Pagi ni aku terbangun lewat sikit. Pukul 10am baru nak bangun. Tu pun sebab sahak hantar msg nak ajak aku pi makan, dia pun cuti, hantar bini dia pi klinik. Penat juga menyelongkar stor semalam. Berjalan kehulu kehilir, nak berfikir lagi apa nak buat. Kesimpulannya, otak dan badan aku semalam sama-sama bekerja. Dalam tubuh rasa tak segar ni pun aku cuba jugalah kemas sikit-sikit.
Pagi ni alang-alang dah Sahak call, aku ajak dia teman aku cari rumah. Dari pukul 11am sampai 1pm lebih dok berpusing-pusing cari rumah sewa. Dengan panas dan keadaan yang tak selesa ni, gagahkan jugalah. Ada beberapa rumah yang aku berkenan, tapi semua dah ada orang booking. Aduh...lagilah sakit kepala. Banyak rumah kosong yang tak di letak tanda untuk disewa. Terpaksalah bertanya ngan orang.
Ni antara tempat aku pi cari. Kat kawasan ni ada rumah dua tingkat yang cukup aku berkenan. Ada 4 bilik, 2 bilik air. Tapi mahal gila sewa, RM800 sebulan. Matilah aku macam ni. Kalau kat KL dan sekitarnya oklah nak letak harga tu. Ni setakat kawasan kampung pun letak harga mahal. Member aku dok sewa rumah yang sama pun baru RM400, sekali ganda tuan rumah letak harga. Tanya housemate aku dia suruh cari rumah lain dulu. Aku juga yang sakit kepala nak cari rumah kat area ni.

Last-last aku mintak tolong kawan aku carikan rumah kat kawasan tu. Dia mintak tempoh seminggu nak survey kalau ada rumah yang nak disewakan. Oklah, aku memang dah tak larat nak cari, penat. Kepala pulak dok berdenyut. Biar pun ada aircon dalam kereta. Sahak pun nampak macam dah penat, baik kitaorang balik dulu.
Balik tadi aku YM sat. Ramai juga dok YM dengan aku. Tak menang tangan nak balas. Dan sempat juga aku balas email yang tertunggak. Terima kasih di atas keperihatinan korang nak tolong aku. Tersentuh aku rasanya. Petangnya aku stop YM dalam pukul 5pm. Masa nak kemas stor dah bermula. Inilah hasilnya. Tak banyak berbeza, tapi ada perubahan sikit dalam stor tu kan.
Tapi barang yang berlonggok kat luar pulak tak habis nak kemas lagi. Nantilah aku kemas sikit-sikit. Alang-alang aku nak mengemas baik kemas betul-betul. Kena asingkan mana yang patut. Nampaknya masih tak ada barang yang kena buang setakat ni, mungkin penting kot. Esok atau lusa mungkin ada barang yang aku akan buang. Tapi bila tengok gambar ni rasanya macam ada aje barang yang nak kena buang, siaplah korang esok.
Aku berhenti mengemas dalam pukul 10pm tadi, penat juga. Bangun duduk, duduk bangun. Patah pinggang aku macam ni. Kaki aku dah lenguh ni. Kalau ada orang picit ni, aduh...mesti nikmat terasa. Lepas mandi tadi ingat nak terus tido, tapi fikirkan blog tak update lagi, baik aku update. Oklah esok aku dah nak kerja, baik aku layan rehat dulu. Kepala pun dok pening-pening lalat ni. Ok aku blah dulu.
0 orang telah bersuara:
Post a Comment