Dah bersawang rasanya blog aku ni. Berapa lama aku tak update. Berlambak email di terima supaya aku update blog ni secepat mungkin. Kalau ikut hati malas rasanya aku nak update, bukannya apa, penat mengemas tak habis lagi ditambah kepala aku selalu berdenyut. Tinggal 10% lagi yang aku tak kemas buat setakat ni. Pasal rumah masih lagi jadi masalah besar. Kalau ikutkan aku dah berpindah sekarang ni, tapi last-last minit tuan rumah pulak kata tak jadi nak sewakan rumah. Aku rasa macam nak bakar aje rumah dia tu. Mungkin bukan rezeki aku, sabar aje lah...
Ok, ramai nak tahu sepanjang aku tak update blog ni apa yang terjadi. Nak kata banyak cerita, memang banyak. Rasa kalau menaip kat blog ni mahunya 7 hari 7 malam kemudian baru aku berhenti menaip.
Pada 19 Julai lepas, kepala aku masih ting tong memikirkan mana nak cari rumah. Ada member yang cadangkan di sekitar Pasar Borong Selangor, rumah sewa murah-murah. Aku sebenarnya malas nak sewa disekitar tu, dulu aku pernah menyewa kat situ sebelum ni. Adalah sebab yang kukuh yang menyebabkan aku berfikir beberapa kali kalau nak menyewa kat situ semula. Benda tu biarlah rahsia…ahaks…
Tengah ting tong tu, petangnya si Mirol call ajak aku keluar makan lepas kerja. Aku yang tengah tak berfikir panjang terus aje ok. Padahal aku memang tak ada mood hari tu. Kepala aku cukup berat, sampai nak berjalan pun rasanya tak larat. Petangnya aku makan ngan Mirol, cerita punya cerita dia nak tolong aku carikan rumah kat sekitar Kajang. Aku tak mintak pun dia carikan, tapi dia yang tawarkan diri untuk tolong aku. Bukannya apa, malas nak susahkan dia pulak dengan masalah aku ni.
Bincang punya bincang, last-last adalah ura-ura aku nak nak tinggal dengan dia. Itu pun keputusan belum muktamad lagi buat masa ni. Ramai yang tanya aku, kenapa aku tak letak gambar Mirol kat blog. Jawapannya, bukan menjadi polisi aku untuk meletak sebarang gambar orang perseorangan yang rapat dengan aku. Tapi untuk tidak mengecewakan korang, aku letakkan jugalah gambar tangan dia yang hitam manis tu. Itu pun selepas aku mintak kebenaran dari dia. Selamat dia sporting.
Pada 20 Julai, antara hari paling sibuk kat tempat kerja aku. Meja aku penuh dengan quotation dari pelbagai syarikat. Almaklumlah peruntukan dah ada, jadi bab nak perhabiskan duit semuanya bos aku serahkan kat aku. Dari masuk kerja sampai nak balik masih banyak barang yang dibincangkan perlu atau tidak untuk kegunaan jabatan. Otak aku memang dah tak dapat nak fikir benda lain hari tu. Kena fokus. Selain tu budget kena jaga juga, nanti budget lari Big Boss aku persoalkan pulak. Lepas habis kerja, kepala otak aku ting tong sekali lagi. Balik kerja petangnya terus tido. Yang peliknya masa solat jumaat mata aku tak ngantuk pulak macam biasa bila dengar khutbah. Mungkin otak aku ni dah di aktifkan oleh nombor-nombor yang bermain kat kepala aku ni. Jadi segar rasanya.
Pada 21 dan 22 Julai, aktiviti biasalah, mengemas barang yang tak selesai lagi. Nak ajak member tolong, takut lain jadinya. Dari ajak mengemas takut jadi acara bergosip pulak. Baik aku buat slow-slow. Nilah keadaannya barang-barang yang sempat aku kemas pada minggu lepas (padahal ayat sebenarnya, inilah barang-barang yang sempat aku SEPAH kan pada minggu lepas). Serabut kepala nak mengemas. Nak asingkan barang yang pening.
Pada pagi 22 Julai tu, dalam pukul 3am aku dah tertido. Apa taknya seharian aku mengemas barang. Nak patah rasanya pinggang aku ni. Penat yang teramat, syok tido. Baru dalam sejam aku tido, loceng pintu berbunyi. Aku terjaga tapi masih mai-mai lagi. Loceng rumah aku ke yang berbunyi? Siapalah main loceng pagi-pagi ni. Tak lama lepas tu Mirol call aku kata suruh buka pintu. Tanpa banyak soal aku pun bangunlah nak buka pintu. Bila aku buka pintu terkejut aku sebab ada 2 budak perempuan dengan dia sekali. Cantik gila pulak tu. Dahlah cantik gila, wangi pulak. Terkebil-kebil mata aku tengok, macam tak percaya. Dia kata nak tumpang tido semalaman kat rumah aku dengan 2 awek tu. Gila apa. Aku mulanya berat juga nak bagi diaorang lepak kat rumah aku, kantoi nanti dengan aku-aku sekali tido balai. Last-last malas nak bertekak dengan dia depan pintu, aku suruh diaorang masuk. Ialah nanti kalau bising-bising depan pintu maunya jiran sebelah nampak, kantoi pulak.
Aku bentangkan tilam untuk Mirol dengan awek-awek tu dalam bilik aku. Si Mirol tarik tilam tu ke ruang tamu. Ahhh…pedulilah nak tido mana pun. Aku dah ngantuk ni. Tengah aku nak tido tu, Mirol kejut aku kata sorang awek ni (Ina) nak tido atas katil dengan aku. Sakit pinggang katanya tido kat lantai. Aik...aku dah bagi tilam tak cukup lagi (padahal tilam single aje, patut pun tak muat). Aku malas nak layan, aku suruh dia tido sebelah aku. Si Mirol keluar bilik aku siap tolong kuncikan pintu. Dalam samar-samar kegelapan tu, aku tengok Ina dok tanggalkan baju dia. Biar benor budak ni. Aku buat-buat tido. Lepas tu dia pun baring sebelah aku. Bau badan dia yang wangi tu dari tadi aku geram sebenarnya. Nak tau cerita selanjutnya, nanti aku story dalam tag ‘Aku seorang Lelaki’. Sorylah, potong stim sekejap.
Pada 23 Julai, rasa malas nak pergi kerja. Kes pulak tak ada, aku pun lepak-lepak. Lepas habis sebatang rokok, sebatang lagi aku hisap. Otak tak fikir apa pun sebenarnya, nak kata serabut pun tidak. Rasa blank aje. Malamnya aku keluar dengan Mirol. Sambil berbual-bual barulah aku tahu apa tujuan dia bawak balik awek tu kat rumah aku. Hari-hari yang lain macam biasa, sama aje. Kerja tak adasangat, dapatlah aku rehat-rehat minggu ni. Setiap malam aku mengemas.
Pada 25 Julai lepas dapatlah aku makan laksa. Lama gila dah tak makan. Staf aku bawa dari rumah. Kebetulan tengaharinya aku tak keluar makan. Ingat nak keluar dalam pukul 2pm sebab tengaharinya aku malas nak keluar. Tengah dok makan-makan tetiba Big Boss aku masuk ke pantry. Dia pun join makan, kebetulan time tu semua orang pun ada sekali. Kitaorang berbual-bual. Big Boss aku selalu sakat aku. Bergurau dengan aku, sampai aku rasa nak terkeluar tali pusat dengar lawaknya. Semua yang ada termasuk Boss aku pun gelak sakan. Sedap depa pekena aku. Cisss…diperbadutkan aku.
Malamnya aku sepatutnya keluar dengan Mirol. Dah siap pun nak keluar makan. Dan disebabkan oleh satu msg yang dia hantar kat aku, terus aku terasa hati. Nak kata merajuk taklah juga tapi tergurislah hati ni. Aku dah siap tunggu dia kat bawah, dia pun dah datang. Cuma bila dia ajak aku, aku entah macam mana tak tahulah, malas nak ikut. Emosi aku mengawal keadaan. Last-last sama-sama keras kepala, tak jadilah kami keluar. Aku balik naik atas semula. Tak terasa lapar pulak lepas tu. Sampai sekarang dia tak call aku pun. Aku tak kira, batu punya besar sudah duduk dalam ini kepala, biar dia yang pujuk aku (ala-ala gediklah ni untuk dimanjakan). Lantaklah...
Hari Khamis lepas ex-housemate aku call. Terkejut aku sebab dia tanya aku masih cari rumah ke. Aku tak tahu dari mana dia dapat berita ni. Aku tak pernah bercerita pada dia atau kawan-kawan dia. Ex-housemate aku ni ok orangnya. Dia ni sejawatan dengan aku tapi jabatan lain. Jarang sekarang ni aku jumpa dengan dia. Biasalah masing-masing sibuk. Aku duduk serumah dengan dia dari mula aku dapat kerja dulu. Dia pun nak tolong carikan rumah untuk aku berhampiran dengan rumah dia. Alhamdulillah, masih ramai orang nak membantu aku dalam kesusahan macam ni. Allah masih sayangkan aku. Tapi esok petang baru dia nak cari dengan aku. Dia sekarang sedang bercuti. Rumah yang dia tinggal sekarang ni dekat Pasar Borong Selangor. Nampaknya, paksa relalah aku kena tinggal kat sana. Terpaksalah juga aku gagahkan diri nak tinggal kat area tu. Dalam kepala aku sekarang ni, tinggal ajelah mana-mana dulu asalkan ada tempat untuk berteduh. Tak kira dah rumah jenis apa pun, asalkan boleh tinggal.
Petangnya Mie call, ajak teman dia keluar minum petang kat UNITEN. Kebetulan pulak aku pun bosan petang tu. Sambil berbual-bual dengan dia, tertanya aku tentang persediaan majlis perkahwinan dia. Dia nak suruh aku jadi pengapit dia. Hihihi…Tak naklah aku buat benda-benda macam tu. Baik aku jadi ‘pengepit’, dapat makan-makan.
Hari jumaatnya, selepas solat Mie ajak aku lunch. Dari pukul 12.30pm lagi mulut dia dok bising kata perut lapar. Aku ajak dia pi makan dulu sebelum solat tak nak pulak. Nak aje aku sepak budak ni kang. Lepas tu mulut dia dok mengomel tak habis-habis. Sakit telinga aku layan dia. Kebetulan selepas lunch aku singgah pi beli wrapper plastic untuk balut barang-barang aku, terutama katil dan piano aku. Takut kotor pulak nanti. Beli beribu-ribu, kalau kotor nangis tak berlagu aku. Hahaha...
Start malam Jumaat, semalam dan hari ni seharian aku dok mengemas. Celik aje mata terus tangan aku ni secara automatik mengemas barang. Semalam pun tido dalam pukul 3am, hari ni aku bangun dalam pukul 12pm. Tengah dok mengemas tengahari tadi, Bos aku call kata suruh naik ke tingkat atas. Hari ni member aku satu tempat kerja dapat pindah ke rumah tingkat atas. Dia dah pindah masuk, aku ni bilalah nak pindah keluar. Sedihnya.
Sampai malam ni aku masih mengemas, tinggal barang besar-besar aje. Barang kecil-kecil aku dah siap masukkan dalam kotak. Dalam bilik pun cuma tinggal baju basahan, tilam single aku, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan mandian. Lain semua selesai di pack. Cuma nak berpindah aje.
5 orang telah bersuara:
Aikk...takkan sekerat aje cerita 'blue' ko? Ceritalah cepat, tak sabar nak tahu ni-Imran
did u actually play a piano??? -lavender_prinze
Imran,
Nantilah kalau aku ada masa aku taip secepat mungkin
lavender_prinze,
I'm not a good player. I'm still in learning process.
ic...good for u.i play piano once during childhood.but not i've lost the touch. never play for over 10 yrs :) -lavender_prinze
Post a Comment