pengantin perempuan di Parit Buntar Perak. Ingatkan nak ikutlah rombongan lelaki berarak tapi perkara sebaliknya terjadi. Nak tahu ceritanya...
Hari sabtu tu kitaorang (4 orang termasuk aku dalam sebuah kereta) bertolaklah dari rumah dalam pukul 8am (janjinya pukul 6am nak bertolak, hampeh...janji kuda budak-budak ni). Yang bestnya semuanya pakai baju hitam. Tak janji pun tapi citarasa samalah. Sampai tak sempat nak bersarapan kitaorang ni, sanggup teruskan perjalanan (aku ni jenis tak kisahlah tak bersarapan, dah memang aku jarang makan pagi-pagi ni, nak makan pun mungkin lepas pukul 10am ke atas, baru boleh masuk). Yang aku peliknya member aku sorang ni kalau tak makan pagi biasanya mulut dia bising kelaparan mengalahkan orang dah tak makan sebulan, tapi pagi tu dia pulak bersungguh-sungguh mengusulkan malas untuk bersarapan, pelik sungguh aku.
Last-last pukul 11am aku pulak yang tak tahan lapar (ialah dah melebihi time sepatutnya untuk mengisi tangki perut ni) aku suruh member aku ni berhenti di R&R berhampiran (aku tak ingat pulak R&R mana satu kitaorang berhenti hari tu). Aku tak kira, aku nak sarapan dulu. Tapi bila turun dari kereta tu jadi kenyanglah pulak (biasalah banyak jantan-jantan macho kat sana, hihihi...). Ramai teramat manusia hari tu, ada apa pun aku tak tahu. Selamat ada satu meja kosong, cukup untuk 4 orang. Nak makan pun tak selesa sebenarnya, ramai sangat orang lalu lalang, rimas aku. Selamat makanan sedap, harga pun ok. Member aku yang lain bila tengok aku makan nasi dengan berselera depa pun makan nasik juga. Takut lauk kat rumah pengantin habis katanya (padahal nak cover ego depalah tak nak makan tadi, ciss...jantan tak guna). Sambil aku makan tu ada sorang mamat ni dok perhatikan aku, lagilah aku tak selesa nak makan. Ahhh...aku tak peduli kat dia, janji perut ni kenyang dulu. Masa lepas habis makan tu boleh dia follow kitaorang nak pi kat kereta, kebetulan orang ramai masa nak jalan tu, dia pun ambil kesempatan ramas punggung aku. Taklah terkejut sebab dia dah memang follow rapat dengan aku. Alah biarkan ajelah (bukan luak pun, boleh?), kalau tak ada member aku kat situ, mungkin boleh aku respon. Tapi nak mengejar masa dan takut terlambat, bye-bye aje lah kat mamat tu. Rupa dia ok juga, nampak cute. Masa kat meja makan lagi dok tersengih-sengih kat aku, terkenyit-kenyit mata dalam orang dok ramai-ramai. Dah tak ada rezeki dia, chehhh...
Sampai kat Parit Buntar dalam pukul 1230pm. Laju macam pelesit member aku bawak kereta. Janji dengan member aku ni (si pengantin lelakinya) nak datang jemput kitaorang kat Hospital Parit Buntar untuk menyertai rombongan keluarga dia ke rumah pengantin perempuan. Kitaorang lepaklah kat sana. Dahlah tengah panas gila time tu, selamat ada tempat redup bawah pokok, tapi bahangnya rasa juga. Kebetulan bekas balak aku pun datang dari Penang, aku tak tahu dia nak datang (bekas balak aku ni pun kawan pengantin lelaki) member-member aku yang lain saja tak nak beritahu. Buat kejutanlah kononnya, cisss...anak kuda betul depa ni nak pekena aku. Dia dah kawin, anak dah dua. Last aku jumpa dia masa member aku bertunang beberapa bulan lepas. Aku dengan dia ok, cuma faham-fahamlah keadaan sekarang. Aku pun tak berbual banyak mana sangat dengan dia, sebab cuaca panas sangat. Dia pun dok sibuk layan anak dia. Sekali sekala dia tenung muka aku dari jauh. Malas aku nak layan sangat, kalau cuit sikit tu pasti batang naik. Dia berpisah dengan aku pun sebab kawin paksa rela. Paksa rela pun anak dua, ok lah tu.
Kitaorang dok menunggulah sampai pukul 3pm. Selamat berhenti makan pagi tadi. Janji punya janji, member aku yang nak kawin tu tak datang jemput kitaorang. Bila call, suruh kitaorang tunggu sekejap, bila call, suruh kitaorang tunggu sekejap aje lagi. Member-member lain dah merungut. Kesian kat anak-anak bekas balak aku tu, ialah budak kecik dok pulak tengah panas. Maunya mengamuk budak tu. Dalam pukul 3pm lebih barulah abang pengantin lelaki tu datang (janji pengantin lelaki sendiri nak datang jemput, cisss...tipu betullah). Dengan angin satu badan member aku yang tak puas hati ni merungutlah kat abang si pengantin ni. Abang si pengantin ni kitaorang kenal, dia pun rasa bersalah. Member aku yang tak puas hati ni pun bertambahlah bengangnya bila diberitahu rombongan pengantin lelaki dah sampai dalam pukul 2pm lagi kat rumah pengantin perempuan. Dahlah suruh tunggu kat tempat panas, dengan perut lapar dan dahaga tekak ni, marah juga dalam hati.
Sebenarnya kitaorang tahu alamat nak ke rumah pengantin perempuan, cuma kitaorang disuruhnya tunggu kat dalam kawasan hospital tu kenapa. Kalau dia suruh kitaorang tunggu dekat-dekat dengan rumah pengantin perempuan tu pun tak apa, kitaorang boleh pi sana. Ni tidak, sampai panas hati dibuatnya. Geram masa tu.
