Pukul 3pm tadi aku dengan Nurul pi keluar ke Jusco. Nak shoppinglah, barang banyak dah habis. Sambil shopping tu macam biasalah cuci mata. Berhabis juga dalam RM300 untuk barang makan aje. Petangnya kitaorang singgah ke Seri Serdang untuk makan kat restoran ni. Aku terlupa pulak nama restorannya. Padahal selalu aku lalu kat situ. Ni first time aku turun makan. Pesan lambchop, Nurul pesan nasi goreng cina, sedap betul. Kalau korang ada disekitar Seri Serdang singgahlah kat sini. Tapi apa nama restorannya haaa...? Lupalah.
Sepanjang kitaorang keluar selama 5 jam tu, tak berhenti-henti dia cerita pasal Sara. Kiranya dia nak aku keluar date dengan Sara. Aku pening betul layan dia. Boleh dia kata aku ni bacul, tercabar sungguh. Insyallah lepas ni adalah tindakan yang akan aku ambil untuk memikat hati Sara. Cabaran tu...


Kek ni aku beli masa kat Jusco. Terliur pulak nak makan kek. Ni antara kek kegemaran aku. Rasanya dalam setahun aku akan beli 2 atau 3 biji kek untuk diperhabiskan. Alah sekali sekala layan anak tekak ni. Tapi yang peliknya time birthday, aku tak beli pulak kek.

Ni adalah ahli keluarga terbaru kepada kura-kura aku, Baby. Baby dah ada 4 ekor geng baru. Kecik-kecik lagi. Dulu aku bela baby pun dari sekecil ni. Sekarang Baby dah besar. Kena jadi Alonglah pulak. Aku tengok sekor kura-kura baru tu dah selalu bertenggek atas badan Baby. Comelnya. Kalau korang nak bagi nama kat 4 ekor kura-kura baru aku ni sila hantar email kat aku. Kura-kura ni 2 jantan, 2 betina. Aku beri peluang kat korang, supaya senang aku ingat korang.


Selepas mengemas barang-barang aku dalam peti sejuk, inilah hasilnya apa yang aku shopping tadi. Dah hampir penuh. Bahagian frozeen dah tak muat nak sumbat barang. Yang selebihnya banyak lagi barang makanan kering aku simpan tempat lain. Selama ni aku selalu cerita aku pi shopping aje. Korang boleh tengoklah sendiri apa isi peti sejuk aku.

Kebetulan aku dah lama nak sertai kempen Adopt A Turtle. Tadi masa aku pergi ke The Body Shop aku singgah untuk isi borang bagi tujuan mengambil penyu angkat. Aku kan suka kura-kura dan penyu. Apa salahnya menyumbang bagi tujuan amal, menyelamatkan haiwan terancam. Kepada korang yang nak join kempen ni bacalah risalah kat bawah ni atau korang boleh melawat laman web www.klaquaria.com untuk maklumat lanjut. Kempen ni berlangsung selama dua bulan saja, dari May hingga Jun 2007. Jadi jomlah join this project.


0 orang telah bersuara:
Post a Comment