KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan internet sebagai jaringan mencari mangsa, kini menggunakan simpati masyarakat dunia Islam kepada allahyarham Saddam Hussein dengan menawarkan harta bekas pemimpin Iraq itu yang kononnya disembunyikan di Jordan.
Berdasarkan e-mel diterima Metro Ahad, sindiket itu menjanjikan 20 peratus atau RM1.75 juta daripada wang Saddam yang didakwa berjumlah AS$2.5 juta (RM8.75 juta) dan kononnya diseludup ke Jordan oleh anak perempuannya, Raghad.
Di dalam e-mel berkenaan, Raghad, anak perempuan sulung Saddam, mendakwa dia, adik perempuannya Hana dan keluarga mereka melarikan diri ke Jordan berikutan keadaan tegang di Iraq sebelum serangan tentera Amerika Syarikat (AS).
“Bapa saya memberi dana (RM8.75 juta) ini untuk saya simpan dan melakukan apa saja yang boleh membahagiakan saya kerana beliau faham dan percaya keadaan ketika itu semakin menjadi di luar kawalan.
“Bagaimanapun, beliau tidak dapat menunjukkan perasaannya kerana imejnya kepada orang di sekeliling sebagai pemimpin tegas dan berkuasa,” katanya.
Berikutan Saddam menjalani hukuman gantung pada 31 Disember lalu, Raghad berkata dia terfikir untuk mengeluarkan wang itu dari Jordan.
Dana itu juga didakwa tidak dapat dihantar terus kepada penerima e-mel atas alasan keselamatan berikutan ancaman serta keadaan tidak menentu sekarang.
Raghad di dalam e-mel berkenaan juga mendakwa berjaya menguruskan langkah tertentu untuk membawa keluar wang itu dari Jordan dengan selamat.
“Jika kita memulakannya sekarang, anda akan diarah mengikuti langkah tertentu untuk memastikan wang itu ada di tangan anda. Transaksi ini 100 peratus selamat dengan syarat anda menyimpannya sebagai rahsia.
“Saya akan mengatur perjumpaan dengan anda apabila wang ini ada di tangan anda atau kita akan berjumpa apabila keadaan memerlukan,” katanya.
Mengenai imbuhan 20 peratus itu, Raghad berkata, jika penerima e-mel tidak berpuas hati, mereka berhak memberi cadangan mengenai jumlah sepatutnya.
Mereka yang berminat diarah menghantar biodata, terutama nama, telefon atau faks, umur, negara dan pekerjaan kepada alamat e-mel raghadshkamel@aol.com utuk perbincangan lanjut.
Metro Ahad yang menghantar biodata palsu seperti nama, lokasi dan pekerjaan ke alamat e-mel itu memperoleh balasan daripada ‘Raghad’ yang mengucapkan terima kasih tetapi mendakwa kononnya tidak berhubung secara terus berikutan beberapa perjanjian dengan keluarga diraja Jordan.
“Saya akan atur anda bekerjasama dengan peguam keluarga kami. Pada masa ini saya mengkehendaki maklumat lebih banyak mengenai diri anda,” katanya.
Selepas menghantar e-mel baru dengan maklumat tambahan, ‘Raghad’ sekali lagi membalas dengan mengemukakan nama peguam keluarga mereka yang kononnya kini bermastautin di United Kingdom.
Nama diberikan ialah Otu Ahmed, JB Wheatley and Co selain nombor telefon dan faks iaitu +447958436703, +447005802809 atau +448712648257. Turut disertakan ialah alamat e-mel: jbwheatleyco@aol.co.uk.
“Peguam keluarga kami akan berbincang dengan anda mengenai kaedah terbaik untuk menyalurkan wang ini terus kepada anda. Saya harap anda beri kerjasama seperti diminta,” katanya.
Bagaimanapun, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberi amaran kepada rakyat negara ini supaya tidak ‘hilang akal’ dan terpengaruh dengan tawaran berjuta ringgit itu kerana ia diyakini hanya satu lagi cubaan menipu.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sesiapa yang menerima e-mel itu sepatutnya sedar kegiatan penipuan seperti itu bukan baru.
“Sebelum ini, ada e-mel turut menawarkan ganjaran wang mencecah jutaan ringgit. Ada yang mengaku anak raja dari Afrika dan pewaris harta keluarga.
“Bagaimanapun, semuanya terbukti penipuan kerana ramai menjadi mangsa dan membuat aduan kepada polis dan Fomca,” katanya.
Mohd Yusof berkata, penerima e-mel seperti itu seharusnya berfikir lebih rasional dan mendalam sebelum memutuskan mengikut segala arahan sindiket penipu antarabangsa yang berpangkalan di luar negara.
“Sudah lumrah, ada yang alpa dan menjadi tamak apabila melihat tawaran wang mencecah jutaan ringgit. Bagaimanapun, teliti sebaik mungkin e-mel yang diterima. Fikirkan logik dan kebenarannya,” katanya.
Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai yang menerima e-mel seperti itu, namun setakat ini belum menerima aduan berkaitan e-mel yang menawarkan harta Saddam.
“Mungkin ia baru disebarkan, tetapi Fomca mengambil pendirian e-mel itu satu penipuan,” katanya.
Berdasarkan modus operandi kes sama sebelum ini, sindiket itu meminta antara AS$200 (RM700) hingga AS$10,000 (RM70,000) sebelum pemindahan dilakukan ke akaun penerima e-mel yang setuju ‘bekerjasama’ dengan mereka.
Mereka juga sanggup menelefon dari luar negara untuk meyakinkan kewujudan mereka. Namun, kebanyakan kes mendapati sebaik wang dimasukkan ke akaun diberikan, sindiket terbabit tidak lagi melayan e-mel atau telefon daripada mangsa.
Modal umpan
KUALA LUMPUR: Kepercayaan orang ramai yang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, mempunyai banyak harta yang disembunyikan di luar negara menjadi ‘modal’ kepada sindiket penipuan antarabangsa untuk ‘mengumpan’ mangsa di internet.
Sindiket terbabit dipercayai mengambil kesempatan berikutan akhbar Britain, The Observer pernah melaporkan Amerika Syarikat (AS) berusaha menjejaki harta kekayaan hasil pendapatan minyak bekas Presiden Iraq itu yang didakwa mencecah berbilion dolar.
Laporan akhbar itu menyebut satu dokumen yang disediakan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS, Perbendaharaan AS dan Jabatan Negara AS dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil Kongres, sekali gus membuktikan AS berminat menjejaki harta Saddam bernilai kira-kira AS$4.3 juta (RM15.6 juta) yang diperoleh bekas kerajaan Saddam pada 2000-2003.
Pada masa sama, Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS juga mendedahkan, bekas Pemeriksa Senjata PBB, Charles Deulfer menganggarkan Saddam mengaut keuntungan hampir AS$11 bilion (RM40.15 bilion) yang didakwa bercanggah dengan undang-undang antarabangsa berikutan sekatan yang dikenakan ke atas Iraq.
Berdasarkan laporan itu, Saddam menyembunyikan wang berkenaan di dalam beberapa bank di Switzerland, Jepun, Jerman dan negara lain, selain membeli batu permata berharga dari Asia Timur.
Bagaimanapun, sejurus selepas kempen serangan Amerika di Iraq dilancarkan pada 2003, wang simpanan sejumlah AS$1.7 bilion (RM6.2 bilion) di bawah nama bekas kerajaan Saddam dibekukan.
Ia disusuli tindakan kerajaan Britain yang turut membekukan wang tambahan AS$400 juta (RM1.46 bilion).
Pegawai Iraq ketika itu, Iyad Allawi mengakui kerajaan sementara berusaha mengesan AS$23 bilion (RM83.9 bilion) di Switzerland, Jerman dan beberapa negara lain.

0 orang telah bersuara:
Post a Comment