Hari ni aku terima banyak email yang memberi sokongan kat aku. Secara puratanya semua suruh aku blah dari jabatan aku sekarang. Ada pro dan ada kontranya cadangan korang. Kalau ikutkan hati aku memang aku nak pindah tapi... Entahlah banyak faktor-faktor yang menyebabkan aku berfikir dua kali. Salah satu faktornya ialah aku antara orang paling senior kat jabatan ni. Bos aku sendiri pun baru setahun kat jabatan ni. Segala masalah jabatan aku lebih lama tahu dari boss aku, sebab tu Big Boss aku berat nak lepaskan aku. Lagipun setiap perkara yang berlaku dalam jabatan aku lebih prihatin, setiap inci tugas aku tahu mana batasnya. Macam pagi ni ada satu kes yang tak dapat diselesaikan, member aku yang 'ngok' tu terus lapor pada pegawai. Padahal kes tu boleh settle sendiri aje, last-last pegawai aku tanya aku juga untuk dapatkan jawapan. Lepas aku terangkan, pegawai aku tengok semacam aje kat member aku yang 'ngok' tu. Alah jatuhlah air muka, benda tu pun tak tahu. Ciss...
Buat masa sekarang ni aku tunggu dan lihat, kiranya lepas raya pun perangai depa macam tu aku akan ambil tindakan susulan. Aku malas nak ambil sikap terburu-buru. Konsep aku senang aje, 'SAMA ADA AKU DIPECAT ATAU DIAORANG YANG AKAN DIPECAT'. Big Boss aku akan berangkat melakukan umrah malam ni. Selepas hari raya baru dia balik semula ke sini. Aku pun masih ada masa, walaupun hati aku tak berapa sedap untuk bekerja tapi banyak hikmah disebalik semua tu. Sabar ajelah...
Petang semalam lepas balik dari kerja aku singgah beli makanan untuk kura-kura aku. Kiranya makanan depa untuk berbukalah tu. Lepas tu baru aku ke gerai ramadan untuk beli roti john dan air tembikai susu. Tengok macam tak cukup aje roti john tu tapi selamat tangan aku tak gatal membeli benda lain. Bila time berbuka baru minum seteguk air perut aku dah rasa kenyang, aku larat makan 4 potong roti john aje. Balance lagi 4 kerat aku dah angkat tangan. Lepak-lepak sambil hisap rokok, baru larat solat maghrib.
Pasal budak yang aku cerita semalam tu, dia pi terawih malam tadi. Aku ingat nak solat kat saf depanlah sikit, nampak dia kat saf ketiga terus aku undur ke belakang. Lepas withir dia datang duduk satu saf belakang aku. Apa kes ni...seram aku. Balik singgah rumah member aku. Berborak-borak kosong dengan dia sampai pukul 12am. Balik terus landing atas katil.
Pagi ni pi kerja awal, walaupun aku masuk jam 8.30am. Terjumpa dengan junior aku masa kat kolej dulu. depa baru berpindah kat tempat aku bertuigas sekarang. Panjang juga berborak, ialah lama tak jumpa. Diaorang tanya pasal rumah sewa. aku nak ajak tinggal sekali, depa 7 orang, baik tak payah. Aku beri cadangan supaya depa cari rumah kat area aku juga, murah sikit.
Oklah aku blah dulu, esok sambung. Pada korang yang sokong aku berdoalah supaya aku dapat bertahan untuk menghadapi dugaan, aku percaya setiap kejadian ada hikmah dari Nya.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment