CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 17, 2007

iskandar journal

Alhamdulillah aku selamat sampai pagi tadi kat sini dalam pukul 7.30am. Rasa penat gila naik bas malam tadi. Lama dah tak naik bas. Kadang-kadang antara sebab aku malas nak balik kampung ialah naik bas. Rasa bosan, asyik duduk aje tanpa boleh buat benda lain. Terhuyung hayang mengikut pergerakan bas. Nak muntah rasanya.

Aku mintak maaflah sebab minggu lepas aku tak sempat nak update blog sebelum aku balik. Aku tak nak tertinggal bas lagi. Hari tu aku ambik cab terus ke stesen komuter. Kawan yang janji dengan aku tak dapat nak hantar aku sebab family dia datang dari kampung. Dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya (alamak...ayat skema gila tu....hahahaha...) masa ambik family dia petang tu. Sebelum tertinggal bas baik ikut Plan B. Sampai stesen komuter terus aku beli tiket dan terus ke Hentian Putra. Bas aku dalam pukul 9.30pm.

Bila aku naik bas ingatkan single seat, rupanya double seat. Duduk pulak sebelah budak perempuan. Dia macam tak puas hati dapat duduk sebelah aku (mungkin tak selesalah duduk sebelah lelaki dan mungkin juga dia ingatkan seat dia pun single). Dia turun mengadu kat sepupu lelaki dia (aku agak aje), siap sepupu lelaki dia suruh pemandu tukarkan aku ke tempat lain. Ewah, ewah, ewah banyak cantik. Kalau berani cakap sendirilah dengan aku. Biar aku lazerkan dia pulak. Si driver tu aku tengok acuh tak acuh aje dengar rungutan sepupu dia. Bagi aku orang macam ni patut diajar bermasyarakat. Kalau setakat beli tiket RM30 dah nak layanan macam naik flight baik jalan kaki aje balik kampung lain kali. Naik flight pun tak boleh memilih tempat duduk (kalau naik Airasia lainlah). Ingat muka dia tu cantik sangat sampai aku nak romen dengan dia kalau aku duduk sebelah dia. Blahlah perempuan hutan. Geram aku...

Driver suruh dia duduk depan sekali sebelah budak lelaki gemuk sementara nak carikan dia tempat duduk baru, kononnyalah (alamak bukan maksud aku nak kutuk budak gemuk tapi aku maksudkan space dia nak duduk semakin sempitlah, kan baik kalau dia duduk sebelah aku tadi). Padan muka. Ialah apa bezanya aku dengan budak lelaki tu, kesimpulan dan pengajaran dari cerita ni korang paham-paham sendirilahkan. Aku pulak akhirnya kena pindah tempat duduk sebab di perhentian berikutnya ada 2 orang makcik yang naik. Dia mintak cara baiklah nak suruh aku tukar tempat duduk. Aku ok aje. Aku duduk sebelah budak polis lelaki. Ramah gila budak polis ni, ialah satu kampung pulak. Macam-macam story keluar. Last-last aku yang tertido, bukan penat melayan dia berbual tapi aku memang dah ngantuk. Kesian dia. Muka boleh tahan juga. Bila aku tido tu peha dan lengan dia sentiasa rapat kat aku, stim aje rasanya. Dah lama aku tido sorang-sorang, sekarang ni tido berdua pulak atas bas tu, nak aje aku peluk dia, geram. Padahal space banyak lagi kosong, macam saja aje. Dia aku tengok dari mula berbual asyik pandang muka aku, kadang-kadang curi pandang. Aku pulak rasa malu (kadang-kadang aku tertanya-tanya juga mungkin ni cara polis berbual dengan orang kot, ialah nak ingat muka penjenayah, aku ni penjenayah ke?).

Bila bas berhenti rehat sebelum sampai Merapoh, aku tengok dia nyenyak tido. Malas aku nak kacau. Aku turun terus order makan. Bila aku dah dua tiga kali suap makan baru nampak kelibat dia turun bas, dari jauh dia tersenyum kat aku. Makin cute muka dia bila di bawah cahaya lampu, baru nampak jelas. Boleh tahan, dia belum kawin lagi, umur 28. Awek tak ada. Dia balik pun sebab dia nak tengok kereta dia kat workshop dah siap ke belum sebab dia accident bulan lepas. Tapi dalam hati aku malas lah pulak nak ngurat. Polis tuuu...satu kampung pulak...kantoi nanti. Sambil makan tu dia banyak berbual, aku pulak tak boleh nak layan dia sangat sebab mulut aku dah menggigil kesejukan. Nak suap makan pun tak boleh buka luas mulut ni. Sambil hisap rokok lepas tu dia banyak tenung muka aku. Aku buat bodoh aje, kadang-kadang bila bertentang mata kami tersenyum. Apa lah dia ni. Ada hati kat aku juga ke?

Bila time rehat dah habis dan kami duduk dalam bas terus dia warning kat aku "nanti bila dah sampai kat kampung jangan lupa gerak abang sekali, takut terlepas ke Kota Bharu pulak". Dia tersenyum manis dan aku pulak terkedu seketika, ABANG??? Ehhh...bila masa pulak mak aku beranakkan dia? Hahaha... Sah dah tangkap cintan ni. Sambil baring tu muka dia mengadap aku. Dia tak tido pun, terus menerus dia tenung aku. Apahal pulak mamat ni, aku malas dah nak layan dia. Baik aku tido. Kalau malam tu aku dengan dia nak projek pun tak boleh sebab ada makcik sebelah aku tak tido pun dari mula naik bas. Biasalah orang tua mana nak tido, teringat aku kat arwah nenek aku dulu pun mana dia tido dalam bas.

Dalam 3 jam selepas berhenti tadi sampailah aku kat kampung. Aku kejutkan dia. Aku panggil dia "Wan, wan bangun" (nama dialah). Tak bergerak pun. Lepas tu aku panggil pulak "Abang, abang bangun, dah sampai", laju dia celikkan mata. Cisss...dasar jantan gatal. Hahaha... Tersenyum aku tengok dia bangun macam budak kecik. Comel.

Lepas turun tu terus dia balik sebab family dia dah tunggu. Aku pulak sibuk call mak dan adik lelaki aku sebab dia pun naik bas malam tu dari Seremban (dia pi rumah sepupu aku kawin). Wan angkat tangan kat aku masa dia nak balik tu. Aku pulak terpaksa tunggu sejam lagi sebab mak aku suruh aku balik sekali dengan dia naik cab. Bila mak dan adik lelaki aku sampai mulanya nak suruh adik bongsu aku ambik, hset dia tak dapat dihubungi pulak. Lama juga tunggu cab, sebab cab dah tak ada. Bila dapat cab terus balik rumah.

Bila sampai rumah terus story bermacam-macam ni. Ialah lama tak jumpa dengan mak aku. Siap family aku kat Melaka dan NS hantar pesan yang teristimewa kat aku, BILA NAK KAWIN? Satu soalan yang tak mampu aku nak jawab. Aku pulak bagi mak dan adik aku kain batik dan t-shirt yang aku beli kat Langkawi dulu. Lepas tu aku tido.

Tengaharinya aku dikejutkan dengan kehadiran Atok dan sepupu aku yang kecik. Shafiq namanya, baru 3 tahun lebih. Anak makcik aku yang tinggal sekali dengan Atok aku. Nakalnya Ya Allah, tuhan aje yang tahu. Kalau lepas dia kat tengah-tengah stadium mahunya dia berlari segenap sudut stadium tu kalau selagi tak jatuh. Ya Allah pening aku bila aku mengingatkan kenakalan dia, biasalah budak lelaki. Hari Ahad lepas aku duduk kat rumah aje. Cuaca kat tempat aku panas gila minggu ni. Nak keluar rumah rasa perit kulit aku ni. Nanti hitam pulak kulit aku yang putih ni. Hihihi...

Hari isnin lepas aku ikut Atok aku pergi tangkap ikan Talapia kat rumah atok sedara aku. Taklah besar sangat, tapi bila dah masak fulamak bestnya. Family aku tak makan ikan sungai sebenarnya. Atok aku pulak saja-saja nak menangkap ikan tu, mengisi masa lapang katanya, suka-suka. Aku sendiri tak makan ikan keli, geli aku tengok kepala dia tu. Macam ular (sebenarnya aku geli dengan ular, dan disebabkan kepala ikan keli tu macam ular, tak berani aku nak makan, eeee...). Tapi ikan lain aku makan. Mak aku pulakkan pakar memasak, bau hanyir ikan tak ada langsung. Nampaknya aku sorang ajelah yang terpaksa perhabiskan makan ikan Talapia tu. Dah yang lain memang tak makan pun, sentuh pun tidak. Rugi-rugi.

Aku belajar makan ikan sungai ni pun masa aku study kat Alor Star (my ex-hubby yang ajar). Boleh dikatakan sejak aku mula makan ikan Talapia ni, setiap hari aku akan makan ikan tu. Nak jimat duit punya pasal. Tapi untung juga. Korang bayangkan, satu pinggan nasik yang selonggok (boleh bahagi untuk 2 kali makan), ikan talapia yang besar sekor, sayur sikit dan daging serta segelas teh o ais, korang rasa berapa RM? Kalau aku kata RM2 korang percaya tak?Belive it (alamak macam rancangan 'Belive it or not' lah pulak).

Hari selasanya pakcik aku dari KL balik juga, semata-mata nak mencandat sotong kat Pulau Perhentian. Mati-mati dia ajak aku pi mencandat, aku tak berani nak pergi sebab takut mabuk laut. Teringat cerita member aku seminggu sebelum tu pasal mencandat ni. Habis satu family dia muntah, mabuk laut dari mula pergi sampai hala balik. Takut aku, ialah dah lah aku tak bersedia dari segi fizikal dan mental nak pi sana. Tiba-tiba aje nak pergi terkejutlah aku ni. Untuk selamatkan keadaan baik aku tak pi. Pakcik aku pi lah dengan member dia. Berdua aje.

Hari rabu paginya baru pakcik aku balik dengan sebonet penuh ikan. Sotongnya tak sampai 10 ekor pun. Bolehlah. Dia bagi mak aku macam-macam jenis ikan, gayanya macam orang jual ikan pulak aku tengok. Mak aku setiap pagi akan beli ikan dari lori ikan yang lalu depan rumah aku, ini pakcik aku pun dah penuh sebonet keretanya dengan ikan, tak ke gayanya macam penjual ikan. Alamak matilah aku kalau pakcik aku tau aku kutuk dia. Larikkk...

Tengaharinya mak aku masak asam pedas dengan ikan-ikan tu. Fulamak meleleh air liur aku. Makanan favourite aku tu. Aku tambah nasik berapa kali korang jangan tanya. Sampai licin kuali mak aku tengahari tu. Ialah dapat ikan segar pulak tu.

Malam rabunya kami dikejutkan dengan berita kematian Mak Sepupu aku. Kali terakhir aku jumpa arwah masa kenduri kawin adik aku dulu. Arwah meninggal disebabkan barah usus. Arwah meninggal petang rabu tu tapi di kebumikan hari khamisnya. Nak tunggu anak-anak balik dari KL katanya. Aku pergi masa arwah tengah dimandi dan dikafankan. Ramai anak beranak dia balik, penuh halaman dan rumah arwah. Orang tak putus-putus datang.

Dah lama sebenarnya aku tak datang ke rumah arwah. Seingat aku ni lah kali kedua aku menjejakkan kaki kerumahnya. Kali pertama dulu masa aku kecil. Almaklumlah sedara aku ni ramai sungguh. Setiap ceruk Terengganu dan Kelantan adalah tanah jajahan family aku. Kalau aku sebut nama datuk aku, satu bandar tempat aku tinggal ni kenal. Baik aku tak payah sebut, hehehe...Apa-apa pun Al Fatihah untuk Mak sepupu aku. Semoga rohnya berada disisi orang beriman dan di tempatkan dalam golongan orang yang mendapat lindungan Arash Allah hendaknya, Amin...

Sambil melayan perasaan sedih tu sempat lagi kamera aku tangkap gambar mamat ni. Dia dengan aku dah jadi dua pupu (aku sebenarnya pun tak tahu apa yang dua pupu, dia tak sama ke dengan kupu-kupu atau rama-rama, entahlah. Itupun makcik aku yang beritahu). Termenung dia sebab mak sedara dia dah tak ada.

Siapa pulak budak comel ni? Anak aku? Oh tidak... Inilah budak ternakal kat alam semesta ni. Apa yang ada dalam tangan dia habis dia baling. Dan apa yang ada kat kaki dia habis disepaknya. Penat nak menjaga, last-last lepaskan aje. Dia ni anak jagaan mak sedara aku. Mak bapak budak ni tokey kedai emas kat bandar tempat aku tinggal. Kalau korang nak kaya, pi lah colek budak ni buat tebusan. Aku takut bila korang dah colek tak larat pulak nak layan karenah dia ni. Ya Allah, ampun....Anak siapa ni?

Gambar ni pulak aku tangkap dari kedai makan pakcik aku lepas aku balik dari upacara pengkebumian. Kalau diikutkan hari khamis ada pasar tani kat bandar aku ni. Aku balik dah tengahari, tak sempat nak round pi pasar tani. Time aku tiba tu, ramai dah gulung khemah. Aku bancuh air sambil tengok ajelah depa ni dok gulung khemah. Balik lain kalilah baru dapat pi pasar tani.

Malam semalam hujan lebat bermula jam 9pm. Aku ingat lepas setengah jam bolehlah berhenti hujan. Tak berhenti-henti juga rupanya. Aku dah risau tak dapat nak naik bas. Bas tiket pukul 9.45pm. Pukul 9.40pm aku ada kat rumah lagi. Atok aku hantar naik kereta. Lebat gila hujan, sampai basah beg dan kasut aku. Selamat sempat naik bas. Alah stesen bas dengan rumah aku tak sampai 2 minit pun perjalanan (berlagak tu...selamat tak kena tinggal bas).

Tempat duduk aku belakang sekali. Seat single. Tapi seat aku tak boleh nak baring sebab tersekat dengan tempat baring driver di bahagian belakang aku. Sepanjang perjalanan sungguh tak selesa. Sakit punggung aku duduk. Nak aje aku turun semula bas tu. Kalau duduk belakang faham-fahamlah pening kepala nak tido. Bunyi enjin tak payah cakaplah. Aku betul-betul tak selesa malam tadi nak tido, rasa loya nak muntah tak payah cakaplah.

Pagi tadi lepas sampai kat stesen bas Putra aku terus ke stesen komuter. Nak tunggu komuter satu hal pulak, dahlah aku mabuk naik bas. Dalam kepala aku nak cepat sampai ke rumah aje. Bila naik komuter pagi tadi aku duduk berhadapan dengan sorang askar. Alamak boleh tahan juga dia ni bila berpakaian seragam lengkap pagi-pagi buta ni. Aku perhatikan setiap inci tubuh dia. Muka dia jadi blushing masa aku tenung dia berterusan dari atas ke bawah. Dia pulak larikan mata dari bertembung dengan mata aku. Tangan dia alamak berurat, body dia best. Sampai mata aku ni boleh x-ray apa yang ada di sebalik pakaian dia, habis mata aku telanjangkan dia. Kalau baring dengan dia mesti best ni kalau dia peluk. Nakal betul aku pagi-pagi ni. Dia turun kat stesen Kuala Lumpur. Alah belum puas lagi aku nak tenung dia. Patut pun member aku minat sungguh nak bercouple dengan askar. Baru aku tahu sebabnya. Ada abang-abang askar ke kat luar tu, call i. Hahaha...mulalah gatal tu...

Bila sampai stesen komuter kat rumah aku, aku ingat nak naik cab supaya sampai cepat sikit kat rumah. Tunggu punya tunggu satu cab pun tak ada. Aku terus naik bas. Malas nak tunggu lama-lama lagi. Pagi tadi perkara pertama yang aku buat lepas letak beg ialah check line internet ada atau tidak. Bila tengok line clear aku terus pi mandi dan makan sarapan dulu. Bila aku semak email mak aiii... Aku mintak maaf sekali lagi sebab tak update blog masa aku nak balik sabtu lepas. Nak kena balas email yang banyak tu terpaksalah aku ambik masa sikit. Ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sekali lagi. Terima kasih juga untuk geng-geng baru yang memberanikan diri untuk hantar email. Welcome to my life.

Pagi ni aku sempat baca dan balas sedikit aje email. Nanti aku balas email tu satu persatu. Lepas mata aku tak larat dan kepala aku ni pusing semacam aje, terus aku tido. Korang tahu aku bangun pukul berapa tadi? Pukul 5.30pm baru mata aku ni nampak dunia. Lama dah tak berbual dengan housemate aku, berborak panjang juga dengan dia tadi.

Malam tadi acara masak-masak macam biasa, lepas tu aku basuh baju sambil update blog ni. Esok aku dah mula oncall. Malasnya...Siapa nak ganti aku oncall ni?

2 orang telah bersuara:

Ejump17 said...

best nya balik kampung.. seronok nampak.. hehehhe..

Tuan Iskandar said...

Bolehlah...nak release kan tension sebenarnya