CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 24, 2007

iskandar journal

Sorylah aku tak dapat update blog ni sejak dari hari khamis lagi. Time aku nak update aje, time tulah line internet aku berada ditahap paling minima. Tak cukup connection katanya. Aku pulak dari dok garu kepala baik aku layang tengok DVD. Aku terima banyak email yang bertanyakan ke mana aku menghilang. Aku tak hilang cuma line aje tak clear. Minta maaf lagi sekali geng.

Hari khamis aku berjaya habiskan kursus. Time last tu penceramah dia tak berapa bestlah. Banyak nak suruh kita berfikir dengan persoalan-persoalan yang dilontarkan. Dahlah time petang, otak pun dah jem. Aku pulak nak mengelakkan dari mengantuk macam-macam aku lukis kat atas kerta A4. Malamnya aku bergegas pi Alamanda nak beli bahan-bahan untuk berkelah sabtu ni. Bukannya apa takut jumaat nanti aku ada kerja lain. Tengah aku sedap-sedap pi shopping tiba-tiba member aku call kata dia tak dapat pi berkelah pulak. Aku pulak dah siap beli ayam time tu. Nak tak nak terpaksalah akur juga. Ialah kalau ia dah ada kerja nak buat macam ner kan? Balik aku simpan ayam tu kat kalam freezer. Frustlah konon nya.

Hari Jumaat pulak, pagi tu patutnya ada mesyuarat kat pejabat aku. Disebabkan bos aku tak ada (bini dia bersalin hari khamis lepas) maka secara automatiknya Ketua Jabatan aku batalkan mesyuarat. Syok gila aku time tu, dapatlah aku nak rehat. Kes pulak tak ada. Tapi petang bila masuk pejabat aku jadi kelam kabut sikit. Tiba-tiba banyak pulak kerja nak diuruskan. Aku balik lewat sikit sebab ada kertas kerja yang perlu aku hantar hari tu juga kat Ketua Jabatan. Urgentlah juga benda tu. Member aku yang oncall pun dah balik, aku juga balik lewat. Malamnya aku tak dapat tidur. Dalam pukul 4am baru boleh tido.

Pagi tadi aku terjaga dalam pukul 7am. Aku keliru, hari apa hari ni? Aku cari hset nak tengok kalender tapi tak jumpa. Aku fikir kerja ke tidak hari ni? Ialah aku tak ingat hari. Aku berdiri mengadap tingkap, tapi sorang pun tak ada nak pi kerja (dari rumah aku dapat tengok dengan jelas tempat kerja aku). Bila aku dah resah aku cari juga hset aku, bila aku dah jumpa (rupa-rupanya hset aku masuk dalam sarung bantal, patut pun tak jumpa. Bila masa pulak dia boleh masuk kat situ bersembunyi) aku tengok tarikh, rupanya hari sabtu. Aku dengan bengong nye terus sambung tido.

Dalam pukul 8.30am aku terjaga lagi sekali disebabkan hset aku berdering. Member aku call kata dia jadi pulak nak pi berkelah petang nanti. Aduh...geram betul aku kat dia. Sekejap nak pi sekejap tak mau. Dia pulak dengan slambernya arahkan aku siapkan ayam nak dibakar petang nanti. Aku bakar dia nanti baru tau. Aku yang tak cukup tido ni pun pi lah potong bawang dan bahan-bahan yang berkaitan. Ayam aku keluarkan dari peti, keras gila dah jadinya. Pi lah direndam dulu ayam tu. Bila dah siap bahannya aku kisar, ayam tak siap lagi. Ialah masih keras lagi, macam ner aku nak buat. Tengok jam dah pukul 12.30pm (aku lambat sikit sebab housemate aku kacau). Aku pun pi lah siang ayam tu cepat-cepat. Mandi belum lagi. Lepas siap ayam tu aku perapkan sekejap. Aku buat dua perisa, satu perisa ayam sate dan satu lagi perisa ayam BBQ (terima kasihlah kepada pembaca yang bagi resipi tu). Tak sempat aku nak tangkap gambar ayam yang aku dah perap tadi. Dalam pukul 1.30pm member aku sampai. Jom pi jalan-jalan ke Air Terjun Sungai Congkak kat Batu 18 Hulu Langat Selangor.

Sebelum masuk ke kawasan air terjun tu aku tertarik melihat kereta bomba ni
(tah zaman bila punya lah)


Pintu masuk ke Air Terjun Sungai Congkak

Tiket masuk

Sampai kat sana kitaorang terus hidupkan bara bakar ayam
(habis hangus member aku bakar...tapi best...)

Ini beberapa pemandangan yang sempat aku tangkap sekitar kawasan air terjun tu.
Air keruh sikit sebab baru hujan. Yang bestnya deras air terjun ni lepas hujan, syok wooo...


Ni pun salah satu pemandangan best juga. Dia ni duduk sebelah meja aku aje. Yang aku terujanya bila tengok konek dia yang berbekas di seluar yang basah. Tak sempat aku nak tangkap gambar 'basah' dia. Ni ajelah yang sempat aku tangkap.

Haaa... ni pulak gambar minah-minah yang kecohkan keadaan. Anak siapa ni...? Dari mula group ni sampai terus buat kecoh. Biar ada 5 orang aje, tapi gamatnya macam satu stadium ramainya. Lepas menjerit-jerit ala-ala macam kena histeria, terus diaorang ni diam pulak layan syampoo rambut masing-masing. Lepas syampoo rambut diaorang ni kena histeria semula. Lepas tu diam semula sebab segala serbi makanan diaorang bawa masuk dalam air, makan. Geleng kepala aku dengan perangai diaorang ni. Kalau lama lagi mesti diaorang basuh baju dengan sabun Fab dan siap cuci dengan Softlan lagi. Entahlah, biarkan ajelah... Mesti depa ni tengah hilangkan tension.

Ni pulak beberapa pemandangan yang sempat aku snap masa nak balik.

Best woo... sekali sekala dapat berendam dalam air terjun. Boleh tenangkan tension. Hobi aku memang suka pi camping tapi masa tak mengizinkan. Lain kali aku ingat nak pi memancing pulak, tengah plan nak cari tempat best ni. Korang ada idea? Tapi mungkin aku pi lepas bercuti ke langkawi dalam pertengahan bulan depan. Jom layan Konsert Akademi Fantasia. Harap-harap malam ni persembahan dan vokal bertambah baik. Kalau tak best, bakal ditutup juga tv tu nanti.

3 orang telah bersuara:

Anonymous said...

glad to hear that u enjoyed so much ur BBQ...mmmm..Missed so much Malaysia and hopefully could go back sooner...And have BBQ as well...

Tuan Iskandar said...

hai...thanks sebab beri resepi tu.Diaorang puji. Siap tanya apa rahsianya resepi tu. Bila aku kata buat macam biasa aje, diaorang boleh tak percaya. Apa2 pun thanks again. Ada kat mana sekarang ni? Iraq, Afganistan atau kat korea utara? Hehehe... Semoga dapat bercuti balik ke Msia dan kalau nak buat BBQ tu jangan lupa jemput.

Anonymous said...

I'm in Europe.Still studying.but will grad sooner,InsyaAllah. Just hoping u could enjoy it n i'm glad sharing whatever i have...ilmu utk dikongsi... jumpa lagi...