Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa. Kalau korang tanya aku cukup ke tidak puasa, jawapannya wooo...tu pun nak kena jawab ke? Pandai pandai sendirilah, kan dah besar, boleh fikir sendiri apa yang patut buat dan apa yang tak patut dibuat. Kesimpulannya aku puasa penuhlah setiap tahun. Terawih pun tahun ni tak pernah tinggal lagi. Rasa rugi pulak kalau nak tinggalkan sekarang ni. Walhal surau kat tempat aku tu walaupun masih penuh tapi makmumnya dah berkurangan sikit (aku kan pemerhati bebas, siap buat bancian tu...).
Awal ramadan tahun ni satu ujian yang teramat berat bagi aku. Selama 11 hari mulut aku ni tak mampu untuk tersenyum. Bermacam-macam perasaan bermain dalam jiwa aku ni. Puncanya aku bergaduh dengan bos aku pada hari pertama puasa. Bergaduh pun hal kecil, entah macam mana angin dia tak ok pulak, habis dengan aku-aku sekali dia 'puting beliungkan'. Nak dipendekkan story selepas balik dari rehat dia ugut aku untuk pindah dept. Cilakak (opppsss...kurus puasa aku). Kalau main-main tak apalah, ni siap report kat bahagian pentadbiran lagi. Aikk orang tua ni bersungguh nampaknya. Aku dengan angin satu badan kemas semua barang aku. Sehelai kertas pun aku tak tinggal. Terdiam dia (aku tak tahulah kalau dia suka aku pindah? memang dia maksudkan pun, kan?). Terus aku mintak cuti pada 14 dan 17 Sept lepas. Tujuannya aku nak tenangkan diri aku. Kalau aku ikut angin aku yang panas masa tu, aku rasa nak tumbuk aje muka dia tu. Ringan aje tangan aku time tu.
Dalam masa bercuti tu aku mampu tenangkan diri, berfikir secara rasional. Ingat aku ni apa? Aku nak tengok kalau jabatan tu boleh berfungsi tanpa aku. Semua kertas kerja, mesyuarat dan benda-benda lain ada dalam kepala aku. Nak-nak 7 Sept lepas, hasil kerja aku dapat pujian dari Pengarah dan ketua jabatan lain. Saham aku tengah naiklah kiranya sekarang ni. Kalau aku ditukarkan pun aku tak ambil port pun, boleh bekerja ditempat yang baru, dengan bos yang baru. Aku ambil keputusan nak buat slumber aje bila aku naik kerja hari selasa lepas. Bila aku sampai tempat kerja tu bersungguhlah aku tanya surat pertukaran aku dah sampai ke belum, kiranya aku dah ready nak ditukarkan bila-bila masa. Bos aku siap jeling aje, ahhh... pedulikkan dia. Tengok-tengok surat pertukaran tu akan diserahkan lepas raya ni dari bahagian pentadbiran. Aku dah kata kat member aku yang aku malas dah nak buat kerja kat dept ni (kiranya aku tak berminatlah nak join depa buat kerja, pandai-pandai koranglah nak buat macam mana pun tanpa aku).
Hari selasa lepas aku dapat tengok siapa kawan aku, dan siapa musuh aku kat ofis ni. Lepas ni aku kena berhati-hati dengan talam dua muka. Big Boss aku tengahari tu datang jumpa aku, macam berat dia nak lepaskan aku. Dia beri aku masa untuk berfikir. Tapi lembut hati aku, jadi berbelah bagi pulak aku nak blah dari situ. Korang bayangkanlah, aku dah beria-ia nak pindah, tiba-tiba Big Boss aku pujuk aku supaya jangan berpindah. Tapi bila aku tak berpindah dari sini mampukah aku bekerja dengan bos aku? Mengadap muka dia hari-hari? Ahhhh...apa aku nak buat?
Selama 11 hari ni jugalah aku kemurungan di tempat kerja (murung depan depa aje. Yang bestnya tak ada siapa nak kacau aku, dapatlah aku main game depan bos aku, bagi angin sikit kat dia). Aku datang kerja pun buat tak tahu apa yang jadi kat sekeliling aku, yang aku tahu mengadap PC dan buatlah apa pun yang aku nak buat. Tak ada siapa pun nak marah. Kalau depa bersuara aku katalah, "Aikk... aku kerja kat sini lagi ke?". Tak ada hati aku nak buat kerja.
Khamis lepas ada satu benda terjadi kat boss aku. Semua dokumen dalam PC dia hilang, kena virus katanya. Allah tu maha besar, berkat kesabaran dan kemulian bulan ramadan ni Allah akan tunjukkan juga kekuasaannya. Semua data dalam komputer dia tu penting. Kiranya semua maklumat mesyuarat dan benda-benda berkaitan jabatan hilang. Nak backup pun dah tak boleh. Time tu aku tak gelak besar, cuma tersenyum aje sampai ke telinga. Kecoh satu pejabat. Budak yang kaki ampu dia pun mulalah kata ada 'orang' sabotaj. Misinya nak kenakan akulah tu. Sabar ajelah. Sampai semalam kecohnya belum reda lagi. Aku buat tak nampak aje apa yang berlaku. Kiranya sekarang, satu-satunya maklumat jabatan yang masih ada ialah pada aku. Boss aku mula tergugat, tersepit, terhimpit. Dia masih nak pindahkan aku ke? Masa nilah aku nak jual mahal. Baru dia tahu nilai aku ni. Tak payah aku nak sabotaj dia, Allah tu kan maha adil.
Semalam pulak selepas aku solat zohor Big Boss aku datang jumpa aku. Terkejut juga aku. Dia tak bagi aku pindah ke jabatan lain, kalau nak pindah katanya baik pindah negeri aje. Kiranya aku masih dapat stay kat jabatan ni dengan bantuan Big Boss. Kalau surat pindah tu sampai pun aku akan gunakan kuasa Big Boss aku untuk halang aku pindah. Kalau Boss aku dengar ni mesti bengkek... Plan lepas ni, aku nak boss aku berlutut kat depan aku, biar dia tahu berapa tingginya nilai aku. Aku tak nak tolong dia selagi dia tak merayu kat aku. Balas dendamlah kiranya ni (kurus lagilah puasa aku nanti).
Oklah aku malas sangat nak story mory cerita yang menyakitkan hati ni. Yang penting aku bersabar. Dalam bulan mulia ni aku hanya mampu berdoa, salah satu doa yang mustajab ialah doa orang yang berpuasa. Macam yang aku cerita tadi hari pertama puasa aku dah hilang mood. Selamatlah sikap berdiam diri aku mampu untuk menghalang rasa marah yang meluap-luap hari tu. Jarang kalau aku marah muka dan telinga aku rasa panas. Kiranya tahap mendidih dahlah tu, selamat tak ada yang kena penumbuk aku ni. Hari kedua puasa pulak menguji keimanan aku, rasa macam nak berbuka aje. Tak larat rasanya. Ialah, dok kat rumah sorang-sorang pulak, nak buat kerja tak ada, bosan pulak tu. End of the day aku berjaya bertahan. Selamatlah aku berjaya juga berpuasa sehingga ke hari ni. Tak ada ponteng pun walau sehari. Kalau kat tempat kerja ni adalah sorang dua yang tak puasa, bukanya diaorang makan, hisap rokok aje. Mulalah keluar fatwa sendiri, 'merokok tu tak mengenyangkan, hisap asap aje lepas tu kita hembus'. Kalau macam tu semua orang tak puasalah, hari-hari dok sedut asap lori kat tengah jalan tu. Itu fatwa depa, fatwa orang yang tak nak berpuasa, korang jangan amalkan pulak fatwa tu. Nak amalkan juga, tanggung sendiri. Aku nak larang pun korang dah besar.
Tentang berbuka pulak ramai yang terkejut. Aku dari isnin sampai jumaat berbuka dengan kuih aje. Sabtu ahad aje makan nasi. Terkejut? Woo...relexlah. Bila aku berbuka memang aku makan kuih aje, tak larat nak makan nasi. Kuih pun 4 atau 6 keping aje aku makan, tu pun dah kenyang gila. Lepas terawih pun aku tak makan. Itu ajelah yang aku makan. Sabtu biasanya aku berbuka dengan member aku kat rumah diaorang, ramai sikit member baru meriah. Ahad aku makan kat luar. Saja nak tukar angin. Makan pun biasa-biasa aje, tak nak ikut nafsu.
Malamnya sekarang aku habiskan masa dengan terawih. Alhamdulillah dari hari pertama sampai ke malam tadi, aku tak tinggalkan lagi untuk ikut terawih. Pada minggu pertama kat surau area aku ni melimpah sampai ke jalan raya orang solat. Masuk minggu kedua ni tak ada dah orang yang melimpah ruah atas jalan tadi. Kiranyanya dah kurang makmumnya. Tapi masih penuh dalam surau. Aku rasa masuk minggu ketiga ni akan makin kuranglah makmumnya. Mintak-mintak janganlah, tak meriah rasanya.
Sebut pasal terawih ni aku nak story pasal sorang mamat ni. Nak kata smart tu memang smart, aku dah perasan dia dari minggu pertama lagi sebab gaya maskulinnya terserlah (kiranya berbeza dengan orang lain dalam surau tu). Baju sedondon dengan kain pelekatnya. Orangnya tinggi (dalam 180++cm) kurus dan berkulit cerah, muda lagi mungkin lewat 20-an. Muka melayulah (macam ner aku nak explain ha?). Kebetulan satu hari tu dia 'tersembahyang' sebelah aku, lain macam pulak rasa auranya. Aku yang nak sembahyang ni tak qusyuk. Masuk ni dah 4 kali dia sembahyang sebelah aku. Tergugat iman aku, setiap kali tu jugalah aku kena lari ke saf lain. Yang aku tak selesanya time iktidal, tangan dia selalu bersentuhan dengan aku (buat-buat macam terpegang setiap kali turunkan tangan dari takbir). Berdebar betul aku. Dan setiap kali lepas solat mesti dia tengok aku, bila aku toleh kat dia, dia palingkan muka pulak buat-buat pandang siling surau. Tersenyum sorang diri. Psyco...(alamak kurus lagi puasa aku).
Niat aku nak solat terawih, kalau niat aku nak 'memancing' dah lama aku tangkap dia. Dugaan. Semalam aku tak nampak kelibat dia. Mungkin dia ponteng terawih (Psyco-psyco pun tercari-cari juga, gediklah aku ni). Malam lepas terawih biasanya aku lepak kat rumah sengsorang, kalau tak layan TV, aku layan PC. Kalau tak layan semua aku layan TIDO ajelah. Aku jarang bersahur, entahlah kenapa. Kalau ikutkan aku tak kisah nak bangun bersahur, mungkin tak semeriah dulu, tak ada member nak makan bersama pepagi buta tu. Kalau kecik-kecik dulu mak aku selalu kejutkan, tak pun arwah ayah selalu tarik aku ke meja makan. Kat asrama sekolah dulu member-member kejutkan, ramai-ramai makan syok. Aku start malas sahur sejak aku dok kat kolej sampailah aku kerja sekarang ni. Walhal member-member ada pun aku malas nak bangun. Kalau kat kampung ni mesti mak aku kejut punyalah. Tak sabar rasanya nak berbuka kat rumah.
Sebut pasal berbuka kat rumah ni, aku pun akan balik ke Terengganu 3 atau 4 hari sebelum raya. Dapatlah aku merasa berbuka kat rumah. Yang penting nak makan masakan mak aku. Rindu rasanya nak makan masakan dia. Korang dapat cuti tak nak balik kampung?
Jumaat minggu lepas, selesai terawih aku pi cavanzi, hajat nak beli perabot. Belek punya belek melayang duit aku RM2000 beli perabot. Perabot dapur ngan sofa tak sempat jugalah aku nak beli (design tak berkenanlah). Sabtu lepas melayang pulak duit aku dok gatal beli TV LCD Sony. Dalam tak sampai 24jam duit aku dah melayang hampir RM 6000. Pokailah jawabnya lepas ni. Tapi selamat gaji dah masuk hari ni. Pakcik kayo semulo...
Oklah aku nak pi jalan-jalan dalam ofis ni. Aku kan mando sekarang ni. Oklah kalau berkesempatan aku akan menaip lagi.
2 orang telah bersuara:
Sabo jer la bro. Is. Tp 4 me, kalu boss, i tak suker n kawan2x byk yg talam 2 muker. For sure i left that place wpun big boss sayang kt i coz i akan menghadapi byk masalah kemudian hari. Makan Hati nantiiiiiii.
Aku akan PECAT dia dari sini. Buat apa aku yang berpindah, patutnya dia yang pindah. Betul tak? Marah ni.... (kurus lagi puasa aku nanti)
Alah sabar ajelah bro. Aku bukanya kena buang kerja pun, kan?
Post a Comment