Pagi ni macam biasa aje kat tempat kerja. Tak ada kes tapi aku sibuk dengan kerja aku. Tengahari lepas jumaat aku tertido. Panas sangat. Petang tadi aku tak pergi kerja. Ponteng sekali lagi. Hihihi... Taklah, aku memang dah beritahu bos ada orang datang nak baiki bumbung bilik air kat rumah aku. Problemnya dah selesai, air dah tak menitik lagi dari bumbung. Petang tadi diaorang datang nak cat semula bumbung. Tapi disebabkan bumbung masih basah diaorang nak datang cat esok pagi pulak. Nilah mamat yang datang nak baiki bumbung tu. Dia ni smart dari segi penampilan. Cute juga, hihihi...

Hari ni aku nak cerita tentang 2 orang mamat ni. First balak yang pakai baju oren tu, aku kenal dia dah lama. Muka dia cukup cute dan handsome. Kalau dia senyum dan merenung kita pasti cair punya. Perwatakan dia cukup romantik. Sebenarnya dah lama dia tak datang jumpa aku untuk bahagian kejuruteraan. Kalau dulu dia selalu datang kat ofis aku nak mintak close workorder dia. Pagi tadi masa aku sibuk-sibuk buat kerja tiba-tiba dia panggil nama aku dan dah terpacak depan meja aku. Lembut dengar dia panggil nama aku. Dia datang untuk betulkan soket elektrik yang terbakar. Dia mintak tunjukkan kat mana soket tu. Kalau budak lain yang datang mesti aku suruh member aku aje yang tunjukkan sebab aku ada kerja. Disebabkan dia yang datang, aku tinggalkan sekejap keje aku untuk melapangkan masa bersama dia untuk menunjukkan soket yang rosak itu. Hihihi...gatal betul aku. Masa semua dah selesai aku ambil kesempatan usap-usap belakang dia. Bukan usap ghairah, usap kawan-kawan. Kalau dia ni datang ofis aku untuk baiki apa-apa pun, memang aku layan. Kalau yang lain tu kirim salamlah. Sila layan diri...hihihi...

Mamat yang kedua pulak si baju kelabu ni. Aku tak pasti dia kerja kat mana tapi yang pastinya department dia dekat dengan department aku. Aku rasa dia ni staf baru. Aku tak pernah nampak dia pun. First time aku jumpa dia dalam awal minggu ni masa aku nak slot kad kerja masa balik. Kebetulan dia pun nak slot kad kerja dia. Penuh mulut dia mengunyah masa tu. Aku pulak terpaku tengok handsomenya. Aku bagi dia slot dulu. Tak sempat aku nak tengok nama dia siapa. Sekarang yang pasti setiap 5.15pm dia akan slot kad kerja dia time balik. Masa kami bertembung tu kebetulan nak berlanggar sebenarnya. Dia nak tersenyum masa tu tapi disebabkan mulut dia penuh, jadi lawak pulak muka dia. Comel... Aku harap dapat berjumpa dengan dia lagi lain kali.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment