Hari isnin aku terskip nak update blog. Line internet macam biskutlah kat rumah aku ni. Dah tahap dewa aku nak tahan sabar dengan line ni. Dari dok melayan baik aku tido. Dalam pukul 9.30pm aku tertido sambil tengok tv. Last-last tv tengok aku. Sedar-sedar hset aku 'menjerit', ada kes dalam pukul 1am. Dahlah tido pun tak puas. Aku extend 30 minit lagi, barulah terkial-kial aku merangkak bangun. Malas siot, nak bangun time dah sedap nak tido.
Dalam melayan kes, mata aku dah terbeliak. Rasa macam puas pulak tido. Kiranya tak ngantuk lagi lah (tapi dalam hati mesti tahu azab tak tido pagi-pagi ni). Ingatkan sekejap aje boleh selesaikan kes. Terlajak pulak sampai pukul 5am lebih. Aduh kalau nak tido pun dah nak subuh sejam lagi. Aku pakat dengan Sahak dan Krol (depa oncall dengan aku minggu ni) lepak kat Sungai Ramal. Minum-minum sambil pekena roti canai.
Kalau korang nak tahu, nilah Restoran Yus, kalau siapa pernah pi Sungai Ramal Kajang pasti tahu kedai ni. Kat sinilah aku kata mee rebusnya sedap. Tapi pepagi macam ni aku malas nak pekena mee rebus. Aku biasanya pi kat sini time oncall pepagi atau time petang. Saja lepak-lepak sini. Kadang-kadang aje aku akan bersarapan atau makan malam kat sini.

Balik rumah aku tak dapat tido. Aku jenis kalau perut kenyang susah nak tido. Nak layan internet line tak clear. Aku pun tergolek-golek ajelah atas katil. Pagi ni pergi kerja macam biasa tapi yang bestnya lepas buka kunci pejabat terus aku salin baju. Aku pesan kat staf aku yang aku nak tido dalam bilik rehat. Sepanjang pagi sampai tengaharinya aku tido. Tak puas tido kat pejabat, nak kena balik rumah juga baru nyenyak tido (tapi aku tak baliklah). Rasa nak demam pun ada. Hari ni alhamdulillah dari pagi sampai petang tak ada kes. Dapatlah aku rehat sepuas-puasnya. Kiranya bayar bil tido yang tertunggaklah. Penat wooo...
Petangnya lepas 5pm aku tak dapat balik sampai pukul 8pm, ada kes pulak. Sambung terus kerja. Badan aku dah penat tahap dewa. Adik aku pulak nak datang malam ni ambil dia punya sijil. Aku suruh dia datang dalam pukul 8pm. Lepas aku mandi dia pun datang, cantik timing nya. Sambil berbual-bual dengan dia kami layan tengok bola, Piala Asia 2007. Main macam pondanlah, sakit hati aku tengok separuh masa pertama. Diaorang ni nak main ke atau nak main-main. Poyolah masing-masing. Kalau aku dok kat dalam stadium tu, tak payah tengoklah separuh masa kedua, baik balik main gentel bola dua bijik. Geram tu...5-1 pulak tu. Aduh...
Masa tengah tengok bola dalam pukul 9pm hset aku berbunyi lagi, ada kes pulak. Aku siap beri kepercayaan kat pasukan kita, extend sampai rehat separuh masa pertama. Tak berbaloilah aku extend masa untuk tengok 'budak-budak kampung ' dok main bola dalam tv. Baik aku layan tengok kartun kat channel 60. Sadisnya pasukan kita tetap ditakuk lama, jangan kata ada peningkatan, kemangkatan adalah. Jadi budak belasahanlah kita nampaknya...
Layan tengok kes tadi sampai 11.30pm. Terus aku balik, malas nak tunggu lama-lama. Badan aku dah sakit-sakit ni. Kena beli kerusi urutlah macam ni.
0 orang telah bersuara:
Post a Comment