Kitaorang sampai aje, diaorang dah selesai bersanding, nak menuju ke meja makan beradap pulak. Member aku yang bengang ni dah tinggalkan handycam dia dalam kereta (padahal dia yang bersungguh-sungguh cas bateri, sampai bateri handycam aku pun di suruh cas, takut bateri dia habis). Hajat di hati dia nak tolong member aku ni buatkan CD perkahwinan dia, lain pulak jadi. Yang anginnya lepas tu, lauk pun dah habis. Aku pun tak tahu apa yang aku makan. Bantailah makan sisa-sisa yang ada. Lepas kitaorang selesai makan baru lauk ganti sampai, apalah tuan rumah ni. Pasangan pengantin tu dua-dua kawan aku. Malas nak storylah, bengkek hati member ni. Nak kata tetamu ramai, yang ada masa tu tak sampai pun dalam 30 orang.
Pasal member punya hal, malas nak kutuk. Kitaorang pun malas nak tunjukkan kekecewaan hati ni kat dia. Kononnya nak jaga hati pengantin, kan hari gembira untuk diorang. Kitaorang ni pun lembutkan hati nak bergambar dengan pengantin. Kebetulan pulak rombongan lelaki nak balik, si pengantin lelaki ni pun pi lah hantar sampai ke kenderaan. Pengantin perempuannya pulak sibuk dok melayan tetamu pulak (patut ke?). Kitaorang ni pun tunggulah pengantin lelakinya sampai, si pengantin perempuan pulak boleh datang bertanya "tunggu apa lagi ni?", alah sakitnya hati. Nak aje kitaorang blah masa tu. Wajib weh lepas ni kalau ada apa-apa aku malas nak tolong depa suami isteri. Tapi sekali lagi member punya pasal, sejukkanlah hati. Lepas tangkap gambar, barulah diberinya cenderahati. Masa kitaorang terpacak dari tadi haram nak bertanya, dah dapat cenderahati ke belum? Itu tak apa lagi, kitaorang dah makan ke belum pun diaorang tak tanya.
Sepanjang perjalanan balik topik sakit hati menyelubungi keadaan. Member aku yang sorang ni kawan dia yang paling kamceng, sakit betul hati dia, terguris gila lah cara layanan pengantin hari tu. Nak sejukkan hati masing-masing, kitaorang pi lepak kat Taman Tasik Taiping (tu pun kalau betullah nama tempatnya). Reda sikit marahnya. Aku malas nak ambik port sangat walaupun sakit hati juga. Sekurang-kurangnya jadikan pengajaranlah untuk aku kalau nak kawin nanti. Dahlah member datang dari jauh tak dijemput, sekurang-kurangnya bila rasa dah buat salah, faham-fahamlah nak ambik hati member. Entahlah macam mana aku nak cakap. Tak pernah sepanjang hidup aku pergi kenduri (tak kiralah kenduri apa pun) perkara seperti ni berlaku. Sakit hati wooo...
Oklah kita lupakan pasal tu. Petang masa kat taman tu, banyak juga gambar kitaorang tangkap. Pemandangan cantik, suasana tenang. Sambil lepak tu layan tengok awek-awek yang dok main permainan yang kayuh-kayuh dalam tasik (alah bentuk itik ke atau angsa yang depa dok kayuh dengan kaki tu, tak reti aku apa namanya). Lama juga lepak kat situ. Malamnya baru kitaorang sampai kat KL. Sebelum balik singgah pi kedai makan nasik dulu. Balik rumah terus lepak. Penat jangan cakaplah.
Hari ahadnya satu KL kitaorang round dari pagi hingga ke malam. emua tempat kitaorang pi round. Semua pasaraya kitaorang serbu. Member aku shopping sakan, aku window shopping aje. Satu barang pun tak beli. Member aku hari tu bermacam-macam jenis barang beli, seluar doccers dan baju levi's sorang berapa helai, macam nak pi borong semua benda tu takut tak sempat nak beli lain kali. Sorang mau habis RM 600 semata-mata pi borong baju dengan seluar. Aku jadi imej consultant ajelah. Hari tu sebenarnya mood shopping aku tak ada.
Lengang KL hari ahad lepas. Pelik juga kitaorang, jalan tak sesak. Mungkin ramai tak keluar rumah sebab takut perhimpunan haram kot. Penat juga berjalan ikut jantan-jantan bershopping sakan. Ikut ajelah, layan nafsu shopping depa. Biasanya member-member aku ikut aku, aku yang sakan shopping tapi kali ni bagi depa pulak joli sakan.
Hari isnin sampai semalam macam biasa aje. Pi kerja balik kerja. Lepak-lepak atas katil dan tido. Cuma malam rabu lepas aje aku belanja sakan beli DVD dan VCD. Melayang RM 300. Aku ni peminat cerita korea kalau korang nak tahu. Selain cerita best, awek dan balaknya cun dan handsome. Kalau cerita biasa-biasa tu aku biasa beli juga. Dah jadi pelanggan tetap kat salah satu kedai DVD yang ada kat kawasan rumah aku ni. Cina tu pun dah kenal aku ngan member-member yang lain.
Semalam sijil anugerah cemerlang aku baru dapat. Orang kat pejabat pentadbiran baru lepas cetak (lambatlah depa buat kerja). Gambar penerimaan anugerahan tu pun dapat, oklah.
Oklah aku balah dulu. Aku nak pi jumaat dulu. Jumpa minggu depan pulak. Esok lusa aku cuti, isnin ni aku start oncall.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment