Baru hari ni aku dapat update blog ni. Ni semua gara-gara line tak clear lagi. PC aku ni rasa berat gila pulak. Line macam iklan biskut lagi, sekejap ada, sekejap tak ada. Berapa banyak kali aku restart PC. Sabar ajelah.
Sepanjang aku balik dari Langkawi tak banyak benda aku buat selain mengadap PC untuk siapkan kertas kerja aku dan makan. Kalau rajin aku masak, kalau malas aku makan luar. Tengahari tadi aku makan luar. Member aku call ajak makan. Dah lama tak jumpa, banyak cerita yang dibualkan.
Ok aku nak cerita trip aku ke Langkawi bermula hari isnin hingga rabu lepas. Pagi isnin tu aku terjaga dalam pukul 7am sebab housemate aku call. Dia kata ada perubahan pada jadual untuk bertolak ke KLIA pagi tu. Dari plan asal dalam pukul 11.30am dipercepatkan ke 9.30am. Terkejut aku. Apa taknya malam sebelum tu aku tido lewat, dalam pukul 4am. Mana cukup tido. Alasan dia sebab ada orang nak hantar ke Putrajaya untuk naik ERL. Aku pun cepat-cepatlah berkemas barang dan gosok baju. Dalam pukul 9.30am aku nagan housemate aku dah terpacak bawah appartment tunggu member aku. Diaorang sampai dalam pukul 10am dengan sebuah kereta. Budak-budak perempuan naik sebuah kereta lagi. Aku pergi dalam kumpulan 4 lelaki dan 4 perempuan. Aku tak kenal langsung bebudak lain tu kecuali housemate aku ngan 2 orang member aku. Kiranya 5 oranglah aku tak kenal. Tapi disebabkan sikap dan mulut aku yang ramah ni, sat aje kitaorang mesra.
Kitaorang sampai kat KLIA dalam 11am lebih. Kitaorang jalan-jalan dalam KLIA lepas tu berhenti makan kat McDonald. Aku bukan pertama kali datang sini tapi ada antara budak-budak tu yang belum pernah jejakkan kaki ke KLIA. Jadi tu lah antara sebab aku kena bangun awal pagi tu.

Bila sampai LCCT aku terasa macam kat pasaraya pulak. Penuh dengan manusia. Ni pertama kali aku sampai LCCT. Biasalah sebelum ni naik MAS aje (riaklah tu...hihihi...). Keadaan tiba-tiba memeningkan kepala aku. Aku kurang berminat dengan keadaan yang ramai manusia ni. Flight kitaorang dalam pukul 4.30pm. Nak check in pun tak boleh lagi. Aku ambil port belakang sekali sebelah minah ngan mamat Indon. Jauh sikit dari bebudak tu sebab aku nak tido. Mamat ngan minah Indon tu pulak bising, bercakap bahasa apa pun aku tak faham. Aku ingat jauh sikit dari member-member, aku boleh tido. Dahlah panas gila. Aku berpindah tempat jauh sikit sekali lagi. Bila aku nak tido aje datang pulak 2 orang budak Cina duduk sebelah aku dok chong-cheng chong-cheng. Alah tension nyo pakcik.

Sampai-sampai terus kitaorang ambil kenderaan sewa yang dah ditempah terus ke resort. Member aku dah sewa bilik di Malibest Resort kat pantai Chenang. Bilik ok. Aku terus salin baju nak mandi pantai. Tak tahan. Sebab petang ngan malam tu kitaorang tak ada plan apa-apa sebab dah petang sangat. Lagipun malam mesti banyak kedai yang dah tutup. Mandi puas-puas petang tu, seronok. Tak banyak sangat orang mandi petang tu. Dapat juga cuci mata, tapi sayang kamera tak bawa. Basahlah weh kalau aku bawak mandi sekali.

Lepas makan kitaorang ingat nak pi shopping. Tengok-tengok banyak kedai dah nak tutup. Ada kedai yang tutup lewat tapi pilihan tak banyak (padahal sama aje barang yang dijual). Terus plan kitaorang berubah ke Dataran Lang. Dulu aku pi Dataran Lang dalam waktu siang. Time malam cantik gila pemandangan. Banyak gambar aku ambil kat sini. Puas hati aku dengan gambar-gambar tu. Boleh buat dekstop back ground. Lepas puas tangkap gambar (rasa tak puas sebenarnya) kitaorang balik ke resort. Plan nak lepak-lepak kat tepi pantai. Berbual sambil menikmati angin malam. Malam tu kitaorang lepak sampai pukul 2am lebih. Lepas tu memang tido nyenyak.

Pagi tu kitaorang bertolak ke lokasi kereta kabel Langkawi. Kereta kabel tu terletak dalam kawasan Oriental Village Langkawi. Cuaca mula-mula redup, lepas tu panas. Pemandangan kat sini cukup cantik. Tak terkata cantiknya. Kalah Genting Skyway. Kalau korang nak ke Langkawi pastikan tempat ni jadi salah satu destinasi korang.
Dekat atas kemuncak terdapat sebuah pelantar untuk pemandangan. Selamat keadaan berkabus, kalau tak ketar lutut aku nak tengok bawah. Aku ni jenis gayat sikit. Apa-apa pun korang layan gambar yang aku ambil ni. Best wooo...

Lepas shopping, on the way balik ke resort kitaorang singgah kat Restoran Padang 2. Diaorang bujet memang malam tu nak singgah makan malam kat situ, kiranya memang restoran ni diaorang dah masukkan dalam plan untuk mencekik. Aku ikut aje. Mana-mana pun sama. Perut dah lapar gila.
Bila kitaorang sampai tak ada sorang pun pelayan yang ambik order. Aku tunggu dalam 20 minit. Mana tahan. Last-last aku pi kat meja bos dia tanya tak ada orang ambik order ke? Barulah dia kelam kabut nak cari anak buah dia. Tak perihatin langsung. Padahal meja bos dia sebelah aku aje. Bengangnya dahlah lambat ambik order, makanan pulak sampai lambat. Pelanggan nak kata ramai, taklah juga. Pelanggan yang lambat sampai dari aku boleh dapat makan dulu. Bos dia pulak buat bodoh aje sibuk mengira duit keuntungan sebelah aku.
Kitaorang duduk 2 meja asing. Meja aku duduk makan biasa aje, goreng-goreng. Meja lagi satu pesan western. Chiken chop lagi. Bila makanan sampai tak best langsung. Member aku punya chiken chop pun hangit, keras. Kesimpulannya tobat aku nak pi makan kat situ lagi lain kali. Kalau korang nak makan jangan pi kat sini, Restoran Padang 2 ni tak best. Dari 5 bintang aku bagi 0.5 aje. Teruk sungguh... Member aku yang dapat chiken chop hangit tu pun pesan makanan bungkus lain. Tak larat dia nak habiskan.

Esok paginya (hari rabu) kitaorang bertolak dalam pukul 8am ke kawasan beras terbakar. Ada bazar sebelum nak masuk kawasan beras terbakar tu. Shopping sakan lagilah jawabnya. Kain baju murah-murah. Aku beli kain batik 6 helai untuk mak ngan adik aku. Kain samarinda aku beli selai. Wangi kain tu. T-shirt adalah aku beli sikit. Nak bagi adik-adik aku. Budjet nak singgah sekejap aje. Bebudak ni dah melekat pulak. Masing-masing kelabu bijik mata. Sampai ke tengahari shopping kat situ aje. Sabar ajelah...

0 orang telah bersuara:
Post a Comment