CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 02, 2007

iskandar journal

Semalam aku malas nak update blog. Tiada apa yang menarik. Selain paginya aku bangun lewat sikit dalam pukul 8.30am. Housemate aku hantar sarapan. Dia belikan untuk aku. Bagus sungguh housemate aku ni. Lepas makan aku sambung tido semula.

Tengaharinya aku masak sikit, makan, lepas tu aku tido semula. Petangnya bangun godek-godek PC, layan TV. Malamnya aku tak boleh tido pulak. Ialah dah seharian tido sakan. Akupun downloadlah youtube sampai ke pagi. Last-last aku tertido dalam pukul 4.30am.

Malam semalam Mie call aku, saja nak lepaskan bosannya. Aku pun layan ajelah dia berbual. Ada dekat setengah jam dia berbual. Topik berkisar pasal hubungan dia dengan tunang dia. Dia dah buat hal lagi semalam. Dia rasa macam tak bersedia lagi nak kawin pulak. Bulan 8 ni nak nikah. Kad jemputan dah diedarkan. Cari masalah betullah mamat ni. Aku juga yang jadi kaunselornya. Kadang-kadang jadi serba salah pulak aku ni. Tersepit juga dengan beberapa soalan dia. Aku pulak yang tersepit.

Pagi ni aku diganggu dengan pelbagai jenis msg kat hset aku. Peliknya banyak staf aku yang hantar. Majoritinya pasal cuti kecemasan. Kenapa beritahu aku pulak. Tak beritahu bos terus. Aku juga yang kena beritahu bos. Teruklah depa ni, jadikan aku orang tengah pulak. Aku just forward msg tu kat bos aku. Dah mata pun tak larat nak buka, selamat bos tak call aku semula.

Aku ingatkan aku sorang aje nak cuti hari ni. Rupanya ramai lagi nak cuti. Ada dekat 5 orang staf aku cuti hari ni. Semuanya hantar msg kat aku sebagai perantaraan kat bos. Siap ambik MC lagi tu. Cisss...canggih...

Aku pulak sebenarnya nak pi kerja juga hari ni. Kiranya nak batalkanlah cuti aku. Tapi disebabkan aku bangun lambat, kesimpulannya lupakanlah niat suci murni aku nak bekerja. Baik aku sambung tido. Dapat juga aku kemas bilik hari ni.

Tengahari tadi aku masak guna microwave aku. Masak punya masak tiba-tiba benda alah tu tak hidup. Dalam kepala aku kata, mesti dah rosak. Selamat sempat masak makanan tu. Aku dalam kepala ni terfikir manalah aku nak hantar baiki microwave aku ni. Selamat petangnya aku on semula benda alah tu hidup semula. Alhamdulillah... Taklah pening kepala aku nak campak kat kedai mana benda tu. Dahlah besar, tak larat aku nak angkat kehulu kehilir.

Petangnya aku dok download lagi. Sampai aku tertido depan PC. Tido sekejap aje, alah sekadar lelap-lelap mata aje. Bila terjaga tu aku terus pi mandi. Panaslah. Lepas tu rajin apa entah, aku pun kemas bilik. Menyapulah, tungang tungging baranglah. Sampai aku rasa puas hati baru berhenti.

Malam ni aku lepak-lepak layan syahdu. Kadang-kadang teringat kat kisah-kisah yang lama. Bersilih ganti muka-muka yang pernah hadir dalam hidup aku ni. Apalah cerita depa sekarang ni. Member-member aku yang dulu, bf-bf aku dulu dan termasuklah my best friends dulu. Sekarang ni hset ajelah jadi penghubung , masing-masing dah ada life sendiri.

1 orang telah bersuara:

*QuEen_mr.B* said...

kamuu terbaekk