CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 19, 2007

iskandar journal

Apa aku nak cerita pagi-pagi buta ni. Aku terjaga dalam pukul 4.30am tadi dek kerana hset aku berbunyi. Kacau stim betullah. Aku tengah mimpi sedap-sedap dia potong line pulak. Sikit aje lagi nak climax. Panggilan oncall lah tu. Aku lepak uruskan kes tu sampai pukul 6am tadi. Malam tadi aku ingat aku nak update blog ni. Entah bila masa pulak aku boleh terlelap depan PC ni pun aku tak tau. Sedar-sedar aku tido sambil duduk. Penat gila kot, memang aku tak perasan bila masa aku tido.

Ni kepala aku pening-pening rasanya. Ialah tido tak cukuplah ni. Sat lagi aku nak sambung tido. Aku akan off duty untuk 2 hari, aku ambil timeoff. Mana tahan aku nak kerja aje, baik aku duduk kat rumah ni. Rabu dengan khamis ni pulak aku ada kursus 2 hari. Jumaat ni ada mesyuarat kat jabatan aku. Mati kataklah aku jumaat ni kena sembur. Dengarnya Ketua Jabatan aku banyak isu yang nak diketengahkan. Aku juga yang ketepi nanti. Apa taknya banyak lagi homework yang diberi aku tak buat. Aku terpaksalah tahan bebelan dan tengkingan dia. Jadi aku terpaksalah amalkan konsep 'tolong tutup telinga'.

Hari ni plan aku nak kemas bilik, kosongkan dan buang apa yang tak perlu. Serabut aku tengok bilik ni. Apa-apa pun aku nak tido dulu. Kalau aku free sat lagi aku update lagi.

0 orang telah bersuara: