CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 05, 2007

iskandar journal

Aikk... semalam aku tak hantar entry ke kat blog ni? Aku rasa macam dah hantar. Siapa nak jawab? Oklah semalam kerja macam biasa, line clear kat ofis. Paginya ada perhimpunan. Topik lebih berkisar pada sambutan Hari Ibu dalam bulan May ni. Pengarah begitu emosi sampai tersedu-sedu nangis siap ada background muzik lagi. Nak aje aku baling dengan kerusi. Bukannya sedih sangat ucapan dia. Emosi aje lebih. Benci aku...

Pagi tu ramai budak-budak pejabat pentadbiran bersalaman dengan aku. Aku pun tak sedar apalah motif depa. Biasanya mana ada yang nak salam-salam ni kecuali member-member dari department lain yang aku kenal aje. Mungkin pasal kes Datuk Mustaffa Mohamed turun hari tu kot? Mungkinlah...sebab time tu boleh dikatakan semua budak pejabat turun. Lantaklah...

Dalam pukul 10am aku keluar makan breakfast dengan Nurul. Kes tak ada, bosan aku dok kat ofis. Jadi aku pun menyelinap keluar tanpa pengetahuan orang lain. Masa kitaorang tengah makan tiba-tiba Nurul dok jeling sorang mamat ni. Budaknya cute tapi apasal Nurul dok jeling pulak. Macam menyampah aje gamaknya. Bila aku tanya dia, rupa-rupanya budak tu keje Polis. Dia tak suka Polis sebabnya ada sorang budak Polis dok nak ngurat dia tapi sering call mak dia. Mak dia pun tangkap ok lah dengan budak ni. Macam-macamlah...tapi bila dengar cerita dia aku rasa tindakan mak dia betul. Bengang dia dengan aku. Hahaha...

Tengaharinya aku tertido kat rumah sebab penat mencari papan dart dengan bos aku. Big boss aku nak stafnya berlatih untuk sukan tahunan. Piala dart dia yang punya, tu pasallah dia nak kitaorang menang. Kesimpulannya jumaat aku terkantoi semalam.

Bila bangun petangnya rasa malas pulak nak pi kerja. Tapi pi lah juga, takut Big Boss ada. Sampai aje terus aku pi makan mee kari dulu. Best betul, lama tak pekena mee kari. Budak-budak ni belikan. Lepas makan aku pi main dart yang baru dipasang kat dinding oleh budak maintenance. Budak maintenance yang pasang papan dart semalam aku memang suka betul. Semua ciri lelaki yang aku suka ada kat dia. Kalau dia ada kami betul-betul kelu tak berkata. Kalau setakat tengok lelaki smart aku cair tapi kalau tengok dia keras kaku aku berdiri. Macam ada tarikan dari dia. Dia ni smart berpakaian dan pakai seluar slack ketat. Punggung dia alamak, geram betullah. Allah....

Petangnya sampai pukul 5pm main dart. Kadang-kadang big boss aku pun main juga. Sportting gila dia. Dari aku yang ngok ngek yang tak tau main dart terus jadi tau main. Nak kata hebat tu taklah tapi banyak kalilah juga dinding aku lubangkan. Hihihi...hebat tu.

Malam semalam aku relex aje layan PC. Tu yang aku pelik macam ner aku tak update blog ni. Mushkil betul aku. Tido lambat juga malam semalam. Pagi tadi lambat gila aku bangun. Pukul 12.30pm. Puas gila tido.

Hari ni aku masak western. Sosej, daging burger, telur dengan sayur. Asal kenyang cukuplah. Nak masak nasik malas lah. Dari tadi pun layan tengok tv ngan layan PC. Malas nak keluar sebab panas gila hari ni. Jomlah layan AF sat.

3 orang telah bersuara:

Nordin said...

thanks. seronok baca blog u. bgmn nak e-mail u?

Tuan Iskandar said...

thanks sebab sudi singgah kat blog ni. U can email me at iskandar_tuan@yahoo.com.my

Anonymous said...

alo, blh gak kenalan? u asal mana? n u pny YM (yahoo messenger)